27/07/2026
Nyawa bersilat dan tunjang bergayung
Setiap gerak diam dan langkahannya bukan semata mata dipandang dari mata seni biasa.. Lebih dari itu..
Seni itu indah dan penuh rahsia.. Yang lebih indah adalah mempelajari.. memahami... menghayati serta mengamalkan rahsia seni tersebut dalam kehidupan seharian.
Tiap perbuatan ada lambang.. kias.. makna.. tamsilan pengajian. Jika kenal dan paham insyaallah moga selamat lah dari pepatah guru 'lari kaedah.. jatuh akidah'..
Hat macam ni kena ambik tahu apatah lagi dizaman liberal yang akidah jadi gadaian dan pajakan demi nafsu dan perasaan.
Nampak kecik dan merapu tapi itulah keadaannya. Kehebatan bukan pada ilmu kebal.. ilmu pelimunan.. ilmu ilmu bersifat 'takut mati'.. Tapi bagaimana pergantungannya dengan yang empunya ilmu yakni Allah.
Kenal tiap gerak diam dan langkah.. Apa password pengajian pada perbuatan tersebut. Kalau bab adat bertarung semua orang dah mahir mengelak menepis dan memukul.. Paling tidak pun dapat lepas diri dengan cara lari je.
Contohnya berdiri betul sebelum mula.. Menceritakan pekara penyerahan diri pada Allah. Ini dipanggil akidah atau tahkik ilmu syahadah.. Dan seterusnya setiap perbuatan.
Bukan apanya sekadar satu jalan pengajian baca yang tidak berhuruf tapi rasa dan paham. Ni lah seni. Inilah rahsia .. Pecahan takluk musyahadah.
Hebat pun mati .. Tok guru kita dulu pun mati.. Tapi mati dalam keadaan macamana. Itu yang kita perlu sama sama belajar. Supaya setiap hembusan nafas.. denyutan nadi dan setiap kerlipan mata dalam mengingatNya.
Tapi biasalah bab begini jarang orang nak ambil tahu sebabnya.. Pertama takut dikata sesat.. Keduanya bimbang jadi tak hebat karena itu tak boleh buat.. Ini tak boleh buat.. Menyongsang nafsu.. Menyekang akal.. Malas beramal.
Wallahualam
Abi Chai Al Ajami
14/07/2026
Silat dan Solat tak jauh sangat bedanya kecuali pada rukunnya saja.
Beda pada tulisan ialah antara huruf ( i ) dan ( o ) silat - solat saja.. Bunyinya si dan so
Kalau bersilat rukunnya pada kaedah..
Kalau bersolat rukunnya pada akidah..
Dan antara kaedah dan akidah tidak p**a boleh dipisahkan kerana kalau dipisahkan larilah matlamatnya. Begitu tertibnya.....
- Abi Chai Al Ajami -
04/07/2026
Pengenalan
Jalan Asas Gayung Pulut 100 Hari
Berita gembira untuk sahabat2 di utara, terutamanya di Pulau Pinang. Kita akan adakan kelas pengenalan Gayung Pulut 100 Hari selama 2 hari berturut-turut. Kelas ini akan dipimpin oleh Guru Abi Chai Al Ajami selaku GuruLatih Gayung Pulut 100 Hari.
Untuk yang berminat boleh hubungi
Cikgu Ahmad Zaidi Mohd Hassan
Cikgu Solehin Zaidi
bagi maklumat lanjut.
Tempat : Kepala Batas Pulau Pinang
Masa : 8:30 am - 4:30 am
Tarikh : 8&9/8/26
Hari : Sabtu, Ahad
Jom pakat sama2 mewarisi khazanah lama ini.
*jangan lupa share posting ini
01/07/2026
Apabila disergah musuh kita
Berwaspadalah sentiasa
Kerana marahnya berbisa
Boleh mengundang bahaya
Kata katanya merobek dada
Jampinya penuh berbara
Dendamnya bermaharaja lela
Niatnya menjahanam nyawa
Kena berhati hati bersiap siaga
Datang belatinya tidak terduga
Merobek jiwa jika terleka
Apabila dimarah guru p**a
Nasehatnya penuh bermakna
Leterannya menghidupkan jiwa
Menjadi subur didalam dada
Mengandungi berkah Allah Taala
Menyelamatkan jiwa dan raga
Pembimbing kita setiap masa
Nampak tak diantara keduanya
Tampak jurang berbeda
Cis anak jantan yang manja
Bagai pondan gemar mengoda
Ditegur guru mudah terasa
Cabut lari tidak bertangga
Mengalahkan gemalai para wanita
Padahal wanita lebih bersiaga
Menerima tegur dan buah bicara
Telah ku katakan setiap masa
Bila belajar silat sakit akan terasa
Sakit dimata
Sakit ditelinga
Sakit tubuh merasa
Sakit hati dalam dada
Dalam gelanggang bukan tempat bermanja
Dalam gelanggang bukan tempat berseloka
Dalam gelanggang bukan tempat berhabis masa
Dalam gelanggang bukan tempat pangkat untuk dipuja
Dalam gelanggang tempat ilmu ditimba
Dalam gelanggang tempat bakat ditempa
Dalam gelanggang tempat mengasah minda
Dalam gelanggang tempat diuji dicuba
Belajar belajar lah merendahkan jiwa
Buang segala kemanjaaan dalam dada
Lempar jauh kesumat yang ada
Begitu lah cara menurut petua pendita
Jika ingin berhasil dan berjaya
Simpan bekalan mu yang ada
Jangan dibawa kedalam arena
Simpan kemas dan perlihara
Bukan disuruh buang kedalam paya
Jika ingin guru mu menyalakan pelita
Bawa pelita yang kosong minyak tiada
Senanglah pelita dinyala
Semoga terang suluh jalan gelita
Semaikan taat dan setia
Tanamkan amanah dalam dada
Suburkan pergantungan kepada Allah taala
Insyaallah berkah ilmu yang ditimba
Jangan disimpan sangka sangka
Jalan ni takda pun saka baka
Yang ada hanya ilmu Allah taala
Yang disampaikan sekian lama
Warisan ulama yang arif pendita
Selain bersilat juga mengajar agama
Mendidik insan tua dan yang muda
Moga menjadi insan berguna
Bermatlamatkan kebahgiaan diakhirat sana
Dan disemai ditanam diatas dunia..
Sekian sikit kata dan petua
Buat renungan kita semua
Moga ada manfaat yang berguna
Jadi pedoman dipikirkan bersama
- Abi Chai Al Ajami -
30/06/2026
Antara adat dan adab orang dulu dulu menerima dan menurunkan amalan ilmu..
Iddah ilmu
Bermaksud jangka masa mengamal kan dan jangka masa boleh diperturunkan untuk orang lain. Kebiasaannya 2 tahun atau sebagainya. Tujuannya supaya 'masak' ilmu tersebut. Hari ni pagi dapat amalan dan petang dah nak jadi guru.
Ijab kabul
Bermaksud ucapan akad sipenerima dan kabul pemberi.
Pantang larang
Bermaksud pantang larang dari segi makan minum atau sebagainya.
Rahsia
Bermaksud rahsia kan apa yang diterima dari orang lain tahu..
Mahar atau syarat guru
Bermaksud beri apa apa pada pemberi amalan sebagai saguhati atau yang bersyarat.. istilah masyhur dema sebut mahar
Amanah
Bermaksud jaga dengan baiknya amalan yang dibagi.
Lagi tu muma tambah sendiri.. Dan penerangannya buat sendiri lah.. Itu je ambo ingat hihihihi
- Abi Chai Al Ajami -
27/06/2026
Ulangkaji Pelajaran Pulut
14/06/2026
Maksud meminang ilmu.. Ilmu apa pada 3 helai sireh.. Apa yang nak dibawa pada 3 piak pinang.. Hati yang bagaimana pada secalik kapur.
Sireh pinang banyak kiasan
Ada hikmah ada juga rahsia
Sentiasa doa kepada tuhan
Semoga ada rahmat dan redha
Bersireh pinang meminang ilmu
Adab molek jangan dibuang
Tuntut ilmu jangan lah jemu
Penuhi ia disetiap ruang
Ada sireh ada pinang dan kapur
Ada fekah tasawwuf dan tauhid
Pelajari ianya hingga kekubur
Semoga beroleh pengertian syahid
Ilmu akal ilmu akal dan ilmu syarak
Kiasan pada bersireh pinang
Luaskan belajar tiada berparak
Dikala susah maupun senang
Dalam setepak sireh
terdapat hati yang bersih
Dalam seulas pinang
terdapat hati budi baik terkenang kenang
Dalam secolek kapur
terdapat hati yang jujur
Dalam tembakau secawan
penyambung tali persaudaraan
Guru guru kita dulu orang gagah
Mahir berpencak membela negeri
Mulakan silat dengan amanah
Selitkan azam membela diri
Bersireh pinang adat yang lama
Itulah tanda mulakan baiat
Belajar silat bukan cari nama
Tapi mencari jalan selamat
Padang perang taman kelamnya
Tempat memancung segala seteru
Duduk tertib mula asalnya
Berdiri kemudian itu tapak guru
Lepaskan diri supaya bebas
Semoga fikiran menjadi taman
Bunga sembah lambang yang asas
Terhimpun segala kaedah pahlawan
Tiga belas langkah maju dan undur
Terselit kaedah dan juga akidah
Tenangkakan diri supaya subur
Musuh memandang menjadi gundah
Hikayat hikmat dikitab usang
Segalanya disurat pendita guru
Kiam didada tangan yang gasang
Menutup lemudi engkarkan seteru
Tapak kiri memula langkah
Jalan rahsia penuh berisi
Jejak hulubalang jangan disanggah
Petua adabnya berzaman diwarisi
Tetak sidai nama penetak
Kaedah ini ulama amalkan
Niatkan dihati alif yang tegak
Inilah rahsia kota keselamatan
Sekerling itu mainan langkah
Terselit sikit tipu muslihat
Urutan mainan jangan dibantah
Ikutkan saja apa yang tersirat
Bersilat dulu didalam bangsal
Zaman sekarang tiada lagi begitu
Tapak empat itu mainan asal
Terhimpun ilmu panglima melayu
Gayung kita bukanlah hebat
Silat ini mencari saudara
Pecahan empat kalimah keramat
Itu makna gerak dan suara
Petua melilit teguh kedudukan
Ekor mata jangan diabaikan
Gerak musuh elok perhatikan
Diamnya p**a kena waspadakan
Gayung pulut tarinya indah
Kata orang terselit seribu makna
Masuk galang tengah bukanlah mudah
Tersumbang langkah kita yang kena
Petua guru bukan sebarangan
Elok disemat didalam hati
Sekat tumbuk mula serangan
Cara menyambut perlu perhati
Jangan merapu masa latihan
Turuti lah segala ajaran
Awalnya hafal kenal kedudukan
Barulah mudah beroleh pedoman
Tumbuk kanan mula serangan
Menyusul p**a tumbuk kiri
Pantang murid buat bangkangan
Tersilap gerak memakan diri
Semasa bertempur mesti berjaga
Jangan bersifat tabiat berleka
Pancung belah serangan ketiga
Simbor kiri penyudah bela
Paras kelima tak bererti sudah
Itu mainan senjata panjang
Menyambut seteru mesti pelemah
Tak kira gagah atau pun gasang
Setiap kunci ada lemahnya
Jangan hairan kalau terbuka
Gayung asal tamat semuanya
Mengkaji p**a jalan petua
Duduk tawaduk mula mengenal
Langkah tiga sim rahsianya
Jalan bergayung kena beramal
Semoga ilmu tidak sesia..
Empat pendekar dalam gelanggang
Cukup berlima dengan gurunya
Bukan kosong ketika berlenggang
Bahkan terselit pelbagai rahsianya
Lidah masin amalkan isim
Zikirnya sambung menyambung
Hidup pesilat mogalah alim
Dijauhi p**a sifat yang menyombong
Ada yang mencari
Didalam seni silat
Ada yang mencuri
Melanggar adat
Ada kias dalam tari
Susah payah jangan lari
Ada ilmu dalam langkah
Pesanan baik jangan disanggah
Tamsil dibangsal buat pedoman
Bawa tauhid dalam permainan
Kias bersireh pinang meminang ilmu
Berpasangan berdameh tiada aku kamu
Tapak empat pecahan usul
Furu'nya jangan tersasul
Kalau ditegur hendaklah bersyukur
Jangan bermasam hati yang kufur
Tegak berdiri isyarat teguh
Tanda iman sangat kukuh
Bertari menghurai makna
Rujuk keguru supaya kena
Tapak empat banyak rahsia
Kisahnya ada akhirat dan dunia
Melilit bagaikan bertawaf
Hati yang sombong wajib diinsaf
Galah panjang sempadan jarak
Hidup mati tak dapat diagak
Silat itu dikatakan silaturahim
Padanya ada Bismillahi rahmani rahim
Rendahkan diri bawa gelas kosong
Menuntut ilmu janganlah sombong
Kalau bawa gunung yang tinggi
Apapun tak dapat jadilah rugi
Pada ilmu harap ada berkat
Supaya tidak beroleh laknat
Orang belajar didoakan malaikat
Supaya bertimbun turunnya rahmat
Orang beramal beroleh keselamatan
Dijauhkan dari tipudaya setan
Orang istiqomah dikasih Tuhan
Itulah bezanya jiwa keiklasan
Wahai Tuhanku berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama dan hubungkanlah daku dengan orang orang yang soleh dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang orang yang datang kemudian dan jadikanlah daku dari orang orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim. (Surah Asy-Syuβaraa: 83-85)
- Abi Chai Al Ajami -
14/06/2026
Alhamdulillah
Sekitar Majlis Sireh Pinang
Perguruan Gayong Pulut 100 Hari
Bertempat di Tanjung Malim
12 Jun 2026 di bawah bimbingan GuruLatih Abi Chai Al Ajami dengan seliaan dari Cikgu Teguh Nawan . Insyaallah semoga segalanya dipermudahkan oleh Nya.