Demi Bola

Demi Bola

Share

Selamat datang ke Page Demi Bola.

07/07/2026

Terima kasih CR7 for the memory.

04/07/2026

Walaupun akhirnya tewas, Cape Verde memang layak dapat tabik hormat.

Sepanjang kempen Piala Dunia kali ini, mereka tidak kalah satu pun dalam masa 90 minit permainan.

Siapa sangka pasukan yang tidak diberikan perhatian mampu melangkah ke pusingan kalah mati, malah memaksa juara bertahan bermain sehingga masa tambahan.

Perjalanan mereka mungkin sudah berakhir, tetapi semangat juang yang dipamerkan memang wajar dibanggakan.

Bukan semua kisah indah berakhir dengan trofi. Ada yang berakhir dengan rasa hormat daripada seluruh dunia.

03/07/2026

Lepas Portugal menang lawan Croatia, Cristiano Ronaldo terus pakai jersi nombor 21 sebagai tanda penghormatan buat Diogo Jota. ❤️

Bukan sebab kemenangan semata-mata, tapi sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada rakan sepasukan yang banyak berjasa.

Kadang-kadang dalam bola sepak, ada benda yang lebih besar daripada menang atau kalah.

Satu nombor di belakang jersi pun boleh membawa seribu makna.

Respect, Captain.

02/07/2026

Walaupun perjalanan mereka terhenti, semangat juang, keberanian dan kesungguhan yang dipamerkan sepanjang kejohanan ini sememangnya wajar diberikan pujian.

Mereka mungkin tidak membawa pulang trofi, tetapi mereka berjaya memenangi rasa hormat daripada peminat bola sepak di seluruh dunia.

Tahniah D.R. Congo. Terima kasih kerana memberikan saingan yang hebat di pentas terbesar bola sepak dunia.

01/07/2026

Selepas menjaringkan gol, Kylian Mbappé terus berlari mendapatkan Jurulatihnya, Didier Deschamps. ❤️

Bukan sekadar meraikan jaringan, tetapi sebagai tanda sokongan buat jurulatihnya yang baru kehilangan ibu tercinta minggu lalu.

Dalam bola sepak, bukan semua perkara tentang menang dan kalah.

Kadang-kadang, satu pelukan dan kehadiran seseorang lebih bermakna daripada apa jua kemenangan.

Inilah sisi kemanusiaan yang membuatkan bola sepak begitu indah.

30/06/2026

Jerman tersingkir, dan bersama keputusan itu berakhirlah juga perjalanan Manuel Neuer di pentas Piala Dunia.

Pada usia 40 tahun, legenda Jerman ini mengucapkan selamat tinggal selepas beraksi dalam lima edisi Piala Dunia dan menghabiskan 16 tahun mempertahankan gawang negaranya.

Ya, kejayaan Paraguay layak ke pusingan seterusnya memang wajar diraikan.

Tetapi kalau cakap hati langsung tak tersentuh melihat Neuer berjalan keluar padang sambil menahan air mata... memang mustahil. Dia sendiri tahu, itulah penampilan terakhirnya di pentas terbesar bola sepak dunia. 🥹

Bagi ramai peminat bola sepak, Manuel Neuer bukan sekadar penjaga gol. Dialah pemain yang mengubah cara dunia melihat posisi penjaga gol berani keluar dari kotak penalti, tenang mengawal bola, dan menjadi inspirasi kepada generasi baharu.

Satu era telah berakhir, tetapi legasinya akan terus hidup.

Jangan bersedih kerana ia sudah berakhir. Tersenyumlah kerana kita pernah menyaksikan kehebatan seorang legenda. ❤️🐐

30/06/2026

1. Ramalan Belanda juara adalah tidak benar apabiala tersingkir di kaki Magribi di penntuan sepakan penalti.

2.Separuh masa pertama menyaksikan pertembungan sengit tanpa sebarang gol daripada kedua-dua pasukan.

3 Kebuntuan akhirnya pecah pada minit ke-72 apabila Cody Gakpo menjaringkan gol pendahuluan untuk Belanda.

4. Maghribi bangkit melakukan serangan balas bertali-arus pada penghujung masa permainan.

5. Pada masa kecederaan babak kedua, Issa Diop berjaya menyamakan kedudukan buat Maghribi dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.

6. Selepas baki 30 minit tanpa gol tambahan, Magribi akhirnya mengesahkan tiket ke pusingan seterusnya menerusi sepakan penalti.

7. Kegagalan sepakan penalti daripada pemain Belanda seperti Justin Kluivert, Quinten Timber, dan Crysencio Summerville memastikan kemaraan Maghribi ke Pusingan 16 untuk bertemu Kanada.

The Sukan

Photos from Demi Bola's post 30/06/2026

Jepun, Jerman dan Belanda tersingkir di Pusingan 32 World Cup.

Photos from Demi Bola's post 17/06/2026

Sekitar perlawanan di antara Sabah FC U20 menentang Pasukan Pilihan Tawau FA di Kompleks Sukan Tawau.

13/06/2026

Tonton FIFA 2026 melalui rtm klik

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Tawau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kompleks Sukan Tawau
Tawau
91000