Alhamdulillahβ¦
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pasukan yang terlibat dalam Edisi Veteran 3.0 β Padang Sintetik Permai kali ini. Sokongan, komitmen dan semangat kesukanan yang ditunjukkan benar-benar menjadikan kejohanan ini bermakna dan luar biasa.
Semoga Tour Veteran kali ini bukan sekadar medan pertandingan, tetapi menjadi platform mengeratkan silaturahim sesama pemain veteran, di samping terus menampilkan bakat-bakat berpengalaman π€. Lebih membanggakan, kejohanan ini turut disertai rakan-rakan dari luar Sibu β Kuching, Samarahan, Sarikei, Belawai/Rajang, Matu Daro, Mukah, Kapit/Song,Bintulu dan Miri β bersama-sama pemain dari Sibu dan kawasan sekitarnya, menjadikan suasana lebih meriah dan penuh kekeluargaan.
Dalam setiap pertandingan, menang dan kalah adalah lumrah. Kepada pasukan yang berjaya, tahniah dan syabas diucapkan. Manakala kepada pasukan yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa β insya-Allah kita bangkit semula di Veteran 4.0 nanti πͺ
Sebarang kekurangan yang ada akan dijadikan pengajaran dan penambahbaikan untuk penganjuran edisi seterusnya, insya-Allah. Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Penganjur dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan sepanjang kejohanan berlangsung π
Sekali lagi, terima kasih kepada semua.
Jumpa lagi di edisi akan datang! β½π₯
PSRC
KELAB SUKAN REKREASI PERMAI
01/02/2026
π KEPUTUSAN RASMI
VETERAN SINTETIK 3.0
π Padang Sintetik Permai | 1 Februari 2026
π₯ JUARA β AL-QUTHUZ FC
π₯ NAIB JUARA β KUFT
π₯ TEMPAT KETIGA BERSAMA β AUSLANDER VET & SEGALANG FC
β½ FINAL
AL-QUTHUZ FC 1 β 0 KUFT
Perlawanan akhir yang sengit, penuh disiplin dan sarat dengan semangat veteran π₯πͺ
Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Menang kalah adat permainan, silaturahim tetap diutamakan.
Ucapan terima kasih khas kepada pasukan luar Sibu yang sanggup hadir dan memeriahkan kejohanan ini:
π Kuching
π Samarahan
π Sarikei
π Belawai / Rajang
π Matu β Daro
π Mukah
π Bintulu
π Miri
π Kapit / Song
Sokongan dan komitmen anda semua benar-benar memberi nilai tambah kepada Veteran Sintetik 3.0 π€β½
Segala kekurangan akan ditambah baik pada edisi akan datang, insya-Allah.
π Pihak Jawatankuasa Penganjur memohon maaf atas sebarang kekhilafan sepanjang penganjuran.
Jumpa lagi di Veteran 4.0! π₯β½
31/01/2026
π₯ KEPUTUSAN RASMI & JADUAL PERLAWANAN SETERUSNYA π₯
π VETERAN SINTETIC 3.0
Perlawanan hari ini telah berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan sengit πͺβ½
Tahniah kepada semua pasukan yang telah memberikan aksi terbaik!
π Keputusan perlawanan hari ini dan
ποΈ Jadual perlawanan seterusnya (Round of π
adalah seperti yang dilampirkan.
π PERHATIAN PENTING:
β° SEMUA PERLAWANAN UNTUK ESOK AKAN BERMULA JAM 2.00 PETANG
Mohon semua pasukan:
β
Hadir lebih awal
β
Bersedia mengikut jadual
β
Kekalkan semangat kesukanan
π₯ Aksi semakin panas, saingan semakin sengit!
Jumpa di padang!
28/01/2026
π₯ COUNTDOWN RASMI BERMULA! π₯
Veteran Sintetik Permai 3.0 β Sibu 2026 bakal berlangsung hujung minggu ini dengan penyertaan 16 pasukan veteran dari pelbagai daerah.
π SENARAI PASUKAN YANG BERAKSI:
1οΈβ£ MIX UNITED β Sibu
2οΈβ£ SEGALANG FC β Kuching
3οΈβ£ RYKOZ UNITED VET β Sibu
4οΈβ£ ZZ UNITED β Kuching
5οΈβ£ KUFT
6οΈβ£ MADAR β Matu/Daro
7οΈβ£ OMB FT
8οΈβ£ AL QUTHUZ FC β Sarikei
9οΈβ£ SELALANG VET β Selalang
π SANTAI FC β Sibu
1οΈβ£1οΈβ£ UNI FC
1οΈβ£2οΈβ£ AUSLANDER VET
1οΈβ£3οΈβ£ VET7D.COM β Kapit
1οΈβ£4οΈβ£ RAGAS PANGGAIT β Sibu
1οΈβ£5οΈβ£ LANG VET
1οΈβ£6οΈβ£ ZR UNITED β Miri
β½ 16 pasukan
π€ Satu padang
π₯ Satu semangat veteran
π
Tarikh: 31 Januari 2026 & 1 Februari 2026
π Lokasi: Padang Sintetik Permai, Sibu
Jumpa di padang. Hormat lawan, nikmati permainan! πͺβ½
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Sibu