18/08/2026
Ucapan Takziah Buat Bekas Pemain Kebangsaan Singapura
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dukacita dimaklumkan bahawa Haji Rusli Bin Haji Tanjong, bekas pemain Kebangsaan Singapura pada era 1980-an, telah kembali ke Rahmatullah pada 18 Ogos 2026, jam 7.53 malam.
Allahyarham merupakan seorang pemain yang sangat merendah diri, berjiwa besar serta penuh semangat ketika berada di gelanggang. Beliau dikenali sebagai seorang yang mempunyai disiplin dan semangat latihan yang tinggi, tidak mengenal erti penat lelah dalam mengejar kecemerlangan dalam sukan sepak takraw.
Selain sebagai bekas pemain Kebangsaan Singapura, Allahyarham juga merupakan bekas pegawai SCDF dan pernah mewakili pasukan Bomba dalam liga sepak takraw tempatan.
Kami daripada warga sepak takraw Singapura ingin merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga segala amal ibadah dan jasa beliau diterima Allah SWT, segala dosa diampunkan dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di Jannatul Firdaus.
Al-Fatihah. 🤲
Jenazah akan dibawa ke:
Blk 294A Compassvale Crescent
#06-23, Singapore 541294
Semoga keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
Takziah buat keluarga Haji Rusli Bin Haji Tanjong.
Jasa dan bakti Allahyarham dalam arena sepak takraw akan sentiasa dikenang.
09/08/2026
🇸🇬 HAPPY 61ST NATIONAL DAY, SINGAPORE! 🇸🇬
Singapore Sepaktakraw Federation (PERSES) wishes all Singaporeans a joyful and meaningful National Day 2026.
Let us continue to unite, inspire and grow Sepaktakraw together with pride and passion.
Majulah Singapura! 🇸🇬❤️🤍
Singapore Sepaktakraw Federation (PERSES)
21/04/2026
Dengan dukacita dimaklumkan bahawa bekas pemain sepaktakraw pasukan Kaki Bukit, Sulaiman Bin Mohd Hassan, telah kembali ke rahmatullah. Arwah adalah seorang yang periang juga berkaliber sebagai pengumpan zaman 90an dan kerap memenangi kejohanan dalam peringkat kawasanundi.
Mohon doa daripada semua agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumah Faridah (adik arwah) di alamat berikut:
Blk 884 Tampines St 83,
#02-57,
Singapore 520884
Jenazah akan dimandikan pada jam 8.00 pagi dan akan disolatkan pada jam 9.45 pagi.
Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua.
25/03/2026
Wed 25th Mar 2026.
*PUBLIC SERVICE STAR GAMES AWARDS CEREMONY 2026*
It is a great honour to congratulate Mr Sarip Naharawi on his remarkable 40 years of service as Sepaktakraw Convenor. His unwavering passion and dedication to the sport have truly been an inspiration to the public service community.
As this year marks his final term as convenor, we extend our heartfelt appreciation for his invaluable contributions and tireless commitment.
Thank you, Mr Sarip, for everything you have done for sepaktakraw.
Wishing you continued success, good health, and all the very best in your future endeavours.
10/03/2026
Sat 7th Mar 2026.
Tahun ini Ramadhan terasa lebih bermakna dengan berlangsungnya Projek Amal bertema 'Kita Prihatin' 2026 anjuran Pondok Peranakan Gelam Club di Masjid Malabar.
Majlis turut dihadiri oleh Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah yang telah merasmikan upacara pembahagian habuan kepada para penerima.
Program ini menjadi lambang semangat keprihatinan, kebersamaan dan berkongsi rezeki dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Presiden PERSES, Encik Abdul Sarip Naharawi dan Pegawai PPGC, Encik Borhan Saini serta para sukarelawan yang menjadi tulang belakang dalam menjayakan Projek Amal ini dengan lancar dan sempurna.
Semoga usaha murni ini terus memberi manfaat kepada masyarakat.
Wan Rizal
28/02/2026
Friday 27th Feb 2026.
Senior Parliamentary Secretary,
Dr Syed Harun Alhabsyi from the Ministry of Education & Ministry of National Development graced the Iftar Amal Ramadhan 2026 as Guest of Honour.
The meaningful event, organised by the Pondok Peranakan Gelam Club at Istana Ballroom @ KINEX, was strongly supported by PERSES President, Nasri Haron.
May this blessed gathering continue to strengthen community bonds and spread kindness this Ramadhan. 🌙✨
19/02/2026
Tahun 2026 ini amat istimewa kerana lampu hiasan pintu gerbang di Geylang Serai bertemakan “Sukan Warisan Kita,” yang menampilkan elemen bola takraw dan gasing sebagai simbol warisan sukan Melayu.
Pihak PERSES amat terharu dan berbangga dengan usaha penganjur, iaitu Wisma Geylang Serai dan People’s Association.