NADI Kg Batu Payung

NADI Kg Batu Payung

Share

Untuk Menjadi Ahli dan pelbagai Informasi terkini sila layari https://www.picelcom.my/batu-payung

30/08/2026

📢PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI SEMPENA CUTI UMUM📢

Untuk makluman semua, NADI Batu Payung akan ditutup sempena cuti umum Hari Kemerdekaan Malaysia pada ketetapan berikut :

📅Tarikh: 31 Ogos 2026 (Isnin)

NADI Batu Payung akan kembali beroperasi pada 01 September 2026 (Selasa). Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-69 tahun buat semua. Dirgahayu Malaysia!🥰🥰

Photos from NADI Kg Batu Payung's post 30/08/2026

📚Nama Program /Aktiviti : Senam Sihat Madani Merdeka 2026
📅Tarikh : 29 Ogos 2026
⏰Masa : 7.00 pagi - 12.00 tengahari
📍Tempat : Kg Batu Payung
🔖Kategori Peserta : Terbuka
📝Keterangan Program : Penganjuran serentak di 1099 NADI seluruh Malaysia bagi menyatukan komuniti dari pelbagai latar belakang melalui amalan gaya hidup sihat selain meningkatkan semangat perpaduan dan kebersamaan sempena bulan kebangsaan. Saringan kesihatan asas , pengagihan buletin Kempen Internet Selamat serta pelbagai aktiviti lain seperti sukaneka dan pertandingan mewarna turut diadakan bagi menarik minat komuniti di samping dapat memeriahkan lagi program Senam Sihat Madani Merdeka 2026. Program ini juga merupakan satu percubaan untuk mencatat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).



Photos from NADI Malaysia's post 30/08/2026
28/08/2026

🇲🇾 Semarak Merdeka, Semarakkan Amalan Digital Selamat!

Photos from NADI Kg Batu Payung's post 21/08/2026

📚Nama Program /Aktiviti : NADI Care - Senaman sebagai Satu Cara Hidup | W174
📅Tarikh : 21 Ogos 2026
⏰Masa : 2.45 petang – 3.45 petang
📍Tempat : NADI Batu Payung
🔖Kategori Peserta : Terbuka
📝Keterangan Program : Sesi webinar yang disampaikan oleh En. Mohamad Fazrullah Bin Lias, Jurupulih Perubatan Fisioterapi, Klinik Kesihatan Bakri, membolehkan peserta mempelajari cara bagaimana peserta boleh membina rutin senaman yang realistik, selamat dan boleh dikekalkan dalam jangka masa yang panjang. Antara kunci utama yang diketengahkan ialah kepentingan terus bergerak dan kekal konsisten tanpa perlu mengejar kesempurnaan.



Photos from NADI Kg Batu Payung's post 21/08/2026

🎶 MAHA datang lagi... 🎶

Anda sudah bersedia untuk kemeriahan MAHA 2026?

Sambil layan lagu rasmi "MAHA Datang Lagi", jom ramai-ramai bersedia untuk kemeriahan terbesar agromakanan negara yang akan berlangsung pada 28 Ogos hingga 6 September 2026!

Jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan untuk datang dan rasai sendiri kemeriahan MAHA 2026 nanti!
"MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi"

Laman web rasmi: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)





Photos from NADI Kg Batu Payung's post 15/08/2026

📚Nama Program /Aktiviti : NADI-Tiny Techies : Animasi dalam Phyton Siri 5
📅Tarikh : 15 Ogos 2026
⏰Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
📍Tempat : NADI Batu Payung
🔖Kategori Peserta : Terbuka
📝Keterangan Program : Siri ke-5 Animasi dalam Phyton menjelaskan tentang topik Fizik dan Pergerakan. Dalam siri ini, pelajar dapat mempelajari graviti dan limitasi pada arah dan pergerakan karakter serta mendalami tentang permainan digital dua arah.



Photos from NADI Kg Batu Payung's post 14/08/2026

"MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi"
📅 28 Ogos – 6 September 2026
🕙10.00 pagi – 10.00 malam
📍MAEPS Serdang, Selangor
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)




14/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan “Energy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan 🇲🇾





14/08/2026

❤️ JAGA JANTUNG ANDA, BERMULA HARI INI!

Tahukah anda? Risiko penyakit jantung boleh wujud tanpa tanda awal.

🩺 Jom buat Saringan Risiko Jantung MyHeartRisk secara PERCUMA di Pusat NADI berdekatan anda.

⏱️ Hanya mengambil masa sekitar 5–10 minit untuk membantu anda mengenali risiko kesihatan jantung dengan lebih awal.

✅ Ketahui tahap risiko anda
✅ Kenali faktor risiko kesihatan
✅ Dapatkan panduan tindakan seterusnya
✅ Mudah, cepat & PERCUMA

👨‍👩‍👧‍👦 Ajak pasangan, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan anda sekali!

📍 Datang ke Pusat NADI berdekatan anda dan maklumkan kepada petugas NADI bahawa anda ingin menjalani Saringan MyHeartRisk.

❤️ Saring hari ini, cegah sebelum terlambat.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Tawau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kampung Batu Payung, Jalan Apas Laut
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00