KILAT FC Barat Daya

KILAT FC Barat Daya

Share

Team kawan-kawan..semangat mau ada... Champion FA Cup Barat Daya 2016

Photos from KILAT FC Barat Daya's post 02/03/2020

Trip Kilat FC ke Shah Alam, Selangor pada 29 Feb 2020 hingga 1 Mac 2020.. Dalam trip ini, sebanyak 2 perlawanan persahabatan telah diadakan bagi memantapkan Pasukan Kilat FC dalam mengharungi cabaran tahun 2020.. Perlawanan pertama di antara Kilat FC vs Shah Alam United (FT: 2-3), manakala perlawanan kedua di antara Kilat FC vs Kg. Six FC (FT: 3-1)..

Alhamdulillah, segala yang dirancang telah berlangsung dengan baik dan diharapkan trip ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara pemain-pemain.. Bagi pihak pengurusan Kilat FC, kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan trip Kilat FC ke Shah Alam ini.. Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan.. In Shaa Allah, kita jumpa lagi pada trip akan datang..




Photos from KILAT FC Barat Daya's post 31/01/2020

Majlis makan malam KILAT FC


31/01/2020

Majlis makan malam KILAT FC..

Photos from KILAT FC Barat Daya's post 31/03/2019

Bendera Kilat FC berkibar megah di Puncak Gunung Pulag, Philippines.. misi ke puncak gunung ini telah diketuai oleh Abg Bad selaku Pengurus Pasukan serta Cikgu Arip, Pa'an dan Hafreez pada 23 MAC 2019 hingga 28 MAC 2019 lalu.. tahniah diucapkan.. πŸ‘

Gunung Pulag merupakan puncak gunung ketiga yang telah berjaya ditawan oleh Kilat FC dalam tempoh 3 tahun selepas Gunung Kinabalu, Sabah (2017) dan Gunung Rinjani, Indonesia (2018).. In Shaa Allah pada tahun hadapan, Kilat FC akan meneruskan misi seterusnya di Gunung Fansipan yang terletak di Vietnam.. πŸ˜€

15/03/2019

Assalamualaikum semua warga Kilat FC dan penyokong-penyokong.. DUKACITA dimaklumkan bahawa perjuangan Kilat FC dalam Piala FA Daerah Barat Daya telah TAMAT setakat ini sahaja..

Walaupun Kilat FC berjaya menewaskan Sungai Rusa FC dalam pusingan pertama, namun terdapat beberapa isu yg telah DIPROTES oleh pihak Sungai Rusa FC terhadap pasukan Kilat FC sehingga menyebabkan Kilat FC disingkirkan dari perlawanan Piala FA..

Kilat FC terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh pihak Jawatankuasa Pertandingan Piala FA Daerah Barat Daya dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan.. Dalam isu ini, terdapat sedikit perkara yang terlepas pandang dari pihak pengurusan Kilat FC tentang syarat-syarat pertandingan..

Dengan ini, pihak pengurusan Kilat FC memohon maaf kepada semua pemain-pemain Kilat FC dan penyokong-penyokong berhubung perkara ini.. In Shaa Allah perjuangan pasukan Kilat FC tidak akan terhenti setakat ini sahaja dan diharapkan pemain-pemain terus menjalinkan hubungan silaturrahim sebagai satu pasukan bolasepak yang DIGERUNI dalam Liga Bolasepak Daerah Barat Daya..

Semoga kita berjumpa lagi pada saingan Piala Sumbangsih dan Liga Daerah Barat Daya bagi musim 2019 akan datang..


Photos from KILAT FC Barat Daya's post 08/03/2019

Alhamdulillah.. Kilat FC berjaya melangkah ke Pusingan Kedua Piala FA Daerah Barat Daya.. perlawanan masa sebenar yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.. keputusan sepakan penalti, Kilat FC (3) vs (0) Sungai Rusa FC.. tahniah guys.. πŸ’ͺπŸ»πŸ˜€

07/03/2019

setelah berehat panjang, Kilat FC kembali ke padang untuk merebut Piala FA Daerah Barat Daya.. jangan lupa saksikan pertemuan pusingan pertama Kilat FC petang esok..

Photos from KILAT FC Barat Daya's post 23/12/2018

Alhamdulillah.. satu jaringan telah cukup untuk menobatkan KILAT FC sebagai Juara Liga Daerah Barat Daya bagi musim 2018.. tahniah guys.. πŸ‘ well done.. πŸ‘

ucapan tahniah juga kpd Pasukan Exara SS FC yang berjaya memberi cabaran dan bermain dgn semangat kesukanan yang tinggi.. kami di Kilat FC memohon maaf di atas kesilapan kami sepanjang perlawanan akhir tadi.. kita jumpa lg di musim akan datang.. In Shaa Allah..

FT : Kilat FC (1) vs (0) Exara SS FC



21/12/2018

adakah trofi kejuaraan milik kami???
sama2 kita saksikan dan tunggu keputusan penuh pada perlawanan akhir nanti.. good luck guys.. all the best.. fightinggg.. πŸ’ͺ🏻😠



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Shah Alam