ANAK RIMAU FC

ANAK RIMAU FC

Share

sebuah club yg di tubuh kn bgi mmbantu pelatih mndapatkn latihan yg mncapai tahap yg brkualiti

Photos from ANAK RIMAU FC's post 15/08/2026

πŸ† ALHAMDULILLAH, SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT 🀲

KEJOHANAN BOLASEPAK LIGA SERATA RATA 2026 (SIRI 2)
πŸ† PIALA SERATA MOJITO U8 & U11
πŸ“… 15 Ogos 2026 | Sabtu
πŸ“ Padang Bola Sepak, Kompleks Sukan UiTM Merbok

πŸ”₯ ANAK RIMAU FC NAIK PODIUM LAGI! πŸ”₯

Alhamdulillah, bumi Kedah sekali lagi menjadi saksi perjuangan anak-anak Rimau. Team U8 dan U11 Anak Rimau FC berjaya mendapat tempat KETIGA πŸ₯‰!

Tahniah yang tidak terhingga buat semua pemain yang telah berjuang habis-habisan di atas padang. Walaupun penat, tekanan dan cabaran sepanjang kejohanan, anak-anak tetap menunjukkan semangat, disiplin dan keberanian. πŸ’ͺ⚽

πŸ‘ Tahniah buat semua waris yang sentiasa memberikan sokongan, mengorbankan masa, tenaga dan perjalanan jauh demi anak-anak. Tanpa sokongan waris, perjalanan ini pasti tidak semudah ini.

Naik podium bukan sekadar tentang pingat, tetapi tentang proses, pengalaman dan keberanian untuk terus melangkah. πŸ₯‰πŸ”₯
Terima kasih bumi Kedah! πŸ’šπŸ’›

Anak Rimau FC datang dengan semangat, pulang membawa pengalaman dan kejayaan.
Teruskan usaha anak-anak! Jangan cepat puas dengan apa yang dicapai hari ini. Masih banyak yang perlu dipelajari dan masih banyak podium yang menanti.

TRUST THE PROCESS.
USAHA TIDAK MENGKHIANATI HASIL. πŸ’ͺπŸ”₯
πŸ†πŸ₯‰ TAHNIAH ANAK RIMAU FC U8 & U11!
KITA DATANG UNTUK BELAJAR, BERJUANG DAN MENANG BERSAMA! 🐯⚽πŸ”₯

Photos from ANAK RIMAU FC's post 02/08/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. 🀲

⚽ KEJOHANAN BOLA SEPAK PEMBANGUNAN RAINTOWN SERIES *U7, U9 & U11* 1 Ogos 2026πŸ“ Padang SK All Saints, Kamunting, Perak

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan waris Anak Rimau FC atas pencapaian yang sangat membanggakan dalam kejohanan ini. Setiap kategori telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang tinggi di atas padang.

Kejayaan hari ini adalah hasil daripada latihan yang konsisten, kepercayaan kepada jurulatih serta sokongan padu daripada semua waris. Jadikan pencapaian ini sebagai pembakar semangat untuk terus bekerja lebih keras kerana tiada usaha yang mengkhianati hasil.

Teruskan merendah diri ketika menang, bangkit ketika diuji, dan jangan pernah berhenti mengejar impian. Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, lebih banyak kejayaan akan menanti Anak Rimau FC pada masa akan datang.

Tahniah Anak Rimau FC! πŸ―πŸ†

Photos from ANAK RIMAU FC's post 26/07/2026

Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah. 🀲

πŸ† Under 8 Cup X F.U.T 3.0
✈️ Sempena Festival Udara Taiping 3.0
πŸ“… Tarikh: Ahad, 26 Julai 2026
πŸ“ Tempat: Airport Airfield Tekah, Taiping

Anak Rimau FC telah menghantar dua pasukan, iaitu:
Team A: U8
Team B: Gabungan pemain U5, U6 dan U7
Seronok melihat pelapis-pelapis Anak Rimau FC berani bersaing dalam kategori Bawah 8 Tahun. Walaupun berdepan dengan pasukan yang lebih berpengalaman, mereka berjaya mencatat 4 kemenangan dan 3 kekalahan. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan dan memberi pengalaman yang amat berharga buat pemain-pemain muda kami.

Bagi Team A U8 Anak Rimau FC, mereka berjaya menamatkan kejohanan di tempat ketiga kategori Cup. Pada perlawanan separuh akhir, pasukan bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk menyamakan kedudukan sebelum wisel penamat dibunyikan. Malangnya, impian untuk mara ke pentas akhir terpaksa dilupakan selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti.

Walaupun beraksi tanpa tiga tonggak utama U8, pasukan tetap mempamerkan permainan yang berkualiti, berdisiplin dan konsisten. Tahniah kepada semua pemain atas semangat juang yang ditunjukkan.
Perjalanan kita tidak terhenti di sini. Masih banyak kejohanan yang telah dijadualkan sebagai medan pembelajaran dan pengalaman buat semua pemain, para waris serta barisan kejurulatihan.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penyokong yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti. Semoga Anak Rimau FC terus melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti pada masa hadapan.

Tahniah kepada semua pemain, ibu bapa dan barisan kejurulatihan atas usaha dan komitmen yang diberikan. Teruskan bekerja keras dan semoga kejayaan yang lebih besar menyusul.

Photos from ANAK RIMAU FC's post 20/07/2026

Alhamdulillah syukur 🀲

Sekitar kejohanan WLB KINTA GEGAR GRASSROOTS U9 & U11 yang berlangsung pada 19/7/2026 di IPOH.

Bagi kategori U9, Anak Rimau FC menghantar dua pasukan yang dibarisi pemain solid U8 dan solid U9. Alhamdulillah, kedua-dua pasukan berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir. Tahniah kepada semua pemain atas semangat juang dan persembahan yang membanggakan.

Bagi kategori U11, Anak Rimau FC menghantar satu pasukan yang dibarisi 8 pemain U10 dan 4 pemain U11. Alhamdulillah, pasukan berjaya melakar kejayaan dengan muncul sebagai Naib Johan. Kami tewas tipis 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas mempamerkan aksi yang sangat berkualiti.

Dari peringkat kumpulan sehingga ke perlawanan akhir, para pemain berjaya mempraktikkan corak permainan dan taktikal yang diterapkan sepanjang sesi latihan. Semangat berpasukan, disiplin dan kesungguhan yang ditunjukkan amat membanggakan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain, barisan jurulatih serta waris yang sentiasa memberi sokongan tanpa jemu. Teruskan merendah diri, berusaha lebih gigih dan percaya kepada proses. Insya-Allah, kejayaan yang lebih besar menanti.
Anak Rimau FC – Trust The Process. 🐯⚽

Photos from ANAK RIMAU FC's post 11/07/2026

πŸ† KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL TAIPING 2026 πŸ†

πŸ“… Tarikh: 11/7/2026 (Sabtu)πŸ“ Tempat: Padang Kolej Vokasional Taiping, Kamunting, Perak⚽ Kategori: Bawah 8 Tahun (U8) & Bawah 10 Tahun (U10)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki dan kejayaan Anak Rimau FC Taiping merangkul Johan Cup U8 dan Johan Cup U10.

Bagi kategori U8, Anak Rimau FC telah menghantar dua pasukan, iaitu U8 A dan U8 B. Pasukan U8 turut dibarisi pemain campuran U4, U5 dan U6. Sebahagian besar pemain ini merupakan anak-anak dari Tadika KEMAS Taiping yang turut dilatih oleh Coach Anak Rimau FC sebagai persediaan menghadapi kejohanan peringkat negeri dengan Taiping sebagai tuan rumah.

Bagi kategori U10, Anak Rimau FC juga menghantar dua pasukan, U10 A dan U10 B. Pasukan U10 A berjaya muncul Johan Cup, manakala U10 B yang dibarisi ramai pemain U9 berjaya menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan sehingga muncul Naib Johan Bowl.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemain, ibu bapa dan waris, serta barisan kejurulatihan Anak Rimau FC atas komitmen, pengorbanan dan sokongan yang tidak pernah putus.

Perjalanan kita masih panjang. Teruskan melangkah ke hadapan dengan semangat, disiplin dan usaha dalam setiap sesi latihan serta kejohanan yang telah dirancang. Nikmatilah setiap proses, kerana usaha yang ikhlas tidak pernah mengkhianati hasil.

Photos from ANAK RIMAU FC's post 04/07/2026

Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah. πŸ€²πŸ†

Cerita hari ini di GLADIATOR KIDS CUP U8 TOURNAMENT 2026 yang berlangsung di Padang Penama, Ipoh.

Anak Rimau FC telah dinobatkan sebagai Juara. Tahniah dan syabas kepada semua pemain serta waris yang sentiasa berusaha, memberikan komitmen, dan terus mempercayai barisan kejurulatihan untuk bersama-sama membangunkan Anak Rimau FC.

Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha, disiplin, kerja keras dan keikhlasan seluruh pasukan. Semoga kemenangan hari ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan tidak cepat berpuas hati.

Perjalanan masih panjang. Kita akan terus fokus menghadapi setiap perlawanan yang telah disusun sebagai medan menimba pengalaman, meningkatkan kemahiran dan membentuk mentaliti pemain agar terus berkembang.

Terima kasih kepada semua waris atas sokongan yang tidak pernah putus. Semoga Allah SWT terus memberkati setiap usaha kita. Insya-Allah, Anak Rimau FC akan terus melangkah dengan lebih kuat.

Photos from ANAK RIMAU FC's post 25/06/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. 🀲

Pada 20 Jun 2026, pemain-pemain Anak Rimau FC sekali lagi mendapat peluang menimba pengalaman dan pendedahan dalam kejohanan yang berlangsung di dua lokasi berbeza.

⚽ Kategori U8 telah menyertai kejohanan di Permatang Rawa, Pulau Pinang anjuran Cilik Junior, manakala ⚽ kategori U9 (gabungan) dan U10 telah beraksi di Ipoh dalam kejohanan anjuran DRZ Academy dan XCRIIM.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain U8, U9 dan U10 Anak Rimau FC yang telah memberikan komitmen, semangat juang dan keberanian sepanjang kejohanan berlangsung. Setiap perlawanan yang dihadapi merupakan satu proses pembelajaran yang amat berharga untuk meningkatkan kemahiran, keyakinan dan pengalaman bermain dalam suasana kompetitif.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua waris yang sentiasa memberi sokongan, meluangkan masa, tenaga dan pengorbanan dalam memastikan anak-anak dapat terus aktif serta berkembang dalam sukan bola sepak. Sokongan waris adalah antara kekuatan utama yang membantu pembangunan pemain-pemain muda Anak Rimau FC.

Dalam bola sepak, kalah itu perkara biasa, menang itu bonus. Apa yang lebih penting ialah usaha, disiplin, keberanian dan kesungguhan untuk terus belajar serta memperbaiki diri dari satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain. Setiap pengalaman yang diperoleh hari ini akan menjadi bekalan yang sangat berguna untuk menghadapi cabaran dan kejohanan yang akan datang.

Teruskan berusaha, teruskan berlatih dan jangan pernah putus asa. Insya-Allah, dengan komitmen pemain, waris dan barisan kejurulatihan, Anak Rimau FC akan terus melangkah ke hadapan dan menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Tahniah sekali lagi buat semua pemain, waris dan jurulatih Anak Rimau FC. πŸ’›πŸ–€βš½


Photos from ANAK RIMAU FC's post 31/05/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.
🀲

Berakhir sudah penyertaan Anak Rimau FC di kejohanan ⚽ JSA INTERNATIONAL MILO SUPER CUP 2026 πŸ† bagi kategori U8 dan U10 pada 30 & 31 Mei 2026.

Penyertaan dalam kejohanan berprestij ini memberikan pengalaman yang amat berharga buat pemain-pemain muda Anak Rimau FC. Berdepan dengan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh Malaysia serta luar negara memberikan cabaran yang hebat dan menjadi platform pembelajaran yang sangat bermakna buat semua pemain.

Walaupun rezeki belum memihak kepada Anak Rimau FC untuk bergelar juara, namun kami tetap berbangga dengan semangat juang, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pemain sepanjang kejohanan berlangsung. Bagi sebuah pasukan yang serba sederhana, peluang beraksi di pentas besar seperti ini sudah cukup memberikan pendedahan dan pengalaman yang tidak ternilai.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang budiman iaitu:
βœ… Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd., Kuala Kangsar
βœ… Afx Kuala Kangsar
βœ… Sumb Jimboy Kuala Kangsar
βœ… Mohd Fadely Abd Ghani
βœ… Serta para penyumbang lain yang memilih untuk memberi secara diam-diam demi meraih keberkatan dan pahala membantu anak-anak kecil ini.

Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala jasa dan kebaikan yang telah diberikan. Terima kasih kerana sudi membantu pasukan Anak Rimau FC Taiping yang kerdil ini.
Sumbangan ikhlas yang diberikan bagi penyediaan jersi baharu, membantu meringankan kos perjalanan coach serta pengurusan pasukan ke Shah Alam amatlah dihargai. Sokongan ini memberi peluang kepada pemain-pemain muda Anak Rimau FC untuk menimba pengalaman beraksi di kejohanan bertaraf antarabangsa.

Insya-Allah, Anak Rimau FC akan terus melangkah ke hadapan, berusaha tanpa jemu dalam mencungkil dan mengembangkan bakat-bakat muda. Misi kami bukan sahaja melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti, malah membentuk generasi yang mempunyai disiplin, adab, jati diri yang tinggi serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Terima kasih kepada semua pemain, ibu bapa, penyokong, penaja dan individu yang sentiasa bersama dalam perjalanan Anak Rimau FC. Sokongan anda semua menjadi kekuatan untuk kami terus melangkah lebih jauh.

🐯 Anak Rimau FC – Kecil Pada Nama, Besar Pada Semangat. ⚽πŸ’ͺ







πŸ€²βš½πŸ†

Photos from ANAK RIMAU FC's post 16/05/2026

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang diberikan buat Anak Rimau FC U11. Hasil gabungan pemain U10 dan U11 akhirnya membuahkan hasil di kejohanan:

πŸ† NORTH YOUTH CUP U11 PENANG 2026
πŸ“ Tarikh : Sabtu (16/5/2026)
β›³ Lokasi : Stadium AEI Permatang Rawa
⏰ Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
🀝 Anjuran : AEI Stadium Permatang Rawa @ Team Young Tiger

Tahniah dan terima kasih buat tuan empunya KSK FC, Tuan Hairy serta Coach Munzir CMH FC atas kolaborasi yang terjalin setelah sekian lama bersahabat dalam memberi peluang kepada pemain-pemain berpotensi untuk mengembangkan bakat serta mendapatkan pendedahan permainan demi pembangunan grassroots bola sepak Malaysia.

Terima kasih juga buat semua pemain dan waris atas komitmen, pengorbanan dan usaha keras dalam menyokong minat anak-anak di dalam sukan bola sepak ini serta memberi kepercayaan kepada coach untuk melatih mereka.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat dan memberi impak positif kepada semua pemain lain untuk terus rajin hadir latihan, berusaha lebih kuat dan sentiasa percaya pada proses. Coach yakin dan percaya, hasil usaha yang ikhlas tidak akan mengkhianati hasilnya.

Teruskan berjuang, kekal rendah diri dan jangan cepat berpuas hati. Ini baru permulaan untuk Anak Rimau FC melangkah lebih jauh lagi insya-Allah.

βœ… Tak curi pemain
βœ… Tak sidai pemain
βœ… Tak buang pemain
βœ… Kolaborasi dengan coach, bukan dengan parent
❌ Hati negatif biarkan dia dengan dosa keringnya

Jalan kena betul, yang kental pasti capai.
πŸ’›πŸ–€ Trust the process & Never Give Up! βš½πŸ†

Photos from ANAK RIMAU FC's post 03/05/2026

Alhmdulillah syukur 🀲

βš½πŸŒπŸ† KEDAH SUPER JUNIOR CUP 2026 (PEKAN SIHAT)
UNDER 8 & UNDER 10 TAHUN βš½πŸƒ (8 Sebelah)

πŸ“† Tarikh: 2.5.2026 (Sabtu)
⏱️ Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
🏟️ Lokasi: Padang Arena KBSK, Sungai Karangan, Kulim, Kedah

🎁 Keputusan Kejohanan:
βœ… Johan: RM1200 + Piala + Medal πŸ†πŸ₯‡
βœ… Naib Johan: RM500 + Medal πŸ₯ˆ
βœ… Tempat Ketiga Bersama: RM300 + Medal πŸ₯‰
🌟 Pencapaian Anak Rimau FC 🌟
πŸ† U8 Anak Rimau FC – JOHAN
πŸ₯ˆ U10 Anak Rimau FC – NAIB JOHAN

πŸŽ–οΈ Anugerah Individu U8
⭐ Pemain Harapan Terbaik
🧀 Penjaga Gol Terbaik
πŸ‘” Jurulatih Terbaik

πŸŽ–οΈ Anugerah Individu U10
⭐ Pemain Terbaik
🧀 Penjaga Gol Terbaik
πŸ‘” Jurulatih Terbaik

Tahniah buat semua pemain serta waris-warisan Anak Rimau FC yang sentiasa memberi semangat juang tinggi dan komitmen terbaik sepanjang kejohanan ini. Kejayaan ini bukan datang dengan mudah, tetapi hasil usaha, doa, pengorbanan dan kerjasama semua pihak.

Walaupun diuji seawal perjalanan apabila tayar kereta coach pecah, namun dengan pantas keluarga besar Anak Rimau FC tampil membantu. Sikap prihatin dan semangat kekeluargaan itu amat menyentuh hati coach. Inilah kekuatan sebenar pasukan kita β€” bukan sahaja hebat di atas padang, tetapi juga bersatu di luar padang.

Persembahan adik-adik U8 dan abang-abang U10 hari ini cukup berkualiti dari pelbagai aspek. Ramai yang memuji corak permainan, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan. Cuma ada sedikit kesilapan kecil yang akan diperbaiki dalam sesi latihan akan datang supaya pasukan terus meningkat dari masa ke masa.

πŸ“’ Untuk kejohanan seterusnya, mohon sokongan padu semua buat Anak Rimau FC U8 & U10 ke Shah Alam bagi menyertai JSA International / Milo Super Cup hujung bulan Mei ini. Semoga kita sekali lagi mampu memberi saingan berkualiti dan membawa pulang sinar kejayaan buat seluruh keluarga Anak Rimau FC.

Aamiin Ya Rabbal Alamin πŸ€²πŸ‘βš½πŸ”₯

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Taiping?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Taiping
34000