08/06/2025
KORBAN MADANI KAMPUNG SIMPANG 4 TG MALIM, PERAK.
7 JUNE 2025 / PADANG KG. SIMPANG 4 / 9 PAGI
Alhamdulillah ibadah korban telah selesai dengan jayanya hasil dari kerjasama penduduk kampung yang di ketuai Pengerusi JPKK Kg Berop Tuan Raja Mohd Nor bersama JK Surau Kg Simpang 4 serta penduduk Kampung.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kamil Munim atas sumbangan lembu korban serta penduduk-penduduk kampung yang menyertai korban.
Semoga ibadah kita ini diterima dan diberkati Allah Swt.
12/09/2024
Alhamdulillah Program Sejati Madani JPKK Kampung Berop “ Madu Kelulut “ dengan rasminya telah bermula.
12/09/2024
Alhamdulillah dan terima kasih Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim khususnya PLB kerana meluluskan projek tebatan dan baiki tebing Sungai Bernam di Kampung Simpang Empat Dalam.
23/08/2024
Taman Bernam/ 23 Ogos 2024
Bersama En Hayat Pegawai JKM Slim River menyerahkan bantuan dri JKM Slim River untuk keluarga yang amat memerlukan.
InsyaAllah kita bantu keluarga ini untuk dapatkan bantuan bulanan dari JKM.
23/08/2024
KURSUS PEMANTAPAN PERSONALITI PEMIMPIN DESA BIL. 3/2024 (NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN & NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS)
Kursus Pemantapan Personaliti Pemimpin Desa sedang berlangsung bermula 29 hingga 31 Julai di Hotel Excelsior, Ipoh, Perak.
Kursus Pemantapan Personaliti Pemimpin Desa adalah kursus lanjutan daripada Kursus Kepimpinan MyDesa yang bertujuan antara lain untuk meningkatkan kefahaman kepada pemimpin kampung tentang kepentingan sikap, pemikiran dan perlakuan yang positif dalam kepimpinan.
Peserta yang hadir adalah merupakan pemimpin desa dari Negeri Perak dan Negeri Sembilan.
Seramai 56 orang peserta dari Negeri Perak iaitu Larut Matang, Kerian, Batang Padang, Kuala Kangsar, Kinta, Manjung, Hilir Perak dan Muallim.
Manakala peserta dari Negeri Sembilan p**a seramai 44 orang dari daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Jempol dan Kuala Pilah.
Sumber Foto: Bahagian Pengurusan Desa dan Pemerkasaan Komuniti (BDPK), INFRA.
23/08/2024
Mesyuarat Pengerusi JPKK Muallim.
6 Ogos 2024 / PPSK Felcra Seri Gala
Alhamdulillah banyak isu yang telah dibincangkan dan telah dirancang dengan baik.
23/08/2024
14 Ogos 2024 , Pejabat Daerah Muallim.
'Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana sepakat' ungkapan Ybrs Tuan Pegawai Daerah Muallim kepada semua Pengerusi JPKK Daerah Muallim sempena dengan kunjung hormat mereka bertemu Ybrs Tuan Pegawai Daerah Muallim.
Sesi kunjung hormat tersebut yang diuruskan oleh Ybrs Tuan Ketua Penolong Pegawai Daerah Muallim serta Bahagian Pembangunan Luar Bandar turut membincangkan beberapa isu khususnya isu bencana di Daerah Muallim.
Sebagai 'buah tangan' kepada kunjung hormat tersebut, setiap Pengerusi JPKK diberikan bendera sempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara.
CnP Pages Pejabat Tanah.
23/08/2024
18 Ogs 2024 / UPSI
Menghadiri Program Sentuhan Kasih Desa Madani, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sempena bulan kemerdekaan 2024.
Dua acara turut berlangsung iaitu Kembara Merdeka & Eksplorasi Desa.
23/08/2024
Saya menghadiri program ceramah “ Islam kesederhanaan dalam kontroversi hari ini” yang disampaikan oleh Dato’ Dr Afifi Al-Akiti, Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan Upsi.
23/08/2024
Serahan Kerusi roda kepada penduduk Kg Berop.
Semoga Keluarga ini dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan.