04/09/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐!
Nak tambah kemahiran? Nak tingkatkan kompetensi? Nak kuasai ilmu baharu yang relevan dengan keperluan semasa?
๐ฅ ๐๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ง๐ ๐ค๐ ๐๐๐ง๐๐๐ค (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ข๐ฉ๐ข๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐๐ข๐๐ฎ๐ค๐ ๐ฌ๐๐ฉ๐๐ง๐ฃ๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐!
Pelbagai kursus menarik menanti anda dengan pendekatan pembelajaran yang lebih praktikal, interaktif dan berorientasikan kemahiran.
โจ ๐๐๐ญ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง. ๐๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ข๐ซ๐๐ง. ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ค ๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง๐ .
๐ ADTEC JTM Kampus Taiping
๐
Sepanjang September 2026
๐ฏ Jangan tunggu peluang datang โ cipta peluang anda dengan kemahiran baharu!
๐ฒ Semak senarai kursus dan ๐ฌ๐๐๐ง ๐๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐๐ญ๐๐ซ sekarang.
โก Tempat adalah terhad!
๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฃ ๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃ
Follow Us at
Facebook | Instagram | Youtube | Tiktok : ADTEC JTM Kampus Taiping
03/09/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
2 September 2026 | Telah berlangsung Sesi Khidmat Nasihat Pembangunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (BPdP) dan Soalan Penilaian Latihan Kemahiran (SPLK) Tahun 2026 anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bertempat di Bilik Seminar BPSM, ADTEC JTM Kampus Taiping.
Sesi ini bertujuan memberikan khidmat nasihat, panduan serta perkongsian berkaitan pembangunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (BPdP) serta Soalan Penilaian Latihan Kemahiran (SPLK) bagi memastikan bahan dan instrumen penilaian yang dibangunkan menepati keperluan serta standard yang ditetapkan.
Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan kepakaran dalam usaha memperkukuh kualiti penyampaian latihan kemahiran serta sistem penilaian yang lebih berkesan dan sistematik.
Semoga sesi khidmat nasihat ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang terlibat serta menyumbang kepada peningkatan kualiti latihan kemahiran dan pemerkasaan TVET negara.
JPK | Memperkasa Latihan Kemahiran, Melahirkan Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi
๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฃ ๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃ
Follow Us at
Facebook | Instagram | Youtube | Tiktok : ADTEC JTM Kampus Taiping
03/09/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐!
2 September 2026 | ADTEC JTM Kampus Taiping telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek (KJP) โDari Dapur Ke Digital: Kuasai Resipi Kek Coklat Kukusโ yang melibatkan seramai 17 orang peserta dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kursus yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik penyediaan kek coklat kukus secara praktikal dalam suasana pembelajaran yang santai, kreatif dan menyeronokkan.
Sepanjang kursus, peserta turut disediakan sarapan pagi serta bahan-bahan untuk aktiviti, dan berpeluang membawa pulang hasil tangan sendiri.
Program ini diharap dapat mencetuskan minat dan kreativiti bidang kemahiran, di samping menerapkan elemen digital dalam pembelajaran selaras dengan aspirasi TVET dan Malaysia MADANI.
๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฃ ๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃ
Follow Us at
Facebook | Instagram | Youtube | Tiktok : ADTEC JTM Kampus Taiping
02/09/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐: ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Bahagian Teknologi Komputer | ADTEC JTM Kampus Taiping
1 September 2026 | Bahagian Teknologi Komputer, ADTEC JTM Kampus Taiping telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek (KJP) Celik IT: Jom Buat Online Game Sendiri! yang melibatkan seramai 20 orang pelajar sekolah berumur 8-16 tahun.
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pembangunan permainan digital serta penggunaan teknologi secara kreatif dan interaktif melalui aplikasi seperti ๐๐ฐ๐ฅ๐ฐ๐ต, ๐๐ข๐ฏ๐ท๐ข ๐๐, ๐๐ ๐๐ฐ๐ฅ๐ฆ, ๐๐ฅ๐ถ๐ค๐ข๐ฑ๐ญ๐ข๐บ, ๐๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ฌ๐ฆ๐ต, ๐๐ค๐ณ๐ข๐ต๐ค๐ฉ, ๐๐๐ฆ๐ท๐ฆ๐ญ๐ฐ๐ฑ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ฐ๐ฏ๐ด๐ต๐ณ๐ถ๐ค๐ต 3.
Melalui aktiviti secara amali, peserta berpeluang meneroka asas pengaturcaraan, reka bentuk permainan dan pembangunan kandungan digital, sekali gus memupuk kreativiti, pemikiran kritis serta minat terhadap bidang TVET dan teknologi digital.
Semoga program ini dapat menjadi platform kepada generasi muda untuk terus meneroka dan mengembangkan potensi dalam bidang teknologi serta industri digital.
๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฃ ๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃ
Follow Us at
Facebook | Instagram | Youtube | Tiktok : ADTEC JTM Kampus Taiping
01/09/2026
JOM SERTAI KURSUS JANGKA PENDEK ADTEC JTM KAMPUS TAIPING!
Nak tambah kemahiran baharu? Nak belajar sesuatu yang menarik, praktikal dan boleh terus digunakan?
Kini peluang untuk anda meningkatkan kemahiran bersama ADTEC JTM Kampus Taiping melalui dua kursus menarik:
๐ซ KURSUS COKLAT KUKUS
Belajar menghasilkan coklat kukus yang lembut, moist dan menyelerakan. Sesuai untuk yang ingin belajar kemahiran baharu, hobi mahupun sebagai langkah awal menjana pendapatan.
๐ฌ KURSUS CAPCUT: EDIT VIDEO GEMPAK!
Belajar menghasilkan video yang lebih menarik menggunakan CapCut. Kuasai asas potongan video, teks, muzik, efek, transisi dan teknik menghasilkan kandungan yang lebih profesional untuk media sosial.
โจ Tambah Kemahiran โข Cipta Peluang โข Tingkatkan Potensi Diri!
๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฃ ๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃ
Follow Us at
Facebook | Instagram | Youtube | Tiktok : ADTEC JTM Kampus Taiping
30/08/2026
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.
28/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐. ๐ | ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Taiping, 28 Ogos 2026 โ ADTEC JTM Kampus Taiping telah melaksanakan Perhimpunan Bulanan Kakitangan bagi bulan Ogos 2026 yang berlangsung dalam suasana penuh semangat, ceria dan patriotik bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu JTM, diikuti dengan Ikrar Perkhidmatan Awam sebagai tanda komitmen warga kerja dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti.
Majlis diteruskan dengan beberapa hebahan penting, antaranya kenaikan pangkat Puan Ummu Salma binti Mohiddin ke gred DG12 (KUP) serta hebahan cuti belajar sepenuh masa (PhD) kepada Ts. Nik Mohd Azim bin Mohd Ghazali. Tahniah diucapkan atas pencapaian dan perkembangan kerjaya yang membanggakan.
Dalam perhimpunan ini turut diumumkan kejayaan ADTEC JTM Kampus Taiping dalam TVET Rating Tahun 2026. Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan warga ADTEC Taiping dalam memastikan kualiti pengurusan dan penyampaian latihan TVET sentiasa berada pada tahap terbaik.
Warga ADTEC Taiping turut disajikan dengan tayangan video rangkuman aktiviti sepanjang bulan Ogos, yang mengetengahkan pelbagai program, aktiviti dan pencapaian warga kampus.
Seterusnya, Taklimat Bahagian Penyelenggaraan dan Pengurusan Aset (BPPA) telah disampaikan oleh En. Mohd Anuar bin Junoh, sebelum majlis diteruskan dengan amanat Tuan Pengarah ADTEC JTM Kampus Taiping, Tuan Haji Jamil bin Yahya.
PENYAMPAIAN SIJIL TVET RATING 2026
Kemuncak majlis adalah penyampaian sijil TVET Rating 2026, dengan Bahagian Polimer dan Mekanikal Bahan berjaya memperoleh penarafan 5 Bintang , manakala bahagian-bahagian lain berjaya memperoleh penarafan 4 Bintang .
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga ADTEC JTM Kampus Taiping atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan tersebut menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kecemerlangan dan kualiti TVET pada masa akan datang.
BUSANA TERBAIK PERHIMPUNAN
Tidak lengkap kemeriahan Bulan Kebangsaan tanpa semangat patriotik melalui busana! Bagi kategori Busana Terbaik Perhimpunan, kemenangan menjadi milik Tuan Pengarah sendiri, Tuan Haji Jamil bin Yahya, dan Puan Rokiah. Tahniah atas penampilan yang menyerlahkan semangat patriotisme!
Majlis kemudiannya ditutup dengan sambutan hari lahir warga kerja yang dilahirkan pada bulan Ogos, sebelum warga ADTEC Taiping disajikan dengan tayangan video khas Kemerdekaan ADTEC Taiping sebagai penutup penuh semangat patriotik.
Semoga perhimpunan bulanan ini terus menjadi wadah untuk memperkukuh semangat kekitaan, meningkatkan motivasi serta menyemarakkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Taiping.
๐ฒ๐พ ๐ด๐๐๐
๐๐๐! ๐ด๐๐๐
๐๐๐! ๐ด๐๐๐
๐๐๐!
TVET Pemacu Kemajuan, Kemahiran Tonggak Kemerdekaan.
JTM Mekar di Hatiku.
๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฃ ๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃ
Follow Us at
Facebook | Instagram | Youtube | Tiktok : ADTEC JTM Kampus Taiping
28/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Dengan penuh rasa syukur dan bangga, ๐๐๐ง๐๐ ๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ ๐ง๐ฎ๐ถ๐ฝ๐ถ๐ป๐ด sekali lagi mencipta kejayaan apabila ๐๐๐ง๐๐ ๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ ๐ง๐ฎ๐ถ๐ฝ๐ถ๐ป๐ด berjaya memperoleh Malaysia TVET Rating (MTR) 2026 dengan pencapaian yang membanggakan!
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ telah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah institusi TVET yang "๐ฝ๐๐๐ฟ๐ผ๐๐ผ ๐๐ผ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐โ dan โ๐ฝ๐๐๐ฟ๐ผ๐๐ผ ๐๐ผ๐๐๐ โ bagi program berikut :
5 โญโญโญโญโญ
"๐ฝ๐๐๐ฟ๐ผ๐๐ผ ๐๐ผ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐โ
1. Teknologi Pengeluaran Plastik [MC-100-4:2012]
2. Pentadbiran Teknikal Pengeluaran Seramik Termaju [MT-020-4:2016]
4โญโญโญโญ
โ๐ฝ๐๐๐ฟ๐ผ๐๐ผ ๐๐ผ๐๐๐โ
1. Penyeliaan Teknikal Pengeluaran Semikonduktor (Proses Bahagian Belakang) [EE-020-4:2013]
2. Pentadbiran Sistem Komputer [IT-020-4:2013]
3. Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-4:2016]
4. Teknologi Pembuatan Komposit [MT-011-4:2014]
Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan ๐๐๐ง๐๐ ๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ ๐ง๐ฎ๐ถ๐ฝ๐ถ๐ป๐ด dalam memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) yang berkualiti, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri.
๐ป๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐๐ ๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ ๐ง๐ฎ๐ถ๐ฝ๐ถ๐ป๐ด! Terima kasih atas sokongan dan dokongan semua pihak kepada kecemerlangan ๐๐๐ง๐๐ ๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ ๐ง๐ฎ๐ถ๐ฝ๐ถ๐ป๐ด.
๐๐ Terus melangkah, terus cemerlang, terus unggul dalam TVET!
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ซ๐๐๐๐
Follow Us at
Facebook | Instagram | Youtube | Tiktok : ADTEC JTM Kampus Taiping
27/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐)
Tahniah dan Syabas kepada semua pembangun Silibus dan WIM berasaskan COPTPA bagi Program DT Komposit dan DT Mekanikal (Pemprosesan Bahan) di atas komitmen dan kesungguhan dalam menyiapkan dokumen dan melepasi pemetaan oleh Panel Jabatan Pembangunan Kemahiran yang dilantik. Setinggi penghargaan buat BKT Jabatan Tenaga Manusia di atas penyelarasan ini.
Semoga usaha ini akan terus memperkasakan ADTEC Taiping dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran, berkualiti, kompeten dan memenuhi keperluan industri, selaras dengan aspirasi memperkukuh pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) negara.
๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฃ ๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃ
Follow Us at
Facebook | Instagram | Youtube | Tiktok : ADTEC JTM Kampus Taiping