Simpang Tiga Badminton Club

Simpang Tiga Badminton Club

Share

Untuk friendly boleh berhubung melalui whatsApp 0148706807

Photos from Simpang Tiga Badminton Club's post 04/12/2023

Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin serta rahmatNya pertandingan semalam berakhir dengan jayanya..

Pertama sekali kami di pihak Simpang Tiga Badminton Club ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Legend kerana menjemput kami untuk turut serta dalam Pertandingan Badminton Tertutup Merotai anjuran Mega Enterprise (PakCik Udin)..

Sebagai pencinta sukan badminton kita semua faham bahawa bukan gelaran yang paling utama yang kita cari dalam sukan yang sihat begini. Tetapi tidak lain dan tidak bukan apa yang kita semua mahukan adalah menjalinkan ukhwah yang lebih erat lagi di kalangan pemain terutamanya di kawasan mukim merotai ini.

Buktinya pada acara yang berlangsung semalam, bukan pemain yang menang saja turun hadir bermain, malah pemain-pemain yang telah terkandas di pusingan awal juga turun padang dan memberi sokongan kepada kawan-kawan yang masih berjuang. Inilah semangat yang mahu kita pupuk dalam kalangan pencinta badminton.

Diharapkan anjuran sihat sebegini dapat diadakan lagi di masa akan datang kerana banyak nilai murni dan warna-warni keindahan sukan yang terdapat di dalamnya yang boleh kita kembangkan lagi dan perbaiki lagi di masa akan datang.

Akhir kata MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...Terima kasih..

03/09/2023

𝐍𝐒𝐑 𝐁𝐂 Vs πŒπ„π‘πŽπ“π€πˆπŠπ” 𝐁𝐂

Semangat berpasukan dan silaturahim yang terjalin diakhir Perlawanan Persahabatan.

Menambah kemeriahan apabila YB Sarifuddin Hata turut beraksi bersama team Merotaiku BC.

Photos from Simpang Tiga Badminton Club's post 31/08/2023

Bismillahirrahmanirrahim..

Terlebih dahulu kami ingin menzahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya jualah kita semua dapat menjalankan program perlawanan persahabatan ini dengan jayanya.

Dan jutaan terima kasih juga kepada NRS BC kerana sudi menjemput kami untuk bersama-sama dengan team untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan yang diadakan di Ace Sports Centre baru-baru ini.

Tidak lain dan tidak bukan perlawanan persahabatan ini bukanlah untuk sihat semata-mata tapi juga bertujuan untuk menjalinkan persahabatan dan ukhwah yang erat di antara pemain-pemain.

Dan tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Sarifuddin Hata - Adun N.72 Merotai kerana turut serta dalam program ini sekaligus menyampaikan sedikit penghargaan dan cenderahati kepada semua pemain.

Diharap dengan usaha dan kerjasama yang telah ditunjukkan dalam menjayakan program ini maka kita akan lebih mudah untuk bekerjasama lagi di masa akan datang dalam menjayakan program-program yang lain InsyaAllah.

Sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dan bekerja keras serta bertungkus lumus bagi menjayakan program ini. Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.. ✌️

Photos from Simpang Tiga Badminton Club's post 10/06/2023

Friendly match

Simpang Tiga Badminton Club
VS
BC

Photos from Simpang Tiga Badminton Club's post 30/10/2022

Perlawanan Persahabatan Badminton

AZILLION PROPERTIES TEAM

VS

Simpang Tiga Badminton Club

Photos from Simpang Tiga Badminton Club's post 10/09/2022

Perlawanan Persahabatan Badminton Round 1

Simpang Tiga Badminton Club

VS

Teratai BC (sungai imam)

Bersukan bukannya untuk menang
Tapi untuk mengeratkan silaturrahim antara sesama kita🫰🏻

Yang Menjalankan Amanah
*ABM*🫰🏿

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Tawau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Merotai Besar
Tawau