02/09/2026
TMT MELANGKAH KE FASA SETERUSNYA !
ASET BAHARU π β’ VISI LEBIH BESAR π β’ MASA DEPAN LEBIH KUKUH π
Kelab Bolasepak Tanjong Malim Thunder bakal menambah satu lagi aset penting dalam struktur kelab iaitu sebuah bas rasmi kelab.
Langkah ini bukan sekadar penambahan sebuah kenderaan, tetapi merupakan sebahagian daripada perancangan strategik jangka panjang TMT untuk memperkukuh operasi, menambah aset serta membina kestabilan kewangan dan ekonomi kelab yang lebih mampan.
Kehadiran bas rasmi ini bakal memudahkan pengurusan perjalanan pasukan bagi perlawanan di luar daerah, kejohanan, program pembangunan akademi serta urusan rasmi kelab di samping memberikan kemudahan yang lebih baik kepada para pemain, barisan jurulatih dan pihak pengurusan.
Lebih penting, TMT melihat penambahan aset ini sebagai sebahagian daripada usaha membina sebuah kelab bola sepak yang lebih profesional, berdikari dan mempunyai ekosistem yang kukuh, bukan hanya di atas padang tetapi juga dari sudut pengurusan, aset dan pembangunan ekonomi kelab.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pangkin Anak Utara Enterprise dan Aziz Empire, Dato Aziz selaku pemudah cara dalam merealisasikan kerjasama ini.
Kepercayaan dan sokongan daripada rakan strategik seperti ini menjadi antara pemangkin penting kepada usaha TMT untuk terus berkembang dan melangkah ke tahap yang lebih tinggi.
TMT sentiasa membuka pintu kepada semua syarikat, organisasi dan rakan korporat di luar sana untuk bersama-sama menjalin kerjasama strategik dalam membangunkan ekosistem bola sepak yang lebih baik, profesional dan cemerlang.
βββ
TMT ENTERS THE NEXT PHASE !
NEW ASSET π β’ BIGGER VISION π β’ STRONGER FUTURE π
Tanjong Malim Thunder Football Club is set to add another significant asset to the club. It's official team bus.
This is more than just the addition of a vehicle. It represents part of TMTβs long-term strategic plan to strengthen club operations, expand its asset base and build greater financial stability and a sustainable economic foundation.
The official team bus will provide greater convenience for the teamβs away fixtures, tournaments, academy development programmes and official club activities, while improving the overall mobility and facilities available to our players and management.
More importantly, TMT sees this initiative as another step towards building a more professional, independent and sustainable football club both on and off the pitch.
Our sincere appreciation and gratitude to Pangkin Anak Utara Enterprise and Aziz Empire, Dato Aziz for serving as facilitators in making this strategic collaboration possible.
The trust and support from strategic partners such as these are instrumental in helping TMT continue to grow and move towards a stronger future.
TMT remains open to partnerships with companies, organisations and corporate partners who share our vision of building a stronger, more professional and sustainable football ecosystem.
βOur Kids Our Future, Trust The Processβ
01/09/2026
01/09/2026
31/08/2026
31/08/2026
28/08/2026
27/08/2026
27/08/2026
26/08/2026