CROC 28 DART CLUB

CROC 28 DART CLUB

Share

Croc 28 Dart Club ditubuhkan pada 9 September 2023, dan Kelab ini dari Sri Aman, Sarawak.

Photos from CROC 28 DART CLUB's post 03/08/2026

PERTANDINGAN DART BEREGU TERTUTUP SARAWAK PIALA YM PROFESSOR DATO PADUKA SERI IS. DR. TUNZA BIN MOHD. RIDUAN TAHUN 2026 .

​Selesai sudah perjuangan skuad Croc 28 Dart Club untuk kejohanan kali ini. Rezeki belum berpihak kepada kita dan perjalanan terhenti awal, tapi semangat buaya tetap tidak pernah padam!

​Terima kasih kepada pihak penganjur atas penganjuran kejohanan yang cukup berprestij ini. Syabas juga buat semua ahli kelab yang dah memberikan saingan sehabis baik di papan dart.
​Rehat kejap, baiki balikan, dan kita bangkit semula untuk kejohanan seterusnya! 💪🔥

21/07/2026

Kekuatan sebuah masyarakat tidak terletak pada kesamaan, tetapi pada keupayaan untuk saling melengkapi dalam kepelbagaian.

​Selamat Hari Sarawak!
Sarawak maju makmur, segulai sejalai...

27/06/2026
18/06/2026

Hari ini Presiden kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemilik Tanah atas budi baik dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang 3 tahun ini.

​Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk menggunakan tapak tanah sebagai venue rasmi Croc28 Dart Club.

Tanpa izin dan sokongan pihak beliau, kelab kami tidak mungkin berdiri teguh seperti hari ini.

​Semoga kebaikan yang dicurahkan ini dibalas dengan seribu lagi kebaikan. Kami sangat menghargai jasa baik anda! 🤝

17/06/2026

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard!

Shahrizan Abdullah, Abd Rzk Denk, David Guma Merikan, Syafiq Hawi

Photos from Berita RTM Sarawak's post 15/06/2026

Mantap

Photos from CROC 28 DART CLUB's post 14/06/2026

📣 PENGUMUMAN PENTING: LOKASI BAHARU CROC28 CLUB HOUSE🎯

​Salam buat semua ahli dan rakan-rakan dart,
​Dengan ini dimaklumkan bahawa Croc28 Dart Club telah pun berpindah ke lokasi baharu.

​Pihak kami juga sedang dalam proses melakukan kerja-kerja persiapan dan ubah suai di venue baharu ini secara berperingkat bagi memastikan keselesaan anda semua.
​Kami akan kongsikan lokasi rasmi dan perkembangan terkini dari masa ke semasa.

Kami akan pastikan tempat ini menjadi 'port' lepak dan bertanding yang paling selesa buat semua Darters..

Terima kasih atas sokongan berterusan anda!

Photos from CROC 28 DART CLUB's post 13/06/2026

Satu lagi kejohanan yang cukup padu! Terima kasih kepada 64 peserta yang memberikan saingan sengit sepanjang hari ini.

Kami amat menghargai kehadiran

Encik Mohd Israk bin Ismail Penolong Pegawai Belia & Sukan Bahagian Sri Aman.

Encik Abdul Rahim bin Jamil Ketua Pemuda N28 Lingga yang menambah seri majlis penyampaian hadiah kita tadi..

JUARA :
- RM600 + 🏆
- MOHD QHAIZAD IZZUDIN BIN BUANG

NAIB JUARA :
- RM400 + 🏆
- ISHAK BIN PIEE

KE 3 BERSAMA :
- RM200 + 🏆
- MALCOM DUHIM
- JERRY KEDENY

5 - 8 BERSAMA :
- RM100 + 🏅
• MORRIS OMAR
• PHILIP AK MARSAT
• MUHD ASYRI B.YUSUF
• CHUA UNG SAM

9 - 16 BERSAMA :
- RM40 + 🏅
- JERRY AK JAROP
- ABG SAIFUL B.ABG ROSLI
- AZREEN B.TAHA
- ABD HADI B.MOHD ALI
- KNJ
- AWG ISMAIL BIN AWG JAAFAR
- MOHD DIN APANDI
- MAS HAILMAN FADZLLI

FASTEST FINISH 15 DART BELOW :
- RM50 + CENDERAHATI
- MOHD QHAIZAD IZZUDIN BIN BUANG
- (14DART FINISH)

HIGHEST CHECKOUT 121 ABOVE :
- RM50 + CENDERAHATI
- MALCOLM 128 FINISH

MOST 180'S :
- RM50 + CENDERAHATI
- ISHAK BIN PIEE X2

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG.

KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI SEMUA.


Photos from CROC 28 DART CLUB's post 13/06/2026

Suasana kini sedang hangat berlangsung di Dewan Muhibbah, Sri Aman bagi menjayakan CROC 28 Single Dart Tertutup & Jemputan!
Tahniah kepada semua peserta yang menunjukkan skil hebat hari ini. Semoga terus bersemangat sehingga ke penghujung acara! 💪🎯
Ayuh semua, datang berikan sokongan anda!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sri Aman?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Sri Aman
Sri Aman
95000