24/08/2026
"Setinggi-tinggi terima kasih kepada SFJ Beauty Sdn Bhd atas sumbangan yang diberikan kepada pasukan Young Tigers FT TAWAU . Sokongan dan keprihatinan anda amat bermakna dalam menyemarakkan semangat serta membantu persiapan pasukan kami. Semoga 𝐒𝐅𝐉 𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐘 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 terus maju jaya!.. penyerahan sumbangan tersebut telah di wakilkan kepada ibubapa young tigers untuk di sampaikan kepada coach Young Tigers
16/08/2026
- “Bukan tentang di mana kita bermula, tapi tentang usaha kita setiap hari untuk jadi lebih baik. Nikmati setiap saat latihan, trust the process!” ⚽
Done sesi latihan untuk harini
Sabtu 16/08/26
Tq .m.k kuhara tawau
Padang best
Tetap semangat utk anak2
U9,U10,U11,U12
30/07/2026
SALUTASI BUAT WIRA KESELAMATAN
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) DAERAH TAWAU
“Bersama Menjamin Keselamatan, Bersama Menjayakan Kejohanan”
Keselamatan adalah keutamaan, dan kehadiran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tawau membuktikan komitmen bersama dalam menjayakan Kejohanan Bola Sepak Piala Young Tigers Tawau B11 & B13 Terbuka Sabah 2026.
Terima kasih atas khidmat kerjasama, kesiapsiagaan dan profesionalisme yang memberi keyakinan kepada setiap pasukan untuk beraksi dengan tenang, selamat dan penuh semangat.
Bersama APM, kita mengangkat martabat kejohanan ke tahap yang lebih cemerlang.
25/07/2026
Syabas & Tahniah juga buat anak² pelatih Young Tigers FT TAWAU U10(Team B) yang mengikuti Kejohanan KOG Grassroots ⚽🔥... Trust The Process & Never Give Up💪
25/07/2026
Barisan anak² pelatih U10 Young Tigers FT TAWAU....Syabas & tahniah buat pelatih U10 (Team A) kerana mendapat tempat ke-3 dalam Kejohanan KOG Grassroot...terima kasih Dan tahniah buat Coach wan kerana telah bertungkus lumus dlm melatih anak² Young Tigers... Terima kasih ini juga di ucapkan kepada barisan ibubapa yg tidak pernah putus memberi sokongan kepada anak² pelatih....semoga Anak² pelatih Young Tigers terus berjaya 💪🔥
25/07/2026
Tahniah Buat anak² pelatih Young Tigers FT TAWAU yang terpilih mengikuti Kelab Futsal Seven E ke Grand Final Milo cup 2026 bagi mewakili negeri SABAH Di SLK CENTRAL FUTSAL GOMBAK,SELANGOR...Semoga terus berjaya⚽🔥💪
23/07/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Sabah (SABAH FA) atas sokongan dan kepercayaan dalam menjayakan Piala Young Tigers Tawau B11 & B13 Terbuka Sabah 2026. Sokongan ini amat bermakna dalam usaha bersama membina masa depan bola sepak akar umbi dan melahirkan generasi juara Sabah. ⚽🏆💙💛