31/08/2026
π²πΎ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN π²πΎ
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, pihak Pengurusan Eastern Plaza ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara, memperkukuhkan perpaduan dan menghargai erti sebuah kemerdekaan.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! π²πΎβ€οΈ
Ikhlas daripada,
PENGURUSAN EASTERN PLAZA
08/08/2026
π’ EASTERN PLAZA TOWN HALL MEETING 2026
π
7 Ogos 2026
π Borneo Royal Hotel, Tawau
Satu sesi Town Hall Meeting Eastern Plaza telah berlangsung bagi membincangkan pelbagai isu, cabaran dan permasalahan yang berkaitan dengan pengurusan serta operasi shopping mall.
Sesi ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan, berkongsi idea dan mencari penyelesaian bersama demi memastikan Eastern Plaza terus menjadi pusat beli-belah yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk para penyewa, pekerja serta pengunjung.
π€ Bersama kita bincang, bersama kita perbaiki, bersama kita majukan Eastern Plaza.
29/07/2026
π₯ PROMOSI ISTIMEWA SEMUA BARANG! π₯
Masa untuk borong barang-barang kegemaran anda dengan harga lebih jimat! Sama ada barangan keperluan rumah, peralatan dapur, alat tulis atau aksesori harian, sekarang memang waktu paling ngam untuk shopping! πβ¨
β
Sabah & Sarawak: Dari RM2.80 β‘οΈ RM2.40
π
3 Ogos 2026 β 9 Ogos 2026
πNINSO EASTERN PLAZA
Jangan lepaskan peluang ini! Cepat dapatkan barangan kegemaran anda sebelum promosi tamat! π
12/06/2026
π©Έβ€οΈ TAWAU, JOM DERMA DARAH! β€οΈπ©Έ
Setitis darah yang anda dermakan hari ini mampu menjadi sinar harapan buat mereka yang memerlukan. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Jelajah Kempen Derma Darah Kumpulan SEDCO 2026!
π
13 - 14 Jun 2026
π Eastern Plaza, Tawau
βοΈ10 am - 4 pm
π Cenderahati untuk penderma
π Peluang memenangi hadiah cabutan bertuah
π¨ Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
β¨ Luangkan beberapa minit, selamatkan nyawa seseorang.
Pertandingan mewarna kanak kanak
7 hgga 9 & 10 hgga 12 Tahun
13 june 2026 jam 11 am
π Derma Darah, Derma Harapan
β€οΈ Setitis Darah, Sejuta Harapan
10/06/2026
π¨ PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK π¨
π Kategori Pertandingan
Kategori A: Umur 10 Tahun hingga 12 Tahun
Kategori B: Umur 9 Tahun dan ke Bawah
π Maklumat Program
Lokasi: Atrium Eastern Plaza, Tawau
Pendaftaran: Bermula jam 11.00 pagi
Masa Pertandingan: 11.00 pagi sehingga selesai
π Syarat-Syarat Pertandingan
1. Pendaftaran peserta hendaklah dibuat pada hari program bermula jam 11.00 pagi di lokasi pertandingan.
2. Peserta wajib hadir bersama ibu bapa atau penjaga.
3. Hanya warna kayu dan krayon (crayon) dibenarkan.
4. Penggunaan cat air, marker, pen warna dan bahan pewarna lain adalah tidak dibenarkan.
5. Peserta perlu membawa sendiri peralatan mewarna.
6. Kertas lukisan akan disediakan oleh pihak penganjur.
7. Sebarang bantuan daripada ibu bapa, penjaga atau pihak lain semasa pertandingan adalah tidak dibenarkan.
8. Hasil karya mestilah diwarnakan sepenuhnya oleh peserta.
9. Peserta hendaklah menjaga kebersihan kawasan pertandingan.
10. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta tidak mematuhi syarat pertandingan.
11. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
12. Pihak penganjur berhak menggunakan gambar dan hasil karya peserta bagi tujuan promosi.
π Ayuh sertai Pertandingan Mewarna dan menangi hadiah-hadiah menarik! π¨β¨π