Fisska FC

Fisska FC

Share

Pasukan Bolasepak Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Ditubuhkan pada tahun 2015.

Dikuasakan oleh:
AAZ Transportation
AnNadi SMAPK
ZiadiZakwan
Arkitekno Vista
SAFt Advisory Kota Damansara
Berjasa Engineering Services & Trading Pasukan bolasepak Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang ini cukup aktif dalam menyertai beberapa kejohanan alumni seperti Liga Alumni dan Piala Alumni. Pada musim 2015/2016, FISSKA FC telah berjaya merangkul kejuaraan Divisyen 3 Liga Alumni me

09/05/2026

Mohon semua doakan kesembuhan segera dan kesihatan S/U Fisska saudara Izzuan Kayat⁩ yang kini ditahan di wad Hospital Pantai Ampang akibat jangkitan kuman merbahaya setelah terlalu kecewa melihat keporak-perandaan di bilik persalinan Real Madrid sejak akhir-akhir ini~

Photos from Fisska FC's post 19/03/2026

Fisska FC ingin menzahirkan rasa dukacita dan kebimbangan yang mendalam susulan insiden yang menimpa salah seorang pemain kami, Muhammad Syazwan (AnNadi 2009), yang disyaki telah menjadi mangsa keganasan oleh individu tidak bertanggungjawab yang dikaitkan dengan samseng bola sepak.

Kami ingin menegaskan bahawa Fisska FC berdiri teguh bersama Syazwan dalam menghadapi situasi ini. Keselamatan dan kebajikan pemain adalah keutamaan kami, dan sebarang bentuk keganasan tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.

Walaupun siasatan lanjut masih diperlukan, kami memandang serius dakwaan insiden ini dan mengecam sebarang elemen keganasan yang boleh mencemarkan imej serta semangat kesukanan dalam bola sepak.

Fisska FC menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan, dan pada masa yang sama menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan yang telus dan adil.

Kami akan terus memberikan sokongan penuh kepada Syazwan, termasuk daripada segi kebajikan dan moral, sepanjang tempoh ini.

Semoga semua pihak dapat bersama-sama memastikan sukan bola sepak kekal sebagai platform yang selamat, berdisiplin dan berintegriti.




Sekian, terima kasih.

Fisska FC

14/03/2026

Kami ingin mengajak rakan-rakan semua terutamanya warga Fisska dan AnNadi untuk sama-sama kita mendoakan kesembuhan segera bek kiri Fisska SV yang juga bekas Pengurus Kit & Peralatan Fisska FC, saudara Rushdi (AnNadi 2004), yang kini berada di Sunway Medical Centre untuk menjalani rawatan Acute Myeloid Leukemia. Semoga segala urusan beliau dipermudahkan dan dapat segera pulih seperti sediakala! Syafakallah Rushdi~ 🤲

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Shah Alam