21/09/2022
Sertai sekarang!
Kayuhan santai sempena PETRONAS Le Tour de Langkawi 2022.
Tarikh : 1 Oktober 2022
Masa : 7AM (Pelepasan)
Venue : Dataran Perayaan Petrajaya Stadium Sarawak.
KUC FAN RIDE on plotaroute.com https://www.plotaroute.com/route/2023773?units=km
https://tix-explorer.bigtix.io/events/sarawak-petronas-le-tour-de-langkawi-2022-fan-ride/PLTLKC22
29/11/2020
Kadar Denyutan Jantung Ketika Aktiviti Berbasikal
Apabila kita beraktiviti atau berbasikal, sangat penting untuk kita memantau kadar denyutan jantung (Heart rate) kita agar kita mampu menjaga kesihatan dan keselamatan. Sedikit perkongsian tentang kadar denyutan jantung, di mana terdapat 5 zon (5 Zone) untuk kadar denyutan jantung;
Zon 1 - Very light /Endurance - 0–112 bpm / 50–60%
Zon 1 biasanya heart rate sebegini digunakan semasa warming up atau sesi pemanasan badan serta untuk kesihatan.
Zon 2 - Light/Moderate - 112–148 bpm / 60–70%
Biasanya untuk mengekalkan tahap kecergasan dan menambah tahap kecergasan.
Zon 3 - Moderate/Tempo - 148–166 bpm / 70–80%
Biasanya untuk meningkatkan ketahanan badan (Endurance) dan kecergasan, serta untuk membakar kalori dan lemak dalam badan.
Zon 4 - Hard/Threshold/Aerobic - 166–184 bpm / 80–90%
Tahap intense atau paling tinggi di mana kita boleh membantu memperbaiki kadar pengambilan oksigen oleh paru-paru, VO² Maximum (VO² Max).
Zon 5 - Maximum/Anaerobic - > 184 bpm / 90-100%
Kadar denyutan jantung maksimum yang boleh dicapai dan hanya boleh digunakan dalam tempoh yang singkat.
Oleh yang demikian, kita harus belajar merancang aktiviti bersukan dengan lebih teratur. Sebab itu, atlet boleh mengekalkan tahap kecergasan kerana di bantu oleh Jurulatih berpengalaman dalam merancang latihan yang bersesuaian dengan jenis sukan.
Jika kita yang sudah berpengalaman dalam berbasikal, pasti kita akan mendengar Recovery Ride, iaitu ride secara santai tanpa perlu memaksa diri. Pasti ada juga yang mendengar intense ride, di mana ride sebegini memerlukan ketahanan dan kecergasan yang lebih, di mana seseorang boleh melatih diri untuk high cadence.
Apabila anda menggunakan high cadence, secara tidak langsung anda akan meningkatkan kadar denyutan jantung anda. Maka perlu dirancang ride dengan tidak semuanya intense ride, ada juga yang santai ride atau recovery ride agar badan kita boleh berehat.
Ini antara contoh latihan intense ride yang telah saya lakukan dan semuanya di bawah kadar denyutan jantung (Heart rate) saya, iaitu di bawah 185 bpm. Jika anda baru terlibat dalam dunia berbasikal, aplikasi Strava sangat membantu dalam menilai kemampuan kita termasuklah heart rate kita. Setiap kali berbasikal, ambil masa untuk melakukan analisis agar anda tahu kadar kemampuan diri, kesihatan dan jantung anda.
*Ini perkongsian melalui pengalaman dan pembacaan saya. Mungkin otai-otai basikal, atlet dan Doktor lebih banyak mengetahui tentang perkara ini. Mohon maaf jika terdapat kekurangan dalam perkongsian ini.
Sumber diperoleh : Geng Goohet Folding Bike (Whatsapp)
27/09/2020
Santai kayooh ke Tanjung Manis..
03/09/2020
KESELAMATAN PENGGUNA BASIKAL
Kangar Perlis.
Kayuhan basikal kini telah menjadi satu acara sukan atau aktiviti riadah yang semakin meningkat pop**ar dewasa ini bagi semua golongan dan peringkat umur masyarakat. Demi memastikan keselamatan pengayuh dan pengguna jalan raya JSPT IPK Perlis yang diketuai oleh DSP Md. Dom bin Dollah bersama pegawai dan anggotanya telah mengadakan sesi advokasi keatas pengayuh - pengayuh basikal berkenaan dengan memeriksa kelengkapan peralatan basikal dan keselamatan diri.
Basikal yang digunakan mestilah memenuhi ciri ciri keselamatan antaranya mempunyi brek, loceng, lampu depan dan belakang, tayar yang berbunga sementara keselamatan diri p**a memakai helmet yang dikhususkan, pakaian atau jeket yang mempunyai pemantul cahaya.
Beliau menasihatkan tindakan saman boleh diambil keatas mereka yang gagal mematuhi syarat syarat serta peraturann tersebut sepertimana yang termaktub dalam AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 dan juga dibawah KAEDAH KAEDAH DAN PERATURAN LALU LINTAS.
Mereka juga dinasihatkan agar tidak mengayuh basikal bersaing sesama sendiri tetapi hendaklah dalam satu barisan yang panjang. JSPT Perlis akan membuat pemeriksaan dari masa kesemasa bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.
30/08/2020
Pagi tok kita santai2 ekot program Program Info On Wheel (Merdeka@Komuniti) Kayuhan Merdeka 2020 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Sibu.
24/08/2020
Learn & practice.
Safety first.
Credit : Sarawak Cycling EVENT