Kelab RUWAS Bahagian Sibu

Kelab RUWAS Bahagian Sibu

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab RUWAS Bahagian Sibu, Sports Club, Wisma Liberty Tingkat 1, 2dan 3 Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Bahagian Sibu, Jalan Drive Wong Soon Kai, Sibu.

Photos from Kelab RUWAS Bahagian Sibu's post 28/07/2026

Karnival Sukan JBALB 2026 Ping Pong dan Karom Berlangsung Meriah di Sibu

SIBU, 25 Julai 2026 – Karnival Sukan JBALB 2026 bagi acara Ping Pong dan Karom yang berlangsung pada 24 hingga 25 Julai 2026 yang lepas telah berjaya dianjurkan oleh Kelab RUWAS Bahagian Sibu di Stadium Ping Pong Sibu dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan.

Kejohanan tersebut menghimpunkan 12 bahagian JBALB dari seluruh Sarawak yang berkampung di Sibu bagi merebut kejuaraan dalam kedua-dua acara. Sepanjang dua hari pertandingan berlangsung, setiap pasukan mempamerkan aksi terbaik, disiplin yang tinggi serta semangat kesukanan yang menjadi contoh kepada semua peserta.

Selain persaingan yang sihat, karnival ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara warga kerja JBALB dari seluruh Sarawak.

Pengerusi RUWAS Bahagian Sibu, Cik Joanna, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pasukan, pegawai, urus setia, pengadil, sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan penganjuran karnival tersebut.

Beliau berkata, "Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pasukan yang hadir dan memberikan sokongan padu sepanjang kejohanan ini. Tahniah kepada semua yang bertanding kerana telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang tempoh penganjuran. Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi penambahbaikan untuk penganjuran akan datang."

Karnival Sukan JBALB 2026 Ping Pong dan Karom melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya, sekali gus membuktikan semangat perpaduan, persahabatan dan kesukanan terus menjadi asas dalam kalangan warga JBALB Sarawak. Penganjuran ini diharap akan terus menjadi medan untuk mencungkil bakat serta memperkukuhkan hubungan antara semua bahagian pada masa hadapan.

05/07/2026

RUWAS BAHAGIAN SIBU SERTAI KARNIVAL SUKAN JBALB 2026

KOTA SAMARAHAN, 4 Julai 2026 – Pasukan futsal RUWAS Bahagian Sibu telah menyertai Karnival Sukan JBALB 2026 (Futsal) yang berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan pada Sabtu.

Diundi dalam Kump**an D, pasukan RUWAS Bahagian Sibu mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang saingan. Walau bagaimanapun, mereka akur apabila perjalanan pasukan terhenti di peringkat kump**an selepas berdepan saingan sengit daripada pasukan-pasukan lain.

Kapten pasukan, Daud Rawi, menzahirkan penghargaan kepada semua rakan sepasukan atas komitmen dan pengorbanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan atas usaha dan semangat yang diberikan. Walaupun kita tidak berjaya melangkah lebih jauh, semua pemain telah memberikan yang terbaik di atas gelanggang. Kami akan meneruskan latihan dan memperbaiki segala kelemahan sebagai persediaan menghadapi kejohanan akan datang," katanya.

Penyertaan ini menjadi medan berharga buat pasukan RUWAS Bahagian Sibu untuk menimba pengalaman, mengukuhkan keserasian serta meningkatkan prestasi demi mencapai keputusan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Semangat kesukanan dan kerjasama yang dipamerkan oleh setiap pemain menjadi asas penting untuk pasukan kembali lebih kuat dalam kejohanan akan datang.

02/07/2026

RUWAS BAHAGIAN SIBU SERAH JERSI RASMI PASUKAN FUTSAL DAN BOLA SEPAK

SIBU, 2 Julai 2026 – Majlis Penyerahan Jersi Rasmi Pasukan Futsal dan Bola Sepak RUWAS Bahagian Sibu telah berlangsung di Tingkat 3, Pejabat JBALB Bahagian Sibu, petang tadi.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi RUWAS Bahagian Sibu, Cik Joanna, yang turut menyerahkan jersi rasmi kepada Pengurus Pasukan Futsal dan Bola Sepak, En. Mohd Azman, sebagai simbolik sokongan kepada pasukan yang akan mewakili RUWAS Bahagian Sibu dalam Karnival Sukan JBALB 2026.

Dalam ucapannya, Cik Joanna menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada seluruh pasukan yang bakal beraksi di Karnival Sukan JBALB 2026 di Samarahan pada hujung minggu ini.

"Good luck and all the best kepada pasukan futsal. Semoga memperoleh kejayaan dalam Karnival Sukan JBALB 2026. Kekalkan semangat berpasukan, kerjasama dan satu kata sepakat dalam pasukan. Kepada kapten, mohon jaga semua pemain, jaga nama baik kelab dan nama baik jabatan. Jaga diri baik-baik. Majulah sukan untuk negara," katanya.

Beliau turut berharap agar semangat kesukanan, disiplin dan perpaduan yang diterapkan dalam pasukan akan menjadi pemangkin kepada prestasi cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama barisan pengurusan, pemain futsal dan bola sepak RUWAS Bahagian Sibu sebagai tanda sokongan serta pembakar semangat sebelum pasukan berangkat ke Samarahan bagi menyertai kejohanan tersebut.

21/06/2026

Hari Santai Sukan Badminton RUWAS Bahagian Sibu Meriah dan Penuh Semangat

SIBU, 20 Jun 2026 – Kelab RUWAS Bahagian Sibu telah berjaya menganjurkan Hari Santai Sukan Badminton yang berlangsung semalam dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Dewan MUC, Kampung Nyabor, Sibu.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan persahabatan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli kelab RUWAS Bahagian Sibu.

Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Timbalan Pengerusi RUWAS Bahagian Sibu, En. Mohd Nazali, yang meluangkan masa bersama para peserta sepanjang aktiviti berlangsung.

Menurut perkongsian yang dimuat naik di media sosial oleh Pengerusi Kelab RUWAS Bahagian Sibu, Cik. Joanna, beliau melahirkan rasa bangga dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab yang sudi hadir serta memberikan sokongan bagi memeriahkan Hari Santai Sukan Badminton itu.

Beliau turut menyatakan penghargaan atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh para ahli dalam menjayakan aktiviti kelab, sekali gus membuktikan semangat kebersamaan yang sentiasa menjadi kekuatan RUWAS Bahagian Sibu.

Program berakhir dalam suasana ceria dan penuh semangat kesukanan, dengan para peserta berpeluang mengeratkan hubungan serta menikmati aktiviti riadah bersama rakan-rakan sekerja.

Diharapkan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli RUWAS Bahagian Sibu akan terus berkekalan dalam setiap aktiviti yang bakal dianjurkan pada masa hadapan. Teruskan melangkah maju, aktif dan bersatu demi menjayakan program-program kelab serta memperkukuhkan hubungan sesama ahli.

17/05/2026

RUWAS Dartes Sibu Raih Tempat Top 4 Silver Plate di Pelawan Premier League 2026

SIBU, 17 Mei – Kelab RUWAS Dartes Sibu sekali lagi menghantar wakil bagi menyertai Pertandingan Beregu Dart Tertutup Sarawak Pelawan Premier League 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula 16 hingga 17 Mei di Community Support Services Centre.
RUWAS Dartes Sibu mempertaruhkan tiga pasangan beregu iaitu RUWAS A yang diwakili oleh En. Nasshariezan dan En. Syahibul, RUWAS B oleh En. Syarif bersama En. Dylon, manakala RUWAS C diwakili oleh En. Sofian dan En. Freddy.

Pada hari pertama pertandingan, RUWAS A yang berada dalam Kump**an B serta RUWAS B di Kump**an N terpaksa akur menamatkan saingan di kedudukan terakhir kump**an masing-masing. Namun begitu, kedua-dua pasukan masih berjaya melayakkan diri ke peringkat Top 32 Silver Plate.

Sementara itu, RUWAS C tampil cemerlang apabila berjaya menjuarai Kump**an C sekali gus melayakkan diri ke peringkat kelayakkan Top 16 Gold Plate.

Memasuki hari kedua pertandingan, RUWAS C bagaimanapun terpaksa menerima kekalahan di peringkat kelayakkan Top 16 Gold Plate selepas tewas 1-3 kepada pasukan 8276. RUWAS B p**a sekadar menamatkan cabaran di peringkat Top 32 Silver Plate.

Walau bagaimanapun, RUWAS A berjaya mencipta kebangkitan membanggakan apabila mara sehingga ke peringkat Top 4 Silver Plate atau tempat ketiga/keempat bersama sebelum tewas 0-2 kepada pasukan THM X Cendana.

Menurut En. Dylon, penampilan pertama beliau kali ini memberi pengalaman yang cukup mendebarkan kerana setiap perlawanan mempunyai cabaran tersendiri. Beliau turut menyatakan hasrat untuk memperbanyakkan latihan bagi membantu rakan sepasukan dalam kejohanan akan datang.

En. Nasshariezan p**a berkata kejayaan mara ke Top 4 Silver Plate merupakan rekod pertama buat dirinya. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan seperjuangan atas sokongan berterusan yang diberikan kepada pasukan RUWAS Dartes Sibu.
“RUWAS Dartes Sibu, this is for you,” katanya penuh semangat.

Semoga RUWAS Dartes Sibu akan terus melakar keputusan membanggakan pada masa hadapan serta terus mengharumkan nama kelab dalam arena sukan dart tempatan.
Maju lah sukan RUWAS Sibu.

15/05/2026

SENAM AEROBIK RUWAS SIBU MEMERIAHKAN SUASANA JBALB SIBU

Sibu, 15 Mei 2026 – Kelab RUWAS Bahagian Sibu telah menganjurkan aktiviti senam aerobik yang berlangsung dengan meriah pada jam 5 petang di aras 3 JBALB Sibu baru-baru ini.

Program tersebut diketuai oleh Pn. Nur Hairunnisa bersama Cik Siti Nur Fatini yang turut memeriahkan suasana sepanjang aktiviti berlangsung.

Program yang disertai oleh warga kerja serta ahli kelab itu diadakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan kecergasan fizikal dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan. Aktiviti dimulakan dengan sesi pemanasan badan sebelum diteruskan dengan senaman aerobik berirama yang penuh bertenaga dan menyeronokkan.

Suasana program turut dimeriahkan dengan semangat kerjasama dan penyertaan aktif daripada para peserta yang menunjukkan komitmen terhadap penjagaan kesihatan dan kesejahteraan diri. Selain menjadi platform riadah, program ini juga memberi peluang kepada warga kerja untuk merehatkan minda selepas rutin harian di tempat kerja.

Pihak penganjur berharap agar aktiviti seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai usaha membudayakan amalan hidup sihat serta memperkukuhkan hubungan sesama warga kerja di JBALB Sibu.

17/04/2026

MAJLIS BERLANGGAR MEJA MAKSAK BAHAGIAN SIBU SEMPENA AIDILFITRI 2026 MERIAH

Sibu, 17 April 2026 – Majlis Berlanggar Meja anjuran MAKSAK Bahagian Sibu sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 berlangsung dengan meriah di Kediaman Rasmi Residen Bahagian Sibu, hari ini.

Majlis tersebut berjaya menghimpunkan warga penjawat awam negeri Sarawak dan Persekutuan yang berkhidmat di Bahagian Sibu dalam suasana penuh muhibah dan kekeluargaan. Sebanyak 25 gerai daripada pelbagai agensi kerajaan dan persekutuan mengambil bahagian dengan menyediakan pelbagai juadah tradisi Hari Raya untuk dinikmati bersama.

Kelab RUWAS Bahagian Sibu turut serta memeriahkan majlis dengan mewakili Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Bahagian Sibu. Penyertaan kelab ini diketuai oleh Pengerusi Kelab RUWAS Bahagian Sibu, Cik Joanna Ak Ali. Turut hadir bersama ialah Ts. Herda Haziqah Binti Sekaria, Jurutera Air Bahagian, JBALB Sibu.

RUWAS menyediakan juadah air minuman berupa air mineral serta hidangan berasaskan mi untuk para pengunjung.
Majlis turut diserikan dengan kunjungan YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) merangkap Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) ke booth pameran Kelab RUWAS Bahagian Sibu. Kunjungan tersebut mencerminkan sokongan dan penghargaan terhadap penglibatan aktif agensi serta kelab dalam menjayakan sambutan Aidilfitri pada kali ini.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan Aidilfitri, malah berjaya mencapai matlamat utamanya dalam memupuk semangat silaturahim, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan penjawat awam. Selain itu, majlis ini turut menjadi medium untuk mempamerkan kepelbagaian juadah tradisi yang mencerminkan keunikan budaya masyarakat setempat.

Secara keseluruhannya, Majlis Berlanggar Meja MAKSAK Bahagian Sibu sempena Aidilfitri 2026 berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua yang hadir.

05/04/2026

Sibu, 5 April 2026 – Pasukan RUWAS Darters akur dengan keputusan yang dicapai dalam pertandingan Bravo 2some Darts Challenge yang berlangsung di Dewan MBB Kampung Hilir, di sini hari ini.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan RUWAS B yang diwakili oleh Ketua Pasukan, En. Nazali bersama gandingannya En. Nasshariezan, terkandas di peringkat Gold Plate Top 32 selepas memberikan saingan sengit kepada pihak lawan.

Sementara itu, pasukan RUWAS A yang dibarisi oleh En. Syarif dan En. Freddy, yang membuat penampilan pertama, berjaya melangkah ke peringkat Silver Plate Top 16 sebelum perjalanan mereka terhenti.

Menurut En. Nazali, walaupun keputusan tidak memihak kepada pasukan, ia bukanlah penamat buat mereka.

“Ini bukan pengakhiran kami tetapi sebuah permulaan. Saya dan rakan-rakan telah memberikan yang terbaik. Kami akan terus meningkatkan kualiti permainan selepas ini,” katanya.

Bagi En. Freddy p**a, pengalaman tersebut amat bermakna sebagai penyertaan sulung beliau dalam pertandingan.

“Ini adalah pengalaman pertama saya. Masih banyak yang perlu saya perbaiki dan saya akan berikan yang terbaik untuk pasukan. Terima kasih kepada rakan sepasukan atas tunjuk ajar dan semangat yang diberikan,” ujarnya.

Walaupun tidak berjaya melangkah lebih jauh, semangat juang yang ditunjukkan jelas membuktikan bahawa RUWAS Darters berpotensi untuk terus berkembang dan bersaing dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.

04/04/2026

Sibu, 4 April 2026 – Semangat kesukanan dan persaingan sihat jelas terpancar dalam pertandingan Bravo 2Some Challenge yang berlangsung di Dewan MBB Kampung Hilir, Sibu hari ini. Acara ini dianjurkan oleh Bravo Bizclub dengan kerjasama JKKK Kampung Seduan Jaya, berjaya menarik penyertaan seramai 91 pasukan dari seluruh Sarawak.

Antara pasukan yang mencuri perhatian ialah RUWAS Sibu Darters, yang menghantar dua pasukan bagi merebut kejuaraan dalam pertandingan tersebut. Pasukan RUWAS A diwakili oleh Encik Syarif bersama Encik Freddy, yang membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini. Sementara itu, pasukan RUWAS B p**a dibarisi oleh Encik Nazali selaku ketua pasukan dan Nasshariezan.

Menurut Encik Nazali, beliau optimis dengan peluang pasukan mereka kali ini. “Kita akan teruskan perjuangan. Semoga kali ini tuah memihak kepada pihak kita dan doakan kejayaan kami,” ujarnya penuh semangat.

Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengasah bakat dalam sukan dart, malah turut mengeratkan hubungan antara peserta dari pelbagai daerah di Sarawak.
Dengan penyertaan yang memberangsangkan, Bravo 2Some Challenge dilihat sebagai salah satu acara yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat dart tempatan.

RUWAS Sibu Darters kini tekad untuk memberikan saingan sengit dan mengharumkan nama pasukan mereka dalam kejohanan tersebut.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sibu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Wisma Liberty Tingkat 1, 2dan 3 Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Bahagian Sibu, Jalan Drive Wong Soon Kai
Sibu
96000