01/09/2026
๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐ข๐๐ข๐ก๐ ๐ช๐๐
๐ฆ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ, ๐ฆ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐ธ๐ฎ๐บ๐ถ!
WBM ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua peminat dan penyokong yang hadir memberikan sokongan luar biasa kepada atlet-atlet wanita negara.
Sorakan dan semangat anda menjadi tenaga tambahan buat mereka untuk memberikan persembahan yang begitu bertenaga di atas padang. Anda adalah antara pendorong yang membuatkan mereka terus berjuang, tidak mengalah dan memberikan segalanya demi memastikan piala kejohanan kekal di Malaysia! ๐ฒ๐พ๐
Terima kasih kepada semua peminat dan penyokong WBM serta Besbol Malaysia!
Sokongan anda adalah kekuatan mereka. Jumpa lagi di lain kejohanan!
Demi Besbol Malaysia โพ๏ธ ๐ฒ๐พ
๐ท Dzul Atfie Sahid
01/09/2026
Aksi-aksi Women Baseball Malaysia menentang Orca di Kejohanan Besbol Wanita Antarabangsa Malaysia 2026.
Demi Besbol Malaysia โพ๏ธ ๐ฒ๐พ
01/09/2026
๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ข๐๐จ๐๐๐๐จ๐๐ก ๐จ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐ฌ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐จ๐๐! ๐ฒ๐พ๐ฏ๐ตโพ
Satu pengalaman luar biasa buat atlet remaja Besbol Malaysia apabila mereka berpeluang menjalani latihan di stadium universiti bertaraf dunia bersama Kokugakuin University Baseball Team.
Dibimbing secara langsung oleh barisan jurulatih dan pemain senior Kokugakuin, latihan bertaraf dunia ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada atlet muda negara, malah akan membantu pembangunan mereka dari segi kemahiran, disiplin, pemahaman permainan dan mentaliti sebagai seorang atlet.
Sesi latihan ini turut dihadiri tetamu-tetamu istimewa daripada dunia besbol profesional Jepun. Turut hadir ialah Pengerusi Alumni Kokugakuin, En. Saiki, pencari bakat Rakuten, En. Okihara dan En. Yorisaka, serta pencari bakat DeNA BayStars, En. Kawano.
Turut bersama membantu kontinjen Malaysia ialah Coach Nobuo Okuma san!
Di penghujung sesi, atlet Malaysia turut berpeluang menyaksikan perlawanan antara Kokugakuin University dan Nissan.
Peluang seperti ini amat berharga dalam membangunkan generasi baharu Besbol Malaysia.
Kita mungkin masih dalam perjalanan, tetapi hari ini atlet muda negara telah diberi peluang untuk melihat sendiri standard dunia.
Demi Besbol Malaysia โพ๏ธ ๐ฒ๐พ
#
31/08/2026
Sejurus tiba di Narita, delegasi negara telah di jemput oleh ใคใฝใ้ๅๅ
ทๅบใๅ
ฌๅผใ menyaksikan perlawanan pasukan Honda. Menantikan perlawanan bermula delagasi di bawa melawat muzium besbol di stadium besbol ikonik di Tokyo The Dome!
Delegasi Malaysia menerima baju Honda sebelum perlawanan. Setelah menyaksikan perlawanan mereke bergerak ke Yokohoma untuk ke Kokugakuin University.
Latihan bersama akan bermula seawal esok hari.
Semoga terus semangat!
Demi Besbol Malaysia โพ๏ธ ๐ฒ๐พ
31/08/2026
Majlis Meraikan Kejayaan WBM ๐ฒ๐พโพ๏ธ
Berlangsung sederhana tetapi meriah, satu majlis penghargaan buat usaha keras dan kejayaan pasukan WBM di Kejohanan Besbol Wanita Antarabangsa Malaysia 2026 dianjurkan oleh Naib Presiden BFM, Puan Ruzanaliza.
Dalam kesempatan ini, beliau turut berkongsi perancangan WBM untuk program dan perlawanan antarabangsa yang bakal berlangsung, termasuk persiapan WBM untuk program latihan bersama dan perlawanan persahabatan dengan skuad remaja besbol wanita Taiwan.
WBM juga dijangka mengadakan roadshow pencarian bakat di beberapa lokasi bagi mengenal pasti bakat baharu dan memperkukuhkan skuad wanita negara untuk menghadapi program akan datang.
Semoga WBM terus berkembang, terus melangkah dan terus mengharumkan nama Malaysia. Ayuh WBM!
Demi Besbol Malaysia โพ๏ธ ๐ฒ๐พ
31/08/2026
๐ฒ๐พ๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐! ๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐! ๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐!
Besbol Malaysia pernah berada di titik terendah. Kini kita bebas menetukan hala tuju sendiri!
Mungkin kita belum sampai ke tempat yang kita impikan.
Tetapi kita terus bergerak. Kita membina. Kita mencipta.
Pasukan sendiri, pemain sendiri, kejohanan sendiri.
Dan hari ini โ padang sendiri!
Kerana yang paling bermakna bukan sekadar apa yang kita bina.
Tetapi apabila kita mula rasa,
โIni tempat kitaโ
Pemain rasa ini pasukan mereka.
Jurulatih rasa ini perjuangan mereka.
Ibu bapa rasa ini perjalanan mereka.
Peminat rasa ini pasukan mereka.
Dan anak-anak tahu โ mereka juga ada tempat di sini.
Itulah rasa memiliki. Bukan sekadar hadir.
Tetapi rasa kita sebahagian daripada sesuatu.
Ini bukan milik orang lain. Ini milik kita.
Erti kemerdekaan bukan sekadar bebas.
Tetapi apabila kita mempunyai tempat, mempunyai peranan, dan mempunyai rasa memiliki terhadap apa yang kita bina bersama.
Kita bukan sekadar mewarisi kemerdekaan.
Kita perlu mengisinya. Ini tugas kita!
Kita masih membina.
Masih mencipta.
Masih membuka ruang untuk mereka yang akan datang.
Perjuangan ini belum selesai.
Kita mungkin masih jauh.
Tetapi hari ini kita tahu โ
Kita ada tempat di sini.
Kita sebahagian daripada ini.
Ini besbol kita!
Demi Besbol Malaysia โพ๏ธ ๐ฒ๐พ
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69.
MERDEKA!
31/08/2026
๐ฒ๐พ ๐๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐, ๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ก๐จ๐๐จ ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฃ๐๐ก
Di ambang sambutan Hari Kebangsaan, ketika kebanyakan kita sedang bersiap menyambut malam Merdeka, satu lagi langkah penting untuk masa depan besbol Malaysia sedang bermula.
Tengah malam tadi, seramai 10 atlet muda dan pegawai delegasi bakat muda besbol negara berlepas dari KLIA menuju Narita, Tokyo.
Mereka bukan sekadar pergi bertanding. Mereka pergi untuk belajar, menimba pengalaman dan membawa pulang ilmu.
Delegasi ini akan menjalani latihan bersama Kokugakuin University, antara pasukan besbol universiti terbaik Jepun, dalam satu program pembangunan yang disusun oleh BFM bersama ใคใฝใ้ๅๅ
ทๅบใๅ
ฌๅผใ
Ini adalah pasukan pertama yang dihantar dengan fokus khusus kepada pembangunan atlet muda โ satu langkah strategik untuk membina generasi yang bukan sahaja mampu bermain, tetapi memahami disiplin, budaya hormat, ilmu dan standard besbol di peringkat lebih tinggi.
Presiden dan Naib Presiden BFM turut mengiringi perjalanan pasukan.
Dalam amanatnya sebelum berlepas, Presiden berpesan kepada para atlet agar menuntut ilmu sebanyak mungkin, menyerap setiap pengalaman dan membawa pulang apa yang dipelajari untuk dikongsi dan dimanfaatkan di Malaysia.
๐ฒ๐พ Merdeka bukan sekadar tentang kebebasan.
Merdeka adalah tentang apa yang kita lakukan dengan kebebasan yang kita miliki.
Malam ini, anak-anak muda kita membawa Jalur Gemilang ke Jepun.
Mereka pergi untuk belajar.
Dan mereka akan pulang membawa ilmu untuk membina masa depan besbol Malaysia.
Selamat berjuang, anak-anak muda.
Bawa pulang ilmu. Bawa pulang pengalaman.
Bawa pulang semangat untuk Malaysia.
BFM merakamkan tahniah pada atlet dan pegawai yang berlepas ke Tokyo, tidak lupa setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa dan keluarga kepada pelatih yang terus menyokong pembangunan besbol Malaysia.
Demi Besbol Malaysiaโพ๏ธ๐ฒ๐พ
26/08/2026
Projek Khas BFM bermula!
Seramai 20 pelatih projek khas BFM memulakan latihan dibawah penyeliaan Pengarah Pembangunan Besbol Malaysia En Azmir pada hujung minggu lalu. Sesi pengenalan dan asas latihan yang diadakan di Melaka itu digunakan untuk mendekatkan pelatih dengan rutin latihan sebelum memasuki fasa seterusnya yang lebih intensif. Ibu bapa pelatih turut hadir memberi sokongan pada anak-anak harimau Besbol ini. Pelatih ini dijangka akan memulakan aksi antarabangsa mereka seawal bulan Oktober ini!
Semoga berjaya anak harimau Besbol negara!!!
Demi Besbol Malaysia โพ๏ธ ๐ฒ๐พ
19/08/2026
Lagi aksi-aksi Final yang sempat dirakam lensa jurukamera BFM
Malaysia Womenโs International Baseball Championship 2026
Final | WBM Malaysia vs DVP Ansar Bangladesh
Demi Besbol Malaysia โพ๏ธ ๐ฒ๐พ
๐ท Dzul Atfie Sahid
19/08/2026
FINAL โ A NAIL-BITER TO THE END
Malaysia Womenโs International Baseball Championship 2026
Final | WBM Malaysia vs DVP Ansar Bangladesh
Bermula jam 10 pagi dalam cuaca yang agak mendung, namun aksi di atas padang amat berbeza! Aksi-aksi hebat dan agresif ditunjukkan kedua-dua pasukan.
DVP Ansar memukul dahulu dan terus memberi tekanan. Beberapa kesilapan WBM membuka ruang buat DVP Ansar Bangladesh mencatat tiga larian. Sorakan penyokong tuan rumah langsung tidak mengganggu fokus DVP Ansar yang terus menyerang.
Namun WBM kembali tenang. Memasuki inning ketiga, WBM bangkit dan kembali mendahului.
Selepas itu, aksi kejar-mengejar terus berlaku dalam perlawanan yang benar-benar mendebarkan berlarutan hingga inning akhir!
Ketinggalan dua larian sebagai pasukan tuan rumah, WBM masih mempunyai peluang memukul terakhir untuk mengubah segalanya.
Dan ia berlaku!
Satu pukulan ke centre field, penuh drama dan mendebarkan, menghasilkan 3 RBI โ sekaligus menamatkan perlawanan dan memastikan WBM Malaysia dinobatkan sebagai juara sulung Malaysia Womenโs International Baseball Championship 2026!
From pressure to glory. From our own soil to history. ๐ฒ๐พโพ๐
Tahniah WBM! Juara sulung. Sejarah pertama.
Demi Besbol Malaysia โพ๏ธ ๐ฒ๐พ
๐ท Dzul Atfie Sahid