KELAB Bolasepak Wanita RRB

KELAB Bolasepak Wanita RRB

Share

Pasukan Bolasepak Wanita yang Ditubuhkan pada tahun 2023 dibawah Naungan RRB CLUB Tamparuli Sabah .

Photos from KELAB Bolasepak Wanita RRB 's post 25/08/2026

Tarikh: 24 Ogos 2026 ( isnin )
Masa: 4.30 petang
Tempat: Padang Tamparuli

Telah diadakan aktiviti riadah petang yang santai di Padang Tamparuli bersama RRB Veteran Super King dan WRRB. Aktiviti ini bertujuan mengeratkan silaturahim, membina semangat persahabatan serta menggalakkan penglibatan pemain wanita dalam aktiviti sukan.

Pengerusi WRRB, Pn. Rusmina, mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada para pemain bola sepak wanita yang hadir pada petang tersebut.

Suasana riadah berlangsung dengan santai, meriah dan penuh gelak tawa.

Pn. Rusmina berharap agar lebih ramai pemain wanita dapat hadir dalam perlawanan atau aktiviti WRRB yang akan datang, di samping menggalakkan mereka untuk menyertai dan menjadi ahli WRRB.

Melalui perbincangan Ajk Wrrb pada mesyuarat Ajk yang lalu
telah mencadangkan mengadakan anjuran perlawanan bola sepak wanita / futsal pada masa akan datang sebagai salah satu usaha menggalakkan lebih ramai wanita menyertai aktiviti sukan serta mengeratkan lagi hubungan sesama pemain.

Secara keseluruhannya, aktiviti riadah petang ini berjalan dengan baik dan berjaya mewujudkan suasana yang mesra serta mengeratkan hubungan antara RRB Veteran Super King dan WRRB.

β€œBersukan, Bersahabat, Bersilaturahim.”




_ays_

Photos from KELAB Bolasepak Wanita RRB 's post 10/07/2026

10 Julai 2026 ( Jumaat )
Mesyuarat AJK Kelab Bola Sepak Wanita RRB Kali Ke-2 Tahun 2026

Mesyuarat AJK Kelab Bola Sepak WRRB, di bawah naungan Kelab Bola Sepak RRB, telah diadakan bagi membincangkan langkah-langkah memperkukuhkan lagi organisasi WRRB serta merancang pelaksanaan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2026.

Pengerusi wrrb Puan Rusmina merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah hadir serta memberikan komitmen, idea dan pandangan demi pembangunan WRRB.

Semoga segala perancangan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus memperkukuhkan lagi perpaduan, semangat kesukanan dan kecemerlangan WRRB di bawah naungan Kelab Bola Sepak RRB.




ays-

Photos from KELAB Bolasepak Wanita RRB 's post 08/02/2025

7 Februari 2025
Tamparuli Point

Mesyuarat AJK WANITA RRB Kali ke-1 / 2025

Beberapa aktiviti yang telah dirancang untuk pengisian pada tahun ini, di antaranya,
akan mengadakan *Kejohanan Bolasepak Wanita terbuka ( Mei )
*Aktiviti Ahli RRB -Suai kenal ,Santai - Santai sukaneka ( September)

_adminAY_

Photos from KELAB Bolasepak Wanita RRB 's post 02/12/2024

Admin memohon maaf atas kelewatan menghebahkan laporan aktiviti WRRB.

Laporan Tertanguh:

Sehubungan dengan tujuan penganjuran kejohanan Futsal WRRB pada 28 Ogos 2024 yang lalu,

https://www.facebook.com/share/p/18TwWMFMUN/

AJK WRRB telah melaksanakan Lawatan Penyampaian Sumbangan kepada beberapa individu seperti yang telah dipersetujui. Sebagai makluman, wakil dari DSP Madius Tangau iaitu Puan Lomiti Jahan tidak dapat bersama-sama dalam lawatan ini kerana masalah kesihatan.
Berikut merupakan laporan lawatan-lawatan tersebut:

Penama 1: Puan Elizabith Soligi
Jumlah Sumbangan: RM150
Tempat: Kediaman Penerima di Kg. Sawah, Tuaran
Tarikh Lawatan: 24 Oktober 2024 (Khamis)
Masa Lawatan: Jam10pagi
Kehadiran AJK: Rusmina, Arimah, Aniley, Martha, Nancy. Lawatan turut disertai Encik Zambry dan Encik Dixon selaku wakil dari RRB induk.

Penama 2: Adik Julescaellysha Avella Leonard (Diwakili oleh neneknya)
Jumlah Sumbangan: RM150
Tempat: Asrama Santa Marianne, Kg.Bantayan Tamparuli
Tarikh Lawatan: 24 Oktober 2024 (Khamis)
Masa Lawatan: Jam11.30pagi

Penama 3: Encik Neo R Sudi
Jumlah Sumbangan: RM150
Tempat: Hospital Queen Elizbeth 1
Tarikh Lawatan: 24 September 2024 (Selasa)
Masa Lawatan: Jam1.00ptg

Ajk yang hadir bersama pengerusi WRRB Puan Rusmina Godium ialah ;
Timbalan Pengerusi WRRB Puan Aniley Balanting, Setiausaha Cik Nancy Yasin, Bendahari Pn Arimah Yaien dan Ajk Martha kinsong.

Semoga cepat Sembuh
Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung.

Ay@admin



Photos from KELAB Bolasepak Wanita RRB 's post 14/09/2024

KEJOHANAN FUTSAL AMATUR WANITA RRB TAMPARULI 2024.

Usai sudah Kejohanan Futsal Amatur Anjuran Wanita RRB FC yang telah berlangsung di Gelanggang Futsal Freenze Tambalugu Tamparuli pada 8 September 2024 .

Perasmian Kejohanan Futsal itu telah disempurnakan Oleh Saudara Jainyson sipin Mewakili DSP Wilfred Madius Tangau.

Sebanyak 17 pasukan daripada pelbagai pelusuk daerah yang telah menyertai Kejohanan tersebut.

JOHAN: MDK FT ( Keningau)

NAIB JOHAN : JKFC FT ( Tamparuli )

KETIGA BERSAMA : KUPI-KUPI FM (kk)
&
BELIAWANIS GR FT (Kota Marudu)

Tahniah kepada Semua PemenangπŸ’ͺπŸ’ͺ
yang kurang bernasib baik cuba lagi di Anjuran yang akan datang .

Berbanyak Terima kasih diucapkan kepada Semua penyumbang dana Kejohanan @ YB Datuk Sri Panglima Wilfred Madius Tangau (Ahli Perlimen P170 Tuaran),
YB Datuk Joniston Bangkuai @ Lumai (Adun N15 Kiulu)
dan Tuan Janih Bangud ( Timbalan Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah.

Tidak lupa juga diucapkan berbanyak terima kasih kepada PENGADIL SAFA Tuaran yang diketuai oleh saudara Razali Manja kerana telah membantu dalam kelancaran Kejohanan.

Turut hadir daripada Setiausaha Induk RRB Tuan Sudi Tanggara bersama Ajk .

π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› 𝗗𝗔𝗑 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦
kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan WANITA RRB FC!! kerana tanpa komitmen dan kerjasama anda semua ,adalah mustahil ,aktiviti ini berjalan dengan Jayanya.πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Rusmina Godium
Annily Balanting
Arimah Yaien
Nancy Yasin
Martha Kinsong
JSport

Gambar-gambar disimpan sebagai kenang kenangan.

Photos from KELAB Bolasepak Wanita RRB 's post 06/09/2024

Ajk WRRB/ Ajk Pelaksana Perjumpaan akhir memperhalusi segala perbincangan dan menyusun atur tentatif Kejohanan Futsal Anjuran WRRB yang akan berlangsung pada 8 September 2024( Ahad ).

CABUTAN Undi untuk menentukan kumpulan bagi Pasukan yang bertanding juga telah dilakukan .

Jumpa anda pada Hari Ahad ini πŸ‘πŸ‘

28/08/2024

Photos from KELAB Bolasepak Wanita RRB 's post 11/08/2024

Aktiviti Riadah Memupuk Persahabatan diantara satu dengan yang lain..

Tahniah kepada Pasukan futsal wanita RRB kerana telah menyertai kejohanan Futsal PIALA DSP Wilfred Madius Tangau pada 11 Ogos 2024 yg telah diadakan di freenze futsal Tambalugu..
Adat pertandingan ada kalah ada menang.
kalah itu biasa
Tapi kalau menang..itu satu bonus.. πŸ‘πŸ‘

Berbanyak ucapan terima kasih kepada
Pengurusan RRB CLUB kerana telah memberi sumbangan yuran penyertaan kepada Pasukan futsal wanita RRB .Sumbangan tersebut telah meringankan kos perbelanjaan pasukan.

Dimasa akan datang
Pasukan futsal Wanita RRB akan berlatih dan memperbaiki mutu mainan.

Terima kasih atas komitmen semua Pemain yang telah menyertai kejohanan pada kali ini.

Photos from RRB CLUB PAGE's post 31/03/2024

Throwback

12 Nov 2023

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Tuaran?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Tuaran