02/07/2025
Jangan lupak esok gais!
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nangka United, Sports Team, 1st Floor, Lot 1251, Block 4, Lorong Kuda 2, Kampung Nangka, 96000 Sibu, Sarawak, Sibu.
02/07/2025
Jangan lupak esok gais!
All the best untuk jelajah pra musim di Cambodia, KCFC.
31/01/2023
Terima kasih Kuching City FC untuk pengalaman yang berharga ini. All the best untuk saingan musim 2023 ini!
26/01/2023
PERLAWANAN PERSAHABATAN SEMPENA JELAJAH PRA MUSIM KUCHING CITY FC 2023
Nangka United vs Kuching City FC
🗓28 Januari 2023 (Sabtu)
⏰4.30 petang
📍Stadium Azman Hashim, Sibu Jaya
Nangka Utd amat berbesar hati kerana terpilih sebagai salah satu pasukan oleh Kuching City FC sebagai ‘rakan sparring’ sempena jelajah pra musim 2023 mereka.
Juh rami-rami kita berambeh di Stadium Azman Hashim Sabtu tok!
Gohet ajak!!!
19/01/2023
Juh kita merami Stadium Azman Hashim 28 Jan kelak!
Nangka United tunggu Kuching City di Sibu
KUCHING: Kelab handalan, Nangka United akan melayani kunjungan Kuching City FC yang akan bertandang ke Bahagian Sibu pada 28 Januari ini.
Aksi persahabatan kedua-dua pasukan terbabit merupakan antara salah satu lokasi persinggahan The City Boys sempena siri jelajah mereka musim ini.
Skuad Nangka United pada perlawanan tersebut dikendalikan bekas penyerang skuad kebangsaan yang juga bekas pemain lincah skuad Sarawak, Gilbert Casidy Gawing.
Pengurus pasukan Irwanshah Mohamad memberitahu, perlawanan tersebut dijadual berlangsung di Stadium Tan Sri Azman Hashim, Sibu Jaya
"Kita akan mempertaruhkan pemain di kawasan Sibu pada perlawanan tersebut.
"Ia sebagai pendedahan terbaik kepada mereka yang akan berdepan pemain berpengalaman dari skuad Kuching City," tegas Irwanshah kepada Arena Suara Sarawak.
Sambil menyatakan perlawanan tersebut akan bermula pukul 4:00 petang, Irwanshah turut mengakui akan menampilkan kelibat beberapa pemain muda pada aksi yang dijangka menjadi tumpuan peminat di Sibu nanti.
Selain perlawanan tersebut, skuad Kuching City akan menentang pilihan Mukah (24 Januari) dan pilihan Betong (26 Januari).
Kapsyen: AKAN DIUJI...Pemain Kuching City bersemangat ketika sesi latihan. - FOTO GHAZALI BUJANG
https://suarasarawak.my/2023/01/nangka-united-tunggu-kuching-city-di-sibu/
12/01/2023
PENGUMUMAN 📣📣📣
Kami akan mengadakan sesi pemilihan pemain bagi perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang dijadualkan pada penghujung bulan ini.
Kami menyeru agar kaki-kaki bola di sekitar Sibu untuk mencuba nasib dan menyerlahkan bakat yang terpendam pada 14 dan 15 Januari ini yang akan dikendalikan oleh Coach Gilbert Cassedy Gawing.
Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan :
1. Haji Effendy (019-9833352)
2. Hafiz (016-8878663)
30/08/2022
Tamatlah perjuangan NUFC di dalam Liga Bola Sepak Zon Tengah 2022 ini setelah kalah dalam penentuan tendangan sepakan penalti dengan jaringan 4-2.
Untuk sampai ke peringkat separuh akhir bukanlah sesuatu yang mudah. Kami berasa bangga di atas pencapaian ini.
Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan dan para pemain di atas pencapaian ini.
Terima kasih juga diucapkan di atas sokongan yang tidak bebelah bagi sepanjang kempen kejohanan.
Insyaallah kami akan bangkit di dalam kejohanan-kejohanan yang mendatang.
Gohet ajak!!!
27/08/2022
Penaung kelab, YB Dr. Annuar Rapaee meluangkan masa untuk menyampaikan kata-kata semangat kepada para pemain sebelum pre-match briefing disampaikan oleh Ketua Jurulatih, Roziman Ramblie yang dibantu oleh Gilbert Cassedy Gawing selaku Penolong Ketua Jurulatih.
Gohet ajak!!!
27/08/2022
Morning walk dan light workout di sekitar waterfront sebagai persiapan menjelang perlawanan menentang Machan FC petang ini.
Gohet ajak!!!
24/08/2022
LIGA BOLA SEPAK ZON TENGAH SARAWAK 2022 (SCZFL 2022)
Nangka United vs Machan FC
🗓27 Ogos 2022 (Sabtu)
⏰4.00 petang
📍Padang Penjara, Sibu
Perlawanan separuh akhir kedua.
Misi wajib menang!
Jom berambeh ke padang sabtu tok.
Gohet ajak!!!