Akademi Bolasepak Uitm Kedah

Akademi Bolasepak Uitm Kedah

Share

Akademi Bolasepak UiTM Kedah

Photos from Akademi Bolasepak Uitm Kedah's post 05/04/2025

04/04//2025
Sena Football Sentral, Pokok Sena.

Penampilan kedua team ex-akademi dengan nama baru, SP Phantom United FC.

Untuk tournament kalini, team SP Phantom Utd telah berkolaborasi dengan team Nami Agro FC dan menghantar 2 team U13.

Keputusan Akhir :
SP Phantom United A - kandas di Suku Akhir
SP Phantom United B - Tempat Ketiga

SP Phantom United A - Johan Kemahiran Pemain
SP Phantom United B - Naib Johan Kemahiran Pemain

Line-up kali ini dibarisi oleh pemain regular akademi satu ketika dahulu.
Semoga ini menjadi suntikkan semangat kepada team baharu kita.

Terima kasih kepada Coach Mohd Kamal Azira, En Ridzuan Nami dan juga waris2 hebat yang datang memberi sokongan !!

Photos from Akademi Bolasepak Uitm Kedah's post 22/03/2025

21/03/2025
Sena Football Sentral, Pokok Sena.

Penampilan sulung team ex-akademi dengan nama baru, SP Phantom United FC.

Untuk Junior Ramadhan Cup U13 kali ini, team SP Phantom Utd berjaya merangkul gelaran Naib Johan dalam tournament yang diadakan di Sena Football Sentral, Pokok Sena, Kedah.

Line-up kali ini dibarisi oleh pemain regular akademi satu ketika dahulu.
Semoga ini menjadi suntikkan semangat kepada team baharu kita.

Terima kasih kepada Coach Mohd Kamal Azira dan juga waris2 hebat yang datang memberi sokongan !

Photos from Akademi Bolasepak Uitm Kedah's post 14/02/2025

Assalammualaikum wbt.
14/02/2025.
Venue : Padang SMK Muadzam Shah, Kota Sarang Semut.

Perlawanan persahabatan diantara team Dballons 25, SMK Muadzam Shah U14 dan Akademi Bolasepak Uitm Kedah .

Mungkin perlawanan terakhir bagi team Akademi memandangkan selepas ini tiada lagi akademi ini.Usah ditanya kenapa dan mengapa, cukup anda semua tahu, tiada rezeki Akademi ini untuk terus beroperasi.

Terima kasih kepada semua para pelatih akademi, waris-waris hebat,barisan jurulatih dan paling utama, terima kasih kepada Head Coach kita, Coach Mohd Kamal Azira kerana sudi mengajar dan berkongsi ilmu dengan anak-anak kami yang kebanyakkannya memang zero masa mula-mula join dulu.

Saya selaku admin ingin memohon maaf sekiranya ada perkataan atau posting saya yang menyinggung perasan anda semua.

Kenangan bersama anak-anak pelatih pasti akan menjadi kenangan terindah kami di bahagian pengurusan. Jutaan terima kasih juga kepada penaja-penaja kami.

Semoga anak-anak pelatih terus cemerlang didalam akademik dan bolasepak, berjaya dunia dan akhirat.

Terima Kasih,
Pakcik Mohd Asrul Nizam Opel

Photos from Akademi Bolasepak Uitm Kedah's post 16/01/2025

Assalammualaikum semua pelatih-pelatih,
Alhamdulillah, kita telah memasuki tahun 2025.
Dibawah adalah sebahagian dari gambar-gambar kenangan team U12 kita. Tahun ini, depa-depa ni telah naik ke kategori U13.

Dari sekolah rendah, para pemain kita akan melangkah masuk ke alam sekolah menengah dalam masa sebulan ja lagi.

Tahniah kami ucapkan kepada yang akan ke MRSM, SBP, SSN, PLD dan sekolah harian lain.

Perasaan sedih bercampur gembira bila dapat tahu yang ada yang akan ke asrama jauh dari Sungai Petani tapi apakan daya, ini semua untuk kebaikkan dan kejayaan masa depan masing-masing. Insyaallah.

Admin a.k.a Pakcik Mohd Asrul Nizam Opel berharap moga satu hari nanti kotla berjumpa Pakcik di tepi jalan, tegoq la Pakcik naa.
Pakcik dah anggap hampa semua macam anak-anak Pakcik dah. Banyak kenangan kita bersama yang Pakcik takkan lupa.
Pakcik doa hampa berjaya capai cita-cita hampa semua dan berjaya dunia akhirat.

Selamat Maju Jaya Semua.

p/s : mohon Coach Mohd Kamal Azira p**a bagi sepatah dua kata dalam post berikutnya.

Photos from Akademi Bolasepak Uitm Kedah's post 04/01/2025

03/01/2025
Bertempat di Stadium Mini UiTM Merbok, berlangsungnya satu perlawanan persahabatan diantara team Akademi Bolasepak Uitm Kedah dengan team gegirl U16 SMK Sungai Layar.

Team gegirl U16 SMK Sungai Layar baru sahaja dibentuk inisiatif dari pihak sekolah dalam usaha untuk memberi satu lagi option kepada pelajar perempuan dalam pilihan cabang sukan sekolah.

Terima kasih kepada semua pemain yang berhempas p**as memberikan yang terbaik, waris-waris hebat dan juga kepada Coach.

03/01/2025

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran untuk Head Coach kami, Mohd Kamal Azira pada 2 Januari lepas.

Semoga Coach sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

31/12/2024

Salam Rejab & Selamat Tahun Baru 2025.

Photos from Akademi Bolasepak Uitm Kedah's post 29/12/2024

28/12/2024
Bertempat di Stadium Mini Pendang, telah berlangsungnya Kejohanan Nami Agro Cup 2.0 U12 yang disertai 20 pasukan.

Akademi Bolasepak Uitm Kedah telah menghantar 2 team bagi menyahut cabaran dalam kejohanan ini.
----------------------------------------------------------
Keputusan Sepanjang Kejohanan :

Grouping Team UiTM A
0-2 Pendang Jr
0-2 RT Muda
0-1 KS Kids
0-3 Nami Agro FC

Cabaran team A terhenti setakat grouping stage

Grouping Team UiTM B
0-0 Tigerball FC
1-0 AS Daruga
1-0 Anak Warisan Pendang
3-0 Akademi FAB

Suku Akhir
0-0 SKHK FC

UiTM B tewas di sepakan penalty dan mendapat tempat ke-5 keseluruhan
----------------------------------------------------------

Terima kasih kepada semua pemain yang berhempas p**as memberikan yang terbaik, waris-waris hebat dan juga kepada Coach.

Kita jumpa di next tournament.

Photos from Akademi Bolasepak Uitm Kedah's post 25/12/2024

25/12/2024
Bertempat di Padang Matrikulasi Pendang, Kedah telah berlangsungnya Kejohanan Piala Permata Soccer Kids Academy 2024 yang disertai 16 pasukan dari utara - Kedah, Penang dan Perlis

Akademi Bolasepak Uitm Kedah telah menghantar 2 team bagi menyahut cabaran dalam kejohanan ini.
----------------------------------------------------------
Keputusan Sepanjang Kejohanan :

Grouping Team UiTM A
0-1 KBSK
6-0 Temenggung FC
3-1 Anak Kampung FC

Suku Akhir : 2-0 Helang Kids FC

Separuh Akhir
0-1 Kenari Kids Langkawi

Separuh Akhir
Akhirnya team UiTM A berjaya menempatkan diri dalam kelompok top4 dari 16 pasukan bertanding dan mendapat tempat Ketiga Bersama.

Grouping Team UiTM B
0-3 Kenari Kids Langkawi
1-1 Indera United
3-0 Saif FC

Cabaran team B terhenti setakat grouping stage.

----------------------------------------------------------

Terima kasih kepada semua pemain yang berhempas p**as memberikan yang terbaik, waris-waris hebat dan juga kepada Coach.

Kita jumpa di next tournament.

Photos from Akademi Bolasepak Uitm Kedah's post 21/12/2024

20-21/12/2024
Bertempat di Padang Sintetik Lahbibah, Kg Kump**an, Langkawi telah berlangsungnya KFA Junior League - Piala YB Speaker Dun Kedah yang disertai 16 pasukan dari dalam dan luar Langkawi.

Akademi Bolasepak Uitm Kedah telah menghantar 1 team bagi menyahut cabaran dalam kejohanan ini.
----------------------------------------------------------
Keputusan Sepanjang Kejohanan :
Grouping :
2-1 Bayas Jr FC
2-0 Bintang Biru FC
0-1 SRIDU

Suku Akhir :
1-0 Ayer Hangat FC

Separuh Akhir
3-5 Kelab Bolasepak Junior Bangi
Tewas pada sepakan penalti setelah terikat seri tanpa jaringan

Tempat Ke 3 & Ke 4
1-3 Bintang Biru FC
----------------------------------------------------------

Team Akademi telah berjaya meraih tempat keempat dalam kejohanan kali ini.

Terima kasih kepada semua pemain yang berhempas p**as memberikan yang terbaik, waris-waris hebat dan juga kepada Coach.

Pihak Akademi juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja kami :

1 - Hj Mohd Irwan : Lunchbear Nasi Kandar Utara
2 - Sir Zul Fikri : SMKA Yan
3 - En Fadhli
4 - En Redzuan : Nami Agro Farm Sdn Bhd

Berminat untuk sertai akademi kami, terus call/whatsapp : Coach Kamal - 0135096465

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sungai Petani?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


UiTM Merbok
Sungai Petani
08000