PDRM TAWAU MIX Badminton

PDRM TAWAU MIX Badminton

Share

Kelab badminton PDRM TAWAU MIX(IPD,PGA,MERIN,PERKEP)

06/03/2020

Sekalung Tahniah kepada Team PDRM KONTINJEN SABAH ke perlawanan akhir PIALA KETUA POLIS NEGARA..

Photos from PDRM TAWAU MIX Badminton's post 30/08/2019

Tahniah Team PDRM SABAH yang akan bertanding dalam pertandingan Badminton Piala Ketua Polis Negara..

Kami warga IPD Tawau mendoakan kejayaan pasukan PDRM Sabah terutama pemain dari IPD Tawau iaitu Sjn Sakar,Kpl Azwan dan Kpl Nerwan..Semoga Pulang dengan kejayaan


Photos from PDRM TAWAU MIX Badminton's post 21/08/2019

*IPD TAWAU SAMBAR EMAS KATEGORI SENIOR VETERAN DAN BEREGU WANITA DI KEJOHANAN BADMINTON PIALA PESURUHJAYA POLIS SABAH 2019*

Kota Kinabalu, 21 OGOS 2019 - Kejohanan Badminton Piala Pesuruhjaya Polis Sabah bagi tahun 2019 telah diadakan di Dewan Badminton Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah yang berlangsung selama 3 hari bermula 18 sehingga 21.08.2019. Seramai 20 pasukan dari pelbagai daerah telah mengambil bahagian dalam 06 kategori yang dipertandingkan.

Pertarungan sengit di antara setiap pasukan pada hari pertama menonjolkan bakat dan kemampuan para pemain yang mengambil bahagian untuk bertanding secara sihat sambil riadah. Pasukan IPD Tawau tidak ketinggalan memberi saingan sengit kepada pihak lawan pada final kategori senior veteran yang diwakili oleh Sarjan Sakar Bin Tadarus dan Sarjan Yassin Bin Haji Ab Salam menentang IPK Sabah dan merangkul pingat emas.

Dalam kategori beregu wanita yang diwakili oleh Sarjan Chong Fung Mee bersama PF Siti Salmiati Abd Talib juga telah mengecewakan pihak lawan dari pasukan Sandakan apabila menang pingat emas. Bergu lelaki dan bergu wanita kedua yang diwakili oleh Kpl Arman Bin Ujam dan Kpl Azwan Bin Petrus serta Sarjan Jawyah Binti Sangut bersama L/kpl Zaidha Binti Hossen turut merangkul tempat ketiga bersama.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas mengucapkan berbanyak-banyak tahniah dan syabas kepada para pemenang serta pemain-pemain yang terlibat dalam kejohanan ini. "Semangat kesukanan begini yang saya mahukan dimana tanpa mengira siapa pun pihak lawan, kesungguhan untuk mencapai kejayaan itu terus meningkat tanpa gentar memberi saingan serta peroleh kejayaan" ujarnya lagi.

Majlis perasmian dan penutupan Kejohanan Badminton Piala Pesuruhjaya Polis Sabah telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Dato’ Zaini Bin Jass. Turut hadir SAC Jauteh Dikun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, barisan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam serta orang awam dan keluarga polis.

Photos from PDRM TAWAU MIX Badminton's post 31/07/2019

KEJOHANAN BADMINTON PIALA KETUA POLIS DAERAH TAWAU 2019

Tawau, 30/07/2K19 - 10 pasukan berkampung selama sehari di Dewan SJK (C) Yuk Chin Tawau semalam bagi Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Daerah Tawau 2019.

Kejohanan kali ini diadakan dalam format liga bagi mencari 4 pasukan yang mengutip mata paling banyak dalam saingan kump**an bagi berentap di pusingan separuh akhir.

Kategori berpasukan dimulakan seawal jam 8 pagi lagi. Masing-masing mempertaruhkan lima regu terdiri daripada Regu Khas,dua regu lelaki dan satu veteran dan campuran.

Cawangan Khas beraksi di pusingan akhir menentang Balai Polis Tawau setelah diberi tentangan hebat dari pasukan Balai Luar.

Balai Polis Tawau dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan Cawangan Khas pada edisi kejohanan kali ini dan menerima hadiah berupa pingat, hamper dan piala pusingan setelah memenangi tiga set.

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) p**a berpuas hati berkongsi tempat ketiga bersama pasukan Balai Luar manakala Cawangan Khas sebagai naib johan.

Bagi kategori beregu Wanita individu Koperal Zuwainah(CK) dan P/F Patmah bertemu Sarjan Amanda Chong (BSJ) dan L/Kpl Najwa di pusingan akhir. Keputusan akhir memihak kepada Koperal Zuwainah dan P/F Patmah.

*********************************
Keputusan penuh Kejohanan Piala Ketua Polis Daerah Tawau 2019

Kategori Berpasukan

Johan - Balai Polis Tawau

Naib Johan -Cawangan Khas

Tempat ketiga - Bahagaian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT)/Balai Luar

Beregu Wanita Individu

Johan - Koperal Zuwainah & P/F Patmah (CK)

Naib johan - Sjn Amanda Chong & L/Kpl Najwa (BSJ)

Tempat ke 3-

Pn Yuliana & Rafidah
Sjn Jawyah & Pn Juliana.

Photos from PDRM TAWAU MIX Badminton's post 29/07/2019

Jom Semua Memeriahkan suasana Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Daerah Tawau 2019 yang akan di adakan di SJK Yuk Chin bermula pada 30/07/2019 @ 0700 pagi hingga selesai dan d rasmikan oleh YDH ACP PETER AK UMBUAS Ketua Polis Daerah Tawau..

Photos from PDRM TAWAU MIX Badminton's post 13/07/2019

PERLAWANAN PERSAHABATAN KELAB BADMINTON IPD TAWAU (PDRM TAWAU)VS PENJARA TAWAU

Tawau _ 13Jun 2K19 - Perlawanan Persahabatan Badminton Diantara IPD Tawau (PDRM TAWAU)Dengan Penjara Tawau Telah Berlangsung Di Dewan Penjara Tawau Malam Tadi.Pengurus Team PDRM TAWAU Sjn Majidun dan Diketuai Oleh KBPJKK DSP Nasir bersama barisan 19 pemain pelbagai cawangan. Mengeratkan Hubungan PDRM TAWAU Diperingkat Daerah Daerah Terutama Di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.Perlawanan Berakhir Dengan Keputusan Yang Amat Memberangsangkan Dan Membanggakan Dengan 6 kemenangan Manakala Pasukan Team Penjara Tawau Dengan 4 Kemenangan.Regu VIP menang straight set Oleh KBPJKK DSP Nasir dan Partner ASP Zainuddin melawan Regu 2 pegawai penjara.Perlawanan berjalan lancar dan d sempurnakan oleh Tim/Pengarah Penjara Tawau.Regu yang Memeriahkan Suasana Di dalam dewan ialah regu perempuan PDRM TAWAU.

Kalah Menang Adat Perlawanan...Yang Penting Semangat Kesukanan Yang Tinggi Ditunjukan Dalam Perlawanan Ini.

14/06/2019

Former No.1 Lee Chong Wei 李宗伟 who retired yesterday from international badminton, leaves a rich legacy. Career highlights:

3 Olympic Silver Medals
3 World Championships Silver Medals
47 World Superseries/World Tour Titles
12 Malaysian Open Titles
4 All England Titles
3 Commonwealth Games Gold Medals (men’s singles)
2 Asian Championships Gold Medals (men’s singles)
1 Silver, 2 Bronze: Asian Games (men’s singles)
200 Consecutive Weeks as No.1
Total Titles: 69

Team Events:
Commonwealth Games: 2 Gold (mixed team)
Thomas Cup: Silver (2014); 4 Bronze (2006, 2008, 2010, 2016)
Sudirman Cup: Bronze (2009)
Asian Games: 2 Bronze (2006, 2014)

Photos from PDRM TAWAU MIX Badminton's post 27/03/2019

27/3/2019..PERLAWANAN PERSAHABATAN PGA MIX VS PDRM TAWAU..

Photos from PDRM TAWAU MIX Badminton's post 15/03/2019

15/01/2019 2000hrs-2200hrs perlawanan persahabatan di antara PDRM TAWAU VS MTIteam Hidden Star..semoga dgn adanya perlawanan ini ikatan silaturahim terjalin..

LELAKI WARGA ASING DITAHAN BAKAR KILANG PAPAN MAJIKAN 11/02/2019

LELAKI WARGA ASING DITAHAN BAKAR KILANG PAPAN MAJIKAN TAWAU: Tindakan seorang lelaki warga asing cuba melarikan diri selepas membakar kilang papan milik majikannya gagal apabila berjaya ditahan polis trafik, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.55 pagi itu, suspek warganegara Indonesia berusia 33 tahun berkenaan berjaya ditahan sepasukan p

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Tawau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Tanjung Batu
Tawau