21/04/2025
Cerita staf saya Ica, bertemu Rodtang pada mulanya orang tak percaya 😭
Sampai di Bangkok, Ica ambil tuk-tuk untuk masuk kampung Rodtang.
Tiba saja di kampung..member kena sidai 😂.
Rodtang tak ada dirumah..atas sebab menemani isteri di hospital.
Tapi, mulianya hati insan bernama Rodtang..beliau tetap usaha untuk jumpa.
Akhirnya, dapat juga Ica sampaikan kambing serta meatball Pak Mat Western.
Nasi Lemak Tomahawk pun ada. Menu terbaru kami. Rodtang siap minta tambah, namun rezeki cukup-cukup je 😭
Tapi dia ada janji lah untuk turun Penang dalam masa terdekat, demi nasi lemak tomahawk . Sejauh mana betul, tak tahu. Kang tanya banyak..takut kena cepuk 🙏🏻
Booking, Frozen, Muay Thai Event klik 👇🏻
> https://pakmatwestern.info/
04/04/2025
MAKLUMAN PADA SEMUA:-
bermula 7/4/25
Yuran pendaftaran RM50
Yuran bulanan:-
*12 Tahun kebawah* RM50 (kelas khamis sahaja)
*13-17 tahun*
RM100 (kelas isnin rabu jumaat)
*18 tahun & keatas*
RM 120 (kelas isnin rabu jumaat)
*walk in*
RM20
*personal training*
Bermula RM50 (boleh pm untuk maklumat lanjut)
*Fighter isnin&rabu*
6petang-8malam
(yang Muslim boleh solat maghrib dekat gym lepas training)
Kelas biasa:-
*Kelas isnin* focus on bag work + conditioning
*Kelas rabu* focus on padding + conditioning
*Kelas jumaat* focus on sparring + clinching (termasuk fighter)
830malam-10malam
*Kelas kanak-kanak sahaja (12 Tahun & kebawah)* hari khamis
830malam-10malam
FIGHTER HARI JUMAAT join kelas biasa malam
FIGHTER yang tak dapat hadir petang... Join kelas mlm macam biasa... Sekian terima kasih😉
SELASA & KHAMIS boleh mai training sendiri (khamis aktiviti yang tidak mengganggu kelas kanak2)
Sebarang masalah boleh berhubung dengan coach azeem, coach zul, coach hassanal (along siam)
Terima kasih
16/03/2025
15/3/2025
Ipoh, Ujian kecergasan fasa 1/2025 yang dikendalikan oleh
Majlis Sukan Negeri Perak
Terima kasih pada coach Ejo Iesma Sarmila Harun dan coach Bernard Radin atas peluang yang diberikan kepada fighter dari Kaidam Muaythai Academy
02/02/2025
Siapa pilihan anda untuk dapat One Championship Belt pertama untuk Malaysia?
21/01/2025
19-20/1/2025
KEMTAC muaythai amateur challenges dibawakan oleh Kedah Muaythai Academy - Kemtac
3 emas (20/1/2025)
2 perak (19/1/2025)
Tahniah diucapkan kepada semua fighter Kaidam Muaythai Academy.
Ribuan terima kasih kepada coach Azeem Ismail , Zulhelmi Md Isa dan Muhd Hassanal . Jutaan terima kasih juga kepada semua ibu bapa, penjaga serta ahli akademi yang turut serta dalam membantu dalam latihan dan memberi sokongan sebelum & semasa perlawanan. Kalian memang sempoiii😆😆😆.
Yang duduk dekat taiping/kamunting boleh sertai kami belajar muaythai... Pilih tujuan latihan anda:
1. Untuk kecergasan
2. Untuk pertahanan diri
3. Untuk mengisi masa lapang
4. Untuk berlawan dalam gelanggang
Pihak academy juga menyediakan PT secara 1 to 1 dan berkumpulan.
11/01/2025
Tahniah pada nak muay & nak ying dari Kaidam Muaythai Academy . Jutaan terima kasih kami ucapan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Jana & Sekolah Kebangsaan Taman Palma atas pengiktirafan yang diberikan.
Maaf lama tak update. Kami aktif di platform tiktok sekarang. Boleh follow kami di tiktok kaidam muaythai academy🤭🤭🤭
31/12/2024
Last day untuk pre oder... Sapa belum oder boleh buat sblm jam 12 mlm ni..