Kelas Renang Jerantut

Kelas Renang Jerantut

Share

09/01/2021

Melalui pemerhatian saya dalam suasana sekarang ( Musim Banjir ), saya berpendapat renang tidak lagi menjadi satu keperluan terpilih tetapi menjadi satu kemestian untuk setiap keluarga dan termasuk anak-anak mempelajari atau memasuki kelas renang kerana ia amat bermanafaat dalam menghadapi keadaan kritikal seperti banjir ini. Disamping itu, setelah menghabiskan kelas renang adalah lebih baik untuk menyambung kursus kelas menyelamat p**a. Saya harap mana-mana yang merasakan bahawa ianya ada kepentingan dan kebaikan dalam mesej atau pesanan saya ini, boleh lah mewarwarkan atau memberitahu kepada orang-orang yang berada di sekeliling anda semua. Ini bukan berbentuk promosi daripada saya tapi saya cuma ingin memperingatkan pada semua sebelum terjadi apa-apa yang tidak diigini untuk kebaikan kita semua sekian terima kasih..

https://www.utusan.com.my/.../90-peratus-laporan-kes.../

https://kelasrenangtemerloh.wasap.my

25/07/2020

Kenapa Kami Anak Autism Wajib Belajar Berenang?

IA AKAN MEMBANTU KAMI LEBIH TENANG & RILEKS
Gerakan lembut didalam air secara berulang-ulang didalam kolam akan dapat menimbulkan rasa tenang. Berenang juga cepat membantu kami melepaskan kekecewaan dan perasaan marah. Kami memang tak pandai menunjukkan ekspresi macam orang normal yang lain.

Selain itu berenang akan melepaskan hormon endorfin yang akan membuatkan kami merasa sangat gembira!

DAPAT MENINGKATKAN KUALITI HIDUP KAMI
Kebanyakan dari kami mempunyai masalah untuk memproses deria dan berenang sangatlah membantu. Ia akan meningkatkan toleransi sentuhan, meningkatkan eye contact bersama ibu bapa, keluarga, kawan-kawan dan juga kemahiran sosial kami.

MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI KAMI!
Banyak jenis sukan yang memerlukan kami beri tumpuan pada banyak faktor yang akan menyebabkan kami sukar untuk fokus. Tapi kerana renang adalah sukan individu, jadi lebih mudah bagi kami untuk menikmati dan fokus sepenuhnya.

Ini akan meningkatkan keyakinan diri dan berenang menawarkan kejayaan serta kegembiraaan pada kami yang tidak peduli apa pun hasilnya.

Kami semakin pandai dan lebih gembira!

Aqeeb Benyamin,
Autism Kids, 6 years old.

https://kelasrenangtemerloh.wasap.my

25/07/2020

PKP yang berbulan-bulan memang tidak mudah bagi anak-anak autism dan ibu bapa. Kami memahami kerana kelab renang kami mempunyai ramai anak autism yang selalunya sangat enjoy berlatih renang namun demi keselamatan kita semua terpaksa berehat seketika.

Tahukah ibu bapa berenang ni sebenarnya memberikan terapi yang tidak ternilai bagi anak autism? Ia akan membantu mereka meningkatkan keupayaan mereka untuk bercakap, koordinasi, kemahiran sosial dan keyakinan diri.

Ajarlah anak autism kita berenang dan mulakan sekarang!

Coach Nazmi.
https://kelasrenangtemerloh.wasap.my

18/07/2020

11/7/2020

Photos from Kelas Renang Jerantut's post 18/07/2020

Kelas Renang Temerloh

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Temerloh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Temerloh

Opening Hours

09:30 - 06:00