Booyah Football Club

Booyah Football Club

Share

Grassroot football team ⚽

Photos from Booyah Football Club 's post 30/05/2026

JSA INTERNATIONAL MILO SUPER CUP 2026

Semoga berjaya pasukan bawah 10 tahun. Selamat berjuang. Ini bukan peluang biasa, tetapi peluang untuk buktikan bahawa usaha, disiplin dan pengorbanan selama ini bukan sia-sia.

Ingat, peluang tidak datang selalu. Rebut, manfaatkan dan berikan segala yang terbaik! Tunjukkan kualiti sebenar, semangat juang yang tinggi dan mentaliti seorang pejuang di setiap sesi dan perlawanan.

Bermainlah dengan hati, berjuanglah tanpa henti, dan buktikan nama anda layak berada di tahap lebih tinggi.




05/11/2025

Pendaftaran TERBUKA kepada umur 6 hingga 11 tahun ✍️

Photos from Booyah Football Club 's post 09/09/2025

NAIB JUARA KATEGORI CUP U9 DI KEJOHANAN SMARTPLATE MALAYSIA CUP 2025, SERIEMAS SPORTPLEX, NILAI, NEGERI SEMBILAN.

Alhamdulilah rezeki mendapat tempat kedua kategori Cup. bermula dengan menang 2 perlawanan dan 2 seri di peringkat kumpulan, seterusnya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Cup sebagai Johan Kumpulan D. di peringkat separuh akhir menang dan layak ke final. Namun rezeki hanya di TEMPAT KEDUA KATEGORI CUP kali ini selepas seri 1-1 di pusingan akhir dan tewas dalam penentuan sepakkan penalti.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain terlibat yang telah berusaha sungguh -sungguh dalam latihan. Usaha membuahkan hasil, sekali lagi kita berjaya ke pusingan Akhir. Tahniah juga kepada adik HAZMIE selepas dinobatkan sebagai PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN untuk Kategori U9. Jutaan terima kasih kepada semua waris dan penyokong yang datang dari jauh untuk memberi sokongan dan membantu pasukan.

Photos from Booyah Football Club 's post 09/09/2025

TEMPAT KETIGA DI KEJOHANAN BOLA SEPAK ANAK-ANAK MERDEKA BAWAH 9 TAHUN, GEORGETOWN, PULAU PINANG.

Perjalanan pasukan dalam kejohanan ini terhenti selepas tewas di peringkat separuh akhir. Namun kita berjaya menang dalam penentuan tempat ketiga & KEEEMPAT seterusnya dinobatkan tempat ketiga terbaik kejohanan

Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang terlibat dan Jutaan terima kasih kepada para waris yang banyak membantu dan menyokong pasukan sepanjang kejohanan ini berlangsung.


Photos from Booyah Football Club 's post 25/06/2025

CHAMPIONS JELAJAH KARNIVAL BUDAK BOLA, PIALA STUDIO PUNCAK BALING.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain 9 tahun yang menjuarai kejohanan ini, Kejayaan ini tak akan dicapai dengan mudah tanpa usaha gigih pemain, jurulatih serta sokongan ibu bapa. Anda sememangnya layak untuk begelar Juara untuk hari ini. Tahniah juga kepada A***n Rizqi terpilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Pasukan hari ini adalah pasukan yang dibarisi pemain yang sama yang mana biasa tewas semua perlawanan tahun lepas, Sikit demi sedikit tunjukkan peningkatan seterusnya berjaya melepasi peringkat kumpulan ke suku dan separuh akhir. Tahun ini mereka layakkan diri ke 2 peringkat akhir tapi tewas dalam kedua-duanya. Alhamdulilah rezeki mereka untuk kejohanan kali ni.

Photos from Booyah Football Club 's post 23/06/2025

3RD PLACE LIGA PERSAHABATAN U10 DI KUALA KETIL

Pasukan telah menghantar 2 pasukan, bawah 9 dan 10 tahun. Pasukan bawah 9 tahun terhenti di peringkat kumpulan manakala pasukan bawah 10 tahun berjaya tempat ketiga bersama.

Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih kerana berjaya beri yang terbaik untuk pasukan. Jutaan terima kasih kepada semua waris yang datang beri sokongan.

Photos from Booyah Football Club 's post 03/06/2025

3rd PLACE LIGA AKADEMI TUNAS UNDER 9

Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang terlibat dalam kejohanan ini, kejayaan ini tidak datang dengan mudah tanpa usaha dan kerja keras pemain dan kerjasama para waris yang banyak membantu dan menyokong pasukan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Tahniah juga kepada adik Adam Harits kerana terpilih sebagai Best Goalkeeper untuk kejohanan Liga Akademi Tunas U9 kali ini.

Photos from Booyah Football Club 's post 21/01/2025

NAIB JOHAN U8 PIALA PEGAWAI BELIA SUKAN DAERAH MANJUNG, PERAK

Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang terlibat, usaha dan kerja keras membuahkan hasil apabila berjaya layak ke pusingan akhir. Tahniah juga kepada adik Hazmie dipilih sebagai pemain terbaik dan Coach Syayuti dipilih sebagai coach terbaik kejohanan. Jutaan terima kasih kepada semua waris yang banyak membantu dan menyokong pasukan sepanjang kejohanan ini berlangsung.


08/01/2025

PENDAFTARAN PEMAIN BARU 2025.

TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERUMUR 7 HINGGA 16 TAHUN.

"Kita ingin bawa KEBERSAMAAAN kepada semua walaupun tidak sempurna, kerana KESEMPURNAAN itu adalah satu proses"

Sertai kami untuk memperkasa kemahiran anak anda dalam dunia bola sepak.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan BOOYAH FOOTBALL CLUB dan Pendaftaran Baru, sila hubungi ataupun hantarkan butiran diri melalui Aplikasi Whatsapp kepada :-

0195500184 - Syayuti

wasap.my/60195500184


Booyah Football Club Grassroot football team ⚽

Photos from Booyah Football Club 's post 17/12/2024

18TH RSC DATO CHU AH NGE INTERNATIONAL JUNIOR TOURNAMENT 2024, BUKIT KIARA SPORT ANNEXE, KUALA LUMPUR

Perjalanan pasukan Booyah fc bawah 8 tahun dalam kejohanan antarabangsa ini dengan 2 kemenangan, 3 seri dan 1 kalah. Berada dalam 6 terbaik dari 16 pasukan yang bertanding.

Menang 2-0
Booyah fc (kedah) vs Star academy (Singapore)

Menang 2-0
Booyah fc (Kedah) vs destiny (Selangor)

Seri 0-0
Booyah fc (Kedah) vs Arh (Penang)

Seri 0-0
Booyah fc (Kedah) vs Young guns (KL)

Kalah 0-1
Booyah fc (Kedah) vs Brasilian academy (Brunei)

Seri 0-0
Booyah fc (Kedah) vs TSS Selangor (Selangor)

Terima kasih kepada semua pemain yang berjuang bersungguh-sungguh dalam kejohanan ini. Jutaan terima kasih kepada semua para waris yang banyak membantu menguruskan pasukan sepanjang kejohanan ini berlangsung.


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sungai Petani?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Sungai Petani
08000