Close Range Management

Close Range Management

Share

The learning centre of Malaysia Private Security Officer & Chauffeur wholly owned by Close Range Management Sdn Bhd

28/08/2026

CRM STRATEGIC PARTNERSHIP OPPORTUNITY 2026.

Joint Venture (JV) Partner –
-Private Security Services Projects-

Mencari Rakan Strategik untuk Mengembangkan Portfolio Projek² Kawalan Keselamatan Statik & Bersenjata / Bodyguard/ Chauffeur.

Kami sedang membuka peluang kerjasama strategik kepada individu, syarikat, business introducer dan pemilik rangkaian perniagaan yang mempunyai akses kepada peluang kontrak atau projek dalam industri keselamatan di seluruh MALAYSIA.

Kerjasama ini memberi peluang kepada rakan strategik untuk membangunkan portfolio perniagaan jangka panjang bersama CRM & panel syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang mempunyai pengalaman & struktur operasi, tenaga kerja dan sistem pengurusan yang tersedia.

😎APA YANG KAMI SEDIAKAN

✓ Syarikat Kawalan Keselamatan Berlesen & Berdaftar
✓ Pasukan pengurusan dan operasi yang berpengalaman
✓ Tenaga kerja pengawal keselamatan tempatan yang terlatih dan berkemahiran tinggi.
✓ Sistem operasi, dokumentasi dan pengurusan projek yang tersusun
✓ Sokongan pematuhan terhadap keperluan peraturan dan operasi
✓ Pengurusan operasi secara 24/7
✓ Struktur kerjasama yang fleksibel berdasarkan Commission / Revenue Sharing / Profit Sharing.

😎SIAPA YANG KAMI CARI?

Kami mengalu-alukan kerjasama daripada:

Business Owners • Business Consultants • Property Professionals • Project Introducers • Corporate Network • Strategic Partners

Terutamanya mereka yang mempunyai jaringan atau akses kepada:

• Sektor perkilangan & industri
• Gudang & pusat logistik
• Kondominium & pembangunan hartanah
• Tapak pembinaan
• Kompleks pejabat
• Premis komersial
• Institusi & fasiliti korporat
• Projek keselamatan berskala kecil hingga besar

😎MODEL KERJASAMA

Kami menawarkan struktur kerjasama yang fleksibel, profesional dan telus, termasuk:

PROJECT INTRODUCTION → BUSINESS DEVELOPMENT → JV PARTNERSHIP → REVENUE / PROFIT SHARING

Setiap peluang akan dinilai berdasarkan skop projek, nilai kontrak, tempoh perkhidmatan dan struktur operasi yang dipersetujui bersama.

😎WHY PARTNER WITH US?

“You Bring the Opportunity.
We Deliver the Operation”.

😎Kami menguruskan aspek:

OPERATIONS → MANPOWER → DEPLOYMENT → DOCUMENTATION → COMPLIANCE → PROJECT MANAGEMENT

Rakan strategik p**a boleh memberi fokus kepada business development, networking dan pembukaan peluang projek baharu.

Matlamat kami adalah membina hubungan perniagaan jangka panjang yang memberikan nilai dan p**angan kepada kedua-dua pihak.

😎LET’S BUILD BUSINESS TOGETHER.

Jika anda mempunyai network, project leads atau akses kepada peluang kontrak keselamatan, kami terbuka untuk membincangkan potensi kerjasama secara profesional dan sulit.

😎Strategic Partnership | Joint Venture | Private Security Services | Chauffeur Services

📞 Hubungi kami untuk perbincangan lanjut dan sesi business meeting.

013-680 0398
website : crmpromas.my

Your Network. Our Operation. One Strategic Partnership.

26/08/2026

“Apa yang anda mahu tingkatkan dalam bidang BODYGUARD ? — knowledge, skills atau professionalism?”

“Bukan Sekadar Mengiringi. Bersedia, Menjangka & Melindungi.”

Jemput hadir ke SEMINAR pada 13 September 2026.. 😎😎😎.

Photos from Close Range Management's post 24/08/2026

KUALA LUMPUR — Close Range Management Sdn Bhd (CRM) menyambut baik kenyataan Persatuan Litupan Keselamatan & Pengiring Orang Kenamaan (P.O.K) berhubung kerjasama strategik dalam memperkasakan pembangunan kompetensi dan profesionalisme ahli persatuan.

CRM melihat kerjasama ini sebagai satu langkah positif dalam membangunkan modal insan yang lebih kompeten, berdisiplin dan mempunyai standard profesional yang lebih tinggi dalam bidang keselamatan, perlindungan dan pengiring orang kenamaan.

Sebagai penyedia latihan, CRM percaya bahawa industri keselamatan tidak seharusnya hanya bergantung kepada pengalaman bekerja semata-mata. Pengalaman perlu diperkukuhkan dengan ilmu, latihan praktikal, disiplin operasi, pemahaman risiko dan pembangunan kompetensi secara berterusan.

“CRM amat menghargai kepercayaan P.O.K untuk menjadikan kami sebagai rakan strategik dalam pembangunan kemahiran ahli. Bagi kami, latihan bukan sekadar memberikan sijil, tetapi membina kompetensi yang boleh diaplikasikan dalam situasi sebenar.”

Kerjasama ini juga mencerminkan komitmen bersama antara CRM dan P.O.K untuk membuka lebih banyak ruang pembelajaran kepada pengamal industri, khususnya mereka yang ingin meningkatkan kemahiran serta membina laluan kerjaya yang lebih profesional.

CRM turut menyokong pendekatan P.O.K bahawa persatuan bukanlah sebuah agensi pekerjaan, sebaliknya berperanan sebagai platform pembangunan komuniti dan modal insan dalam bidang keselamatan serta perlindungan.

Dalam konteks ini, CRM akan memberikan sokongan melalui program seminar dan latihan yang dirangka berdasarkan keperluan kompetensi industri, dengan penekanan terhadap teori, latihan praktikal, disiplin profesional, situational awareness, risk assessment, protective operations dan decision-making.

“Kami mahu peserta bukan sekadar tahu apa yang perlu dilakukan, tetapi memahami mengapa sesuatu tindakan perlu dilakukan, bagaimana menilai risiko dan bagaimana membuat keputusan yang tepat dalam keadaan yang mencabar.”

CRM percaya bahawa standard profesional tidak boleh dibina dalam tempoh yang singkat. Ia memerlukan latihan berterusan, pendedahan, pengalaman, penilaian dan kesediaan untuk terus belajar.

Oleh itu, kerjasama bersama P.O.K akan menjadi sebahagian daripada usaha CRM untuk memperluaskan akses kepada pembangunan kompetensi, khususnya kepada ahli yang benar-benar ingin meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.

CRM juga melihat inisiatif ini sebagai satu bentuk industry collaboration yang mampu merapatkan jurang antara pengalaman lapangan dengan keperluan kompetensi moden.

“Kami tidak menjanjikan bahawa latihan akan menjadikan seseorang terus menjadi profesional dalam sekelip mata. Tetapi kami percaya setiap latihan yang betul akan membawa seseorang selangkah lebih dekat kepada tahap profesionalisme yang lebih tinggi.”

CRM berharap kerjasama strategik ini dapat berkembang secara berterusan dan memberikan manfaat kepada komuniti keselamatan, pengiring orang kenamaan, close protection personnel, security officers, security supervisors serta individu yang ingin membina kerjaya dalam industri perlindungan profesional.

Daripada sekadar bekerja kepada membina kompetensi.
Daripada pengalaman kepada profesionalisme.
Daripada pengawal kepada Protection Professional.

“ The Power Of TRAINING”

-Rezza Ramli-
Pengarah Urusan,
CLOSE RANGE MANAGEMENT SDN BHD (CRM)

P.O.K wadah baharu perkukuh industri keselamatan | Harian Metro 22/08/2026

CRM Sambut Baik Kerjasama Strategik Bersama P.O.K Dalam Memperkasa Profesional Keselamatan.

“CRM amat menghargai kepercayaan P.O.K untuk menjadikan kami sebagai rakan strategik dalam pembangunan kemahiran ahli. Bagi kami, latihan bukan sekadar memberikan sijil, tetapi membina kompetensi yang boleh diaplikasikan dalam situasi sebenar.”

Tahniah J***t Adam & Seluruh Warga P.O.K

P.O.K wadah baharu perkukuh industri keselamatan | Harian Metro Ampang: Industri keselamatan negara kini mempunyai satu lagi platform pengukuhan profesionalisme dengan pelancaran rasmi Persatuan Litupan Keselamatan dan Pengiring Orang Kenamaan (P.O.K).

21/08/2026

“Jangan tunggu ancaman berlaku untuk belajar melindungi.Belajar membaca risiko sebelum ia menjadi ancaman.”

20/08/2026

Ramai mahu nampak profesional.
Tetapi tidak semua sanggup berlatih sehingga profesional,

Ramai mahu gaji dan peluang kerjaya.
Tetapi tidak semua mahu melabur dalam ilmu, kemahiran dan kompetensi.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Subang Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No 11-1 Jalan PUTRA MAHKOTA 7/7B, TAMAN PUTRA MAHKOTA
Subang Jaya
47650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 18:00