28/08/2026
π― BLIND DRAW P5DT SIRI 5/26 π―
Alhamdulillah, selesai sudah Blind Draw P5DT Siri 5/26! π
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan event kali ini. Sokongan dan semangat anda semua memang terbaik! ππ₯
π Tahniah buat Champion β Sifu Asri
π₯ Runner-up β Mazni
Kedua-duanya sekali lagi menunjukkan prestasi terbaik untuk 2 bulan berturut-turut! πͺπ―
Yang paling membanggakan, dapat kita lihat peningkatan skill dan prestasi dalam kalangan darters baru. Teruskan berlatih dan jangan mudah mengalah! π₯
π
Blind Draw P5DT Siri 6/26
ποΈ 12 September 2026
Jumpa lagi di siri seterusnya! π―
Good darts & keep improving! πͺπ₯
06/08/2026
π― BANDAR MAHKOTA BANTING, KAMI HADIR! π―
1 Ogos 2026 menjadi satu lagi medan buat fighter P5DT turun beraksi dalam Pertandingan Dart Perseorangan Tertutup & Jemputan Piala Tok Ketua En. Rafik Anuar di Bandar Mahkota Banting.
Bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi membawa nama P5DT dengan penuh semangat, disiplin dan semangat kesukanan. Setiap balingan adalah pengalaman, setiap perlawanan adalah pembelajaran, dan setiap kejohanan mengeratkan lagi ukhuwah sesama pemain.
Tahniah kepada semua fighter P5DT! Teruskan berjuang, teruskan mengasah skill dan jangan pernah berhenti memburu kejayaan. Kita jumpa lagi di medan seterusnya! πͺπ₯π―
28/07/2026
π₯π TOURNAMENT BLINDRAW 4.0 P5DT ππ₯
Tahniah dan syabas kepada semua yang telah memberikan saingan hebat! πͺπ₯
π₯ CHAMPION β ASRI
π₯ RUNNER UP β MAZNI
Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat juang, usaha dan keberanian untuk terus mencabar diri itulah yang paling bermakna! π―πͺ
Teruskan berjuang, teruskan berlatih, dan jangan pernah berhenti mengejar impian! π₯π₯
P5DT β ONE TEAM, ONE DREAM! πͺππ₯
17/07/2026
π BLINDRAW #3.0 π
Tahniah diucapkan kepada Abang Mazni dan Abang Hashim atas kemenangan dalam Blindraw #3.0! ππ
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai dan memeriahkan acara ini. Sokongan serta semangat kesukanan anda amat kami hargai.
Semoga kemenangan ini menjadi pembakar semangat, dan kepada yang belum berjaya, jangan putus asa. Kita jumpa lagi pada Blindraw yang akan datang! πͺπ₯
10/06/2026
π― BLINDRAW P5DT #2.0 π―
Alhamdulillah, pada 30 Mei 2026 yang lalu, P5DT telah berjaya menganjurkan pertandingan BLINDRAW kali kedua.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah menunjukkan prestasi terbaik dalam pertandingan kali ini. Kepada peserta yang belum berjaya, jangan putus asa dan teruskan berlatih untuk pertandingan akan datang.
Pihak P5DT juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para sponsor yang sentiasa memberi sokongan dan sumbangan setiap kali program BLINDRAW dianjurkan. Sokongan anda amat bermakna dan membantu menjayakan aktiviti komuniti ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat . Semoga kita dapat bertemu lagi dalam BLINDRAW yang akan datang!
.0
11/05/2026
π― KEJOHANAN DART TERTUTUP P5DT β SINGLE BLINDRAW π―
Tahniah dan terima kasih kepada semua ahli P5DT yang telah memeriahkan Kejohanan Dart Tertutup P5DT Single Blindraw yang berlangsung pada hari Sabtu, 9/5/2025.
Kejohanan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan, saingan sengit serta suasana meriah antara semua peserta. Setiap balingan memberikan cabaran tersendiri dan membuktikan semangat juang serta komitmen ahli P5DT dalam memartabatkan sukan dart.
Terima kasih kepada semua pemain, penganjur, crew dan penyokong yang hadir menjayakan kejohanan ini. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat persahabatan, teamwork dan pengalaman bersama yang paling bermakna.
TAHNIAH KEPADA PEMENANG UNTUK EDISI YANG PERTAMA INI ππ₯π₯
π₯ βAim steady, throw deadly!β π₯
Jumpa lagi di kejohanan akan datang. Teruskan latihan dan teruskan memburu checkout terbaik! π―
22/04/2026
Assalamualaikum .
Dengan penuh rasa dukacita, kami telah menerima berita pemergian sahabat kami pada 20/4/2026 (11.45pm) . Kehilangan ini sangat memberi kesan dan meninggalkan kenangan yang akan sentiasa terpahat di hati kepada seluruh ahli kelab P5DT.
Kami warga kelab P5DT merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau. Semoga Allah mengampuni dosa dosanya , dicucuri rahmat , ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan menempatkan beliau di syurga tanpa hisab . Amin
Al Fatihah..
09/02/2026
Syabas kepada semua fighter PANG5 atas komitment, semangat dan teamwork yang ditunjukkan pada Kejohanan Regu Amatur Piala Pengarah ADTECH JTM Kuala Langat pada 7 Feb 2026 lepas . Menang atau kalah , pengalaman ini jadi satu langkah untuk kita terus improve. Syabas fighter ! β
09/02/2026
MENANG atau KALAH kita fighter dan berdiri sebagai satu pasukan β
24/12/2025
βTraining P5DT hari ni penuh vibe fun ππ―. Gelak-gelak, borak-borak, tapi setiap dart yang dilepaskan tetap penuh fokus. Santai, enjoy, tapi mata dan tangan tetap on point β begitulah gaya ahli P5DT!β