21/08/2026
πππ ππ¦πππ‘π π ππππ¨π ππ§ π£ππ πππ‘ ππππππ π ππ’ππ π¦ππ£ππ π§ππͺππ¨πππ‘π
Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga.
Pihak Akademi Bola Sepak TawauKini sedang mengemas kini maklumat semua pemain bagi memastikan rekod akademi sentiasa lengkap dan terkini, khususnya untuk urusan komunikasi, keselamatan, kecemasan serta penyertaan dalam aktiviti dan program akademi.
Mohon semua ibu bapa/penjaga meluangkan sedikit masa untuk mengisi borang kemaskini melalui pautan di bawah:
π https://forms.gle/FUiR4rDFC33tTDBq9
Borang ini hanya memerlukan beberapa minit untuk dilengkapkan. Kerjasama ibu bapa/penjaga amat kami hargai bagi membantu pihak akademi menguruskan kebajikan dan keselamatan pemain dengan lebih baik.
Terima kasih atas sokongan berterusan kepada Akademi Bola Sepak TawauKini. β½π―
18/07/2026
Sayu hati melihat bibs anak-anak pemain akademi kami dicuri orang. Terima kasih PDRM!
ππππππ ππππ πππππ πππππ πππππ πππππ ππππππ πππ πππππ πππππ
TAWAU, 18 Julai 2026 - Strike Team Balai Polis Tawau semasa menjalankan penugasan Op Pintu dan Rondaan Cegah Jenayah berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah serta merampas pelbagai barangan yang dipercayai hasil kegiatan jenayah dalam satu operasi di Kampung Vietnam, Pokok Besar.
βOperasi yang dijalankan berjaya menahan suspek seorang warga tempatan berusia anggaran 41 tahun selepas didapati menggalas sebuah beg dalam keadaan mencurigakan. Pemeriksaan ke atas beg galas tersebut menemukan beberapa barangan yang disyaki merupakan harta curi, sekali gus membawa kepada penahanan suspek untuk siasatan lanjut,β
βAntara barangan yang dirampas ialah sebuah beg galas, sejumlah baju BIP sukan pelbagai saiz dan warna, sebuah soket penyambung, sepasang kasut bola berjenama serta sebiji bola,β YDH Supt. Wilynton Enchana Watt, Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau.
Semakan turut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan mencuri serta kes berkaitan dadah dan perjudian. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Polis Daerah Tawau akan terus memperhebat rondaan pencegahan jenayah dan menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah bagi membantu usaha mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini.
17/07/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Baru-baru ini, rumah yang menjadi tempat akademi menyimpan peralatan latihan telah dimasuki pencuri. Hampir 80% peralatan latihan telah dicuri, termasuklah kesemua bola yang dimiliki pihak akademi.
Laporan polis telah dibuat, dan polis sedang melakukan siasatan. Moga para pencuri segera diberkas.
Seandainya ada sesiapa yang datang kepada anda dengan menjual peralatan latihan bola sepak dengan harga terlalu murah, mohon maklumkan kepada kami. Terutamanya bola berjenama KIPSTA atau MOLTEN.
Sementara itu, latihan akademi akan ditangguhkan sehingga usaha pembelian peralatan-peralatan baharu diselesaikan. Pengumuman bermulanya tarikh latihan semula akan dimaklumkan kemudian.
Maklumat lanjut akan diberikan di WhatsApp Group para Ibu Bapa Penjaga.
Sekian, terima kasih
21/06/2026
Sekitar sesi latihan akademi pada hari ini.
Terima kasih kepada semua pelatih yang hadir dan tak lupa kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberikan komitmen.
10/06/2026
ππππππ
πππππ πππππππ ππππ πππππ πππππππππ ππππππ
Akademi Bola Sepak TawauKini kini membuka pendaftaran pemain baharu bagi sesi latihan tahun 2026.
Program ini terbuka kepada kanak-kanak dan remaja berumur 7 hingga 17 tahun yang berminat untuk belajar asas bola sepak, membina disiplin, keyakinan diri dan mengembangkan bakat melalui latihan yang tersusun.
Latihan akan diadakan seminggu sekali pada setiap Ahad pagi.
Keutamaan diberikan kepada pemain yang belum pernah mewakili sekolah, masih baru dalam bola sepak, atau baru mahu mula belajar bermain dengan bimbingan jurulatih.
Tempat adalah terhad. Hanya 60 pemain akan didaftarkan. Yuran pendaftaran adalah RM100, dengan yuran mingguan sebanyak RM8.00.
Daftar sekarang melalui pautan:
π https://bit.ly/DaftarABSTK26
Untuk maklumat lanjut, hubungi WhatsApp:
π² 0111 9054 285
08/06/2026
Tahniah kepada Coach Muhammad Julazman Jupri dan pasangan. Selamat mendirikan rumah tangga daripada kami!
Coach Julazman merupakan Ketua Pelaksana Program Celik dan merupakan Ketua Jurulatih (U12) akademi.
Terima kasih atas sumbangan besar kepada anak-anak Tawau! Selamat Pengantin Baru!
10/05/2026
Sekitar sesi latihan akademi pada hari ini.
Terima kasih kepada semua pelatih yang hadir dan tak lupa kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberikan komitmen setiap minggu untuk menghantar anak-anak mereka pergi latihan.
08/02/2026
Sekitar hari terakhir Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Akar Umbi FAM.
Terima kasih kepada Coach Omar dan Coach Roney yang telah mencurahkan ilmu kepada para peserta.
Majlis penutupan ringkas dihadiri Setiausaha Persatuan Bola Sepak Daerah Tawau, Encik Fazlih Ahmad.
---
Sesi terakhir dihadiri oleh pemain-pemain U12 Akademi Bola Sepak TawauKini dan Akademi Inferno. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Akademi Inferno kerana membantu program ini!
Selamat berkhidmat kepada para jurulatih di tempat masing-masing. Peranan anda semua di peringkat akar umbi amat penting untuk pembangunan bola sepak negara.
Kami di pihak Akademi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua pihak, khususnya ini merupakan kursus kejurulatihan pertama bertaraf FAM yang dianjurkan oleh akademi.