TawauKini FT

TawauKini FT

Share

Pasukan Futsal Amatur | Tawau, Sabah | Est 2022

16/04/2024

Kami akan menubuhkan pasukan bawah 23 tahun khusus untuk warga Tawau.

Berbeza dengan pemain-pemain akar umbi, pasukan U23 WAJIB memiliki sifat kompetitif. Untuk hal ini berlaku, sesi pemilihan perlu diadakan bagi memilih pemain-pemain yang berkualiti.

Tujuan utama projek bawah 23 tahun Akademi Bola Sepak TawauKini bagi mencipta 'laluan' seterusnya untuk anak-anak Akademi Bola Sepak TawauKini selepas SPM.

Di samping itu, projek ini juga memberi peluang kepada bakat-bakat muda Tawau untuk mendapatkan latihan daripada jurulatih-jurulatih bertauliah.

Projek ini bukanlah projek yang memerlukan komitmen yang terlalu tinggi memandangkan cadangan latihan hanyalah sebulan sekali/dua kali.

Setiap kali latihan, pemain perlu menyediakan yuran sebanyak RM5-10 bagi tujuan membayar kos padang dan jurulatih.

Sesi pemilihan akan dilakukan dalam masa yang terdekat untuk memilih 25 pemain untuk menjadi pemain U23 ABSTK bagi tempoh SETAHUN.

Sekiranya anda berminat, sila isi borang di bawah:

https://bit.ly/U23ABSTK

---

TARIKH DAN MASA BAGI SESI PEMILIHAN AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.

Photos from TawauKini FT's post 27/10/2022

PASUKAN KITA TERKANDAS DI PUSINGAN KEDUA PIALA FUTSAL JUSTIN WONG

Pasukan kita terkandas di pusingan kedua menentang Sri Aman Ft dengan keputusan 3-0. Pada peringkat pertama kita berjaya menundukkan pasukan Kurnia Jaya dengan keputusan 5-1.

Kita akan teruskan usaha untuk membangunkan pasukan futsal ini. Latihan akan diteruskan bagi menghadapi pertandingan-pertandingan yang seterusnya.

Teruskan menyokong Kelab Futsal Tawaukini, doakan kami terus kuat !

Kearah menjadi sebuah kelab futsal profesional di Tawau.

Photos from TawauKini FT's post 17/10/2022

Minggu ini para pemain menghadapi hujung minggu yang 'hectic'.

Latihan dan perlawanan persahabatan diadakan serentak bagi memastikan pemain dapat mengaplikasikan latihan yang telah dilakukan.

Minggu hadapan pasukan ini akan bermain di Pertandingan Futsal Piala Justin Wong yang akan diadakan 23 Oktober 2022 nanti.

Doakan kami !

11/10/2022

Sekitar perlawanan Persahabatan Pasukan Tawaukini Ft bersama FFT di Studio De Futsal.

Pendedahan yang meluas amat penting dalam pembangunan pasukan futsal baharu, keserasian antara pemain perlu dipupuk agar memudahkan pergerakan di dalam gelanggang.

05/10/2022

Terima kasih Maybank Mile 4 Tawau kerana membantu memudahkan proses pendaftaran akaun bank Kelab Futsal TawauKini.

Servis mereka cukup cemerlang dan pantas.

Akademi Bola Sepak TawauKini dan TawauKini FT telah memiliki akaun bank sendiri untuk urusan sumbangan dan penajaan.

Sebelum ini kami ada menolak beberapa sumbangan dalam bentuk wang kerana belum memiliki akaun bank sendiri.

Sekarang, proses untuk memberi sumbangan atau membayar yuran akademi akan lebih mudah.

Kami akan menyediakan laporan kewangan sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Ia penting untuk memperlihatkan kepada orang awam bagaimana kelab ini diuruskan.

Photos from TawauKini FT's post 04/10/2022

Berlangsung perlawanan persahabatan pada minggu lepas. Kesemua pemain berusaha untuk menunjukkan prestasi yang terbaik.

Perjalanan pasukan ini masih jauh, pasukan perlu dilengkapkan dengan lebih banyak pendedahan dan pengalaman.

03/10/2022

MIXTEAM TAWAUKINI FT DI KEJOHANAN FUTSAL MBS SABAH

Tawaukini FT telah menghantar satu pasukan futsal wanita di kejohanan futsal MBS Sabah. Pasukan futsal wanita ini merupakan hasil kerjasama dengan pasukan Mixteam FC. Kejohanan telah berlangsung selama 2 hari. Berikut merupakan keputusan perlawanan group stage:

1) Mixteam 2-0 Hippies
2) Mixteam 0-0 Joker
3) Mixteam 0-3 Bonito

Pasukan Mixteam Tawaukini FT telah menjadi naib johan dan berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 besar. Namun begitu, perjuangan terhenti di pusingan 16 besar apabila kalah dengan pasukan team Infinity.

Kejohanan kali ini sangat baik dalam memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda team futsal wanita kita untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi iaitu peringkat negeri dan beraksi melawan dengan player-player yang lebih profesional.

Semoga segala pengalaman sepanjang kejohanan ini akan membakar semangat agar mereka meneruskan perjuangan di tournament yang akan datang.

Comeback stronger girls dan kita fokus tournament yang akan datang! Semangat gais!

Terima kasih kepada Pejabat Adun N70 Kukusan Tawau YB Rina dan YB Datuk Nizam atas sponsor untuk kejohanan kali ini.

29/09/2022

SUMBANGAN PERTANDINGAN UNTUK MIXTEAM TAWAUKINI FT

Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Adun N70 Kukusan Tawau atas sumbangan untuk pasukan futsal wanita Tawaukini untuk pertandingan Kejohanan Piala Presiden MBS.

Untuk pengetahuan semua pasukan futsal wanita tawaukini merupakan hasil kerjasama bersama pasukan Mixteam FC.

Semoga beroleh kejayaan di Kk nanti. Amin!

Photos from TawauKini FT's post 26/09/2022

Pemain TawauKini FT menjalani latihan kecergasan di salah sebuah gym di Tawau. Latihan ini sangat penting bagi memastikan pemain mendapat kecergasan yang diperlukan.

Terima kasih Putra Gym and Fitness Centre, atas perkhidmatan fasiliti yang mantap dan terbaik.

Photos from TawauKini FT's post 17/09/2022

Latihan mingguan diteruskan pada minggu ini. Beberapa biji bola futsal dan marker hasil sumbangan sponsor digunakan untuk latihan buat pertama kali oleh para pemain.

Terima kasih player yang konsisten untuk turun datang training.

"Percaya pada proses".

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Tawau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Tawau
91000