Sport Rim dan Tayar Murah

Sport Rim dan Tayar Murah

Share

MENJUAL RIM DAN TAYAR SECOND MURAH

JAUH KITA POS!

18/08/2026

Thanks for being a top engager and making it on to my weekly engagement list! 🎉 Mohd Sharizan, Rofiqi Sarmidi, Noor Azida, Tio Anyar, Nahid Haque, Vaiyshnavi Thiagarajan, Muhd ILvira, Arga Raharja, Lontong Pecel Lele Gado-gado

Photos from Sport Rim dan Tayar Murah's post 18/08/2026

MODA Sporter S SKII kini rasmi di Malaysia 🔥

Super scooter ni datang dengan naik taraf yang memang fokus pada pengalaman penunggang — lebih moden, lebih praktikal, dan lebih sporty.

Antara highlight menarik:
✅ Skrin sentuh TFT 7 inci yang lebih besar & jelas
✅ Suis pelbagai fungsi baharu
✅ Kamera pemuka HD di bahagian hadapan
✅ Pengadang angin boleh laras secara elektronik
✅ Lampu isyarat berintensiti tinggi & DRL baharu
✅ Winglet aerodinamik baharu
✅ Suspensi belakang dipertingkatkan untuk tunggangan lebih stabil & selesa

Pilihan warna pun memang cun:
▫️Porsch White
▫️Titan Blue

💰 Harga: RM17,988
*Tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan & insurans.

Bagi yang nak sebuah skuter yang sporty, lengkap dengan teknologi moden, dan sesuai untuk kegunaan harian atau ride santai, MODA Sporter S SKII memang nampak menarik.

17/08/2026

SELAMAT PAGI

Menu nasi lemak untuk breakfast harini.

14/08/2026

Penjual burger dituduh rogol budak 12 tahun baru sehari kenal

Muar: "Kalau macam ini (rogol) bukan silap langkah. Awak dah tahu itu kesalahan kenapa buat? Sekarang awak sudah menyusahkan ibu bapa."

Demikian teguran Hakim Mahkamah Sesyen, Emelia Kaswati Mohamad Khalid terhadap seorang penjual burger yang didakwa merogol kanak-kanak berusia 12 tahun, Mei lalu.

Teguran itu dibuat selepas tertuduh Mohamad Akhil Yusuf, 24, yang mengaku tidak bersalah ketika mengemukakan rayuan bagi meringankan ikat jamin dikenakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Tangkak pada jam 3 pagi, 29 Mei lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Berdasarkan laporan polis, tertuduh baru sehari mengenali mangsa sebelum mereka keluar bersama-sama menaiki kereta.

Namun, tertuduh memberhentikan kenderaan di tepi jalan tidak jauh dari rumah mangsa lalu mengajaknya melakukan perbuatan itu di tempat duduk belakang.

Kejadian itu terbongkar apabila ibu mangsa terbaca kandungan mesej mengandungi unsur lucah dalam telefon miliknya.

Selepas disoal oleh ibunya, mangsa mengaku pernah melakukan perbuatan itu dengan tertuduh dan laporan polis dibuat pada 3 Jun lalu dengan tertuduh ditahan pada 7 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amira Sapian, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM8,000 dan memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran setiap Isnin pertama dan melarangnya mendekati mangsa atau keluarganya atau mana-mana saksi dalam apa jua medium termasuk media sosial.

Kes disebut semula pada 17 September ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh.

Disiarkan pada: Ogos 12, 2026 @ 2:57pm
Alias Abd Rani
[email protected]
Kredit ➡️ Harian Metro

12/08/2026

Dik akak nak cakap kalo Air ko dah ujung pala & yg pompuan klentiks dah bergegar pi cari Oyo .. depan rezeki & tempat awam ko main gentel2 memang siel

10/08/2026

AKU TAMPAR SAMI SIAM

Aku tampar sami siam tu sampai berterabur lilin pemujaan dia. Terbakar tempat pemujaan dia. Akibat dia aku, adik aku dengan kawan aku terbaring atas api terkena jurus maut. Sapa nak dengar park. Ini cerita ekslusif. Real dari pahlawan berani mati. 5 minit ambik mood.

Cerita ni jadi masa aku betul betul tengah semangat membara nak musnahkan sihir dalam dunia. Hahaha.

Aku baru baru graduate orang kata. Baru lulus so aku memang akan tunggu job job besar untuk aku join. Duit letak tepi sat. Pengalaman lebih penting. Aku dok tunggu abang wan call aku untuk ajak berubat orang. Masa ni tak berani jalan sendiri lagi. Sebab baru putuih susu orang kedah kata.

So memang tunggu ja abang wan call aku untuk assist dia. Hari hari tanya dalam group takda job ka hari ni? 😂

Sampai la satu hari nombor abang wan naik dekat screen fon aku. Abang Wan calling…

"Halo pakdin ada mana? Kedai ka?"

Dia tanya aku. Salam pun tak bagi. Aku jawab.

"Kedai la mana lagi. Awat? Ada apa apa ka?"

"Adaa laaa malam ni mai rumah. Ada perang besar dia cakap."

Aku semangat dah. Tak sabar nak tunggu malam. 😂

Malam tu sampai, aku habis meniaga aku balik mandi semayang siap siap aku p rumah dia dengan adik aku dan kawan aku sorang. Kami sampai, dia ajak masuk rumah dia sambil bini dia dok bawak dulang ayaq teh o panas.

Aku duduk sambil kunci diri. Aku buat kalut tanya. Haa bila nak start. Darah panas dah ni. 😂

"Kemaih hg noh. Hg dok relax sat. Minum ayaq dulu. Sat g kena takdan minum ayaq baru ada akai."

Hee aku gelak ja. Aku kata malam ni sapa mai pun lawan aihh.

Sambil dok hirup ayaq panaih tu, tiba tiba abang wan bawak keluar sekeping gambar. Gambar perempuan. Lawa. Aku kata

"Gambar bini no 2 ka? Ka nak kami p masuk minang?"

Bini dia usyar aku dari jauh ja.

"Hg jangan lebih pakdin. Sat g teko ni terbang."

Sahut bini abang wan. Aku renyeh ja. Besa la loklaq.

Dok sat tu abang wan cakap.

"Pompuan ni anak kawan dia. Kena pengasih siam. Kawan dia mintak tolong kita p serang bomoh yang buat ni."

Aku tanya la minyak tarik dak lagi? Abang wan seluk poket baju melayu dia, dia tunjuk satu minyak. Dia kata dia dah tarik semalam. Hari ni kita nak lawan dengan bomoh siam ni.

Kami pun pasak diri kami dan abang wan mulakan jurus untuk tutup pandangan arah serangan.

Supppp abang wan hantar jurus ke rumah lelaki yang sihir perempuan dalam gambaq tadi. Memang nampak dia terbatuk. Dia balas serangan tu, straight sekali dengan bomoh pun hantar serangan jugak. Abang wan mintak kami cover dia. Tepis kiri kanan serangan yang mai.

Kalau nak tau serangan tu mai macam mana hampa boleh bayang cerita kunfu hustle yang scene ada dua orang petik gitar ada parang melayang mai. Sebijik macam tu. Jurus senjata ghaib.

Aku yang tadi darah panas tiba tiba seroooot masuk dalam. Jadi siput. Anak haram. Apa dia yang dok mai ni.

Abang wan perasan macam aku dok ralit. Dia marah aku.

"Hg dok ralit apa pakdin. Tepis la. Sat g kena tempias teruk."

Aku jadi sedaq balik. Aku buat balik jurus tepis tu. Aku cakap macam mana serangan macam ni boleh mai? Kalau kena jadi apa? Banyak soalan mai dalam kepala aku. Banyak benda aku nak tanya. Tapi masa tak sesuai.

Aku sikit sebanyak takut jugak masa tu. Tadi nampak macam pahlawan. Kena macam ni aku tiba tiba jadi takut. Kami pecah dua kumpulan. Satu kumpulan p rumah laki tu, satu kumpulan lagi, p tokong tempat sami dok puja tu.

Aku ada lah orang yang kena p tokong tu. Sebab aku yang mintak. Abang wan bagi. Tiga orang p tokong, tiga orang p rumah laki tu. Abang wan cakap, ikat laki tu. Jangan bagi dia bangun.

Tapi laki ni gagah. Bukan calang calang ilmu jugak. Dia boleh lawan. Dalam dok kena ikat dia boleh bawak keluar jurus dari mulut. Sambil tu dia dok dapat bantuan dari bomoh siam tadi.

So aku dengan lagi dua orang dok tahan serangan bomoh tadi dari kena kat depa. Dah macam medan perang dah. Aku jurus hg, hg balas balik. Aku tiup hg tiup. Memang kami pun terenjak sikit kebelakang.

Aku terlepas pandang satu jurus kena dekat perut aku. Muntah penuh lantai. Madi pagar rumah aku. Abang wan kata.

"Angah. Tarik bawak keluar bisa dari pakdin. Sat g muntah tak berenti."

Angah pun tarik bisa dari badan aku. Memang agak lemah aku masa tu. Tapi semangat tak patah.

"Macam mana pakdin? Boleh p lagi dak."

Aku langut aku cakap,

"Lawan. Kena tu kena dah. Lawan aku kata."

Abang wan cakap okay. Lani hampa tiga p hantar balik minyak ni balik tokong. Kami bawak minyak tu secara makrifat kami bawak p ke tokong. Tugas dia mudah. Hantar minyak dan balik. Tapi aku jenis ketegaq. Aku masuk dalam tokong aku cari orang. Aku nampak ada satu sami dok puja barang keliling lilin.

Aku masuk dari belakang, aku kuis bahu sami tu, elok dia langut aku bagi penampar makrifat. Berselerak lilin keliling dia terbakar tempat puja dia.

"Allahuakbar, hg buat apa pakdinnn."

Jerkah abang wan.

Aku suruh p hantar minyak tu lepas tu patah balik ja. Awat hg lawan cakap aku.

Dan dan kami dengar gema mantra siam. Suksik suksik. Dengar mcm orang dok berzikir, dengan gema bunyi tempurung yang dia dok katok tu. Suksik suksik tok tok tok. Selang seli mantra dan ketukan tempurung tu.

Aku tiba tiba jadi berdesing. Nyinggggg Aku dengar suara perempuan gelak. Semua orang dengar.

Dok sat kami dengar suara lelaki gelak sambil cakap.

"Hahahaha, ampa takkan dapat balik perempuan tu. Dia dah jadi hamba akuuu. Hahaha."

Abang wan kepal tangan hantar jurus tumbukan. Diam sat suara lelaki. Kami dengar suara perempuan teriak pulak. Memang kacau bilau dalam fikiran kami.

Dalam masa yang sama aku terasa bahang yang sangat panas. Angah pun rasa adik aku pun rasa.

"Abang wan. Apa yang panas sangat ni?"

Aku tanya.

"Depa hantar api dekat ampa laaa. Hg la punca pakdin."

Aku balas,

"Aku geram tengok sami tu. Tak boleh bagi muka."

Tiba tiba. Adik aku terenjak ke belakang. Dia pegang dada, mata merah, hidung keluar darah.

"Tarik bisa tu bawak keluar pakdin. Depa ni memang tak main main dgn kita. Memang nak kita sakit sungguh"

Madi kata,

"Kena perabis malam ni jugak. Kita masuk cari pasai dah. Tak boleh patah balik dah."

Abang wan angguk.

Dia buat putaran angin dengan tangan dia tolak masuk ke sami tu. Nampak terpelanting ke belakang. Madi masuk hantar jurus tumbukan. Satu dekat dada satu dekat perut. Muntah darah sami tu. Tak boleh bangun dah. Laki tadi yang depa ikat memang kami belasah sampai lunyai. Abang wan ikat sukma dia. Sampai hari ni bodo. Duduk dalam rumah tak keluar dah.

Abang wan kata, Perbuatan dia salah. Dia tak boleh ikat sukma orang. Kalau ikut hati dia nk sembelih ja. Tapi teringat guru kami dia cuma tarik sukma laki tu ja.

Angah membe aku kena jugak jurus dekat dada. Dia dan tepis lekat bekas jugak mcm melecur dekat dada dia. Dia balas balik jurus tu then taktau jadi apa.

Aku pulak meniarap atas lantai dah. Kena guling atas api. Adik aku pun sama. Abang wan kata.

"Boleh lagi ka pakdin?"

Aku tak boleh jawab dah. Hilang suara.

Teruk jugak abang wan nak bawak keluar bisa bara api dekat aku dengan adik aku.

Dia pesan. Lain kali jangan seronok sangat. Ni bukan game. Tengok dah jadi apa. Aku diam ja tak melawan.

Banyak hari jugak aku nk recover sakit badan. Hitam rentung kulit aku. Tapi Alhamdulillah aku selamat.

Sejak tu aku jaga la kata kata aku. Aku tak pandang rendah dengan ilmu orang. Aku ingatkan seronok boleh main jurus ni. Rupanya ada orang lagi terer dari aku. Awat tak terer nama pun bomoh 😂

Tammat

Macam biasa , sapa nak ebook boleh komen 'nak ebook' di ruangan komen ya , makasih saka saka semua sebab slalu sapot pakdin 😘

Disclaimer , saya bukan pakdin , saya cuma publish cerita pakdin dgn izin pakdin shj dan tolong pakdin jual ebook dia 😁

10/08/2026

Abah tinggal aku 4beradik dengan mak masa aku darjah 2 tanpa 1sen nafkah. Duk bela bini muda dengan anak² baru 4ekor. Mak yang banting tulang besarkan anak² tanpa figura seorang suami. Tuntut fasakh bertahun baru settle. Aku 4beradik semua perempuan, dah terbiasa hidup takde bapak.

Bila semua dah besar, dia dah tua, datang merenyeh nak menumpang duduk dengan aku sebab nak lari dari org cari sebab hutang, dengan harapan aku dengan adik² bayarkan hutang dia. Maaf lah. Aku taknak.

Dia cakap aku akan menyesal, taknak walikan semua bila nak kahwin. Dia ingat aku dengan adik² kisah ke dengan ugutan? Last² dapat call dari hospital, dia meninggal kena pukul. Takde waris datang tuntut sebab dia sain borang dia takde waris tapi hospital dapat cari kami semua. Aku 4beradik takde sorang pun yang peduli.

Alang² dia dah sign borang takde waris masa masih hidup, memang kami tak pergi tuntut. Setitik air mata pun takde. Biarlah org nak cop anak derhaka atau apa, pi mamp0s.

Strugglenya aku adik beradik nak hidup masih kecik² dulu, sakitnya masih terasa sampai sekarang. Aku tak boleh nak terima dan maafkan dia. - xoxoxoxoxoo

09/08/2026

Alkisah hiking tadi, terjumpa cendawan.

Apa nama cendawan ni ye, boleh makan ke? 🤔

08/08/2026

Katanya berlaku kes rogoll melibatkan rohingya dan mangsa wanita melayu status OKU di Bakau Tinggi Kemaman.

Kejadian menimbulkan kemarahan orang ramai dan pihak polis berusaha mententeramkan keadaan yang dikira panas saat ini dan meminta orang ramai bersurai. Lokasi depan Flat Injin Gergaji Kg Bakau Tinggi Kemaman. 😤

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Shah Alam
42500