13/08/2026
Latihan Bola Sepak Caliphs United FC pada minggu ini. pendaftaran pelatih juga kini dibuka.
Kelab Bola Sepak Khalifah Bersatu (Caliphs United FC) merupakan sebuah kelab bola sepak akar umbi yang berpusat di sungai chua, Kajang , Selangor.
13/08/2026
Latihan Bola Sepak Caliphs United FC pada minggu ini. pendaftaran pelatih juga kini dibuka.
06/08/2026
CUFC U8 layak ke pusingan 32 Liga Junior FAS 2026 setelah meraih Juara Kumpulan C. Tahniah buat pemain & Jurulatih.
05/08/2026
Mencari Kelab Bola Sepak untuk anak anda?
Kini Caliphs United FC menerima pelatih berumur 5-14 tahun.
Bagi yang berada di Kajang, Bandar Baru Bangi & Sekitarnya
jom sertai Sesi Percubaan percuma bagi pertama kali hadir.
Info Latihan
- Latihan Setiap Sabtu & Ahad
- Latihan pada jam 8.00-10.00 pagi
- Latihan di Padang Taman Kajang Raya, Sg.Chua Kajang .
Info Kelab
- Kelab berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia
- Kelab di Sokong oleh Pejabat Belia Dan Sukan Hulu Langat.
- Kelab aktif menyertai Liga dan Kejohanan Bola Sepak.
- Dilatih jurulatih berpengalaman dan bertauliah FAM.
Info Pendaftaran
- Yuran Pendaftaran = RM130
- Yuran Bulanan = RM50
Setiap Pendaftaran akan menerima
- 2 helai jersi pasukan
- 1 helai seluar
- 1 pasang stokin
- 1 pasang shin pad
- 1 buah beg pasukan
Untuk Pendaftaran pelatih 011-5114 7112
www.wasap.my/601151147112/PendaftaranCUFC
Latihan Caliphs United FC - 2 Ogos 2026
# cufc
Latihan Caliphs United FC - 1 Ogos 2026
01/08/2026
Meraih keputusan yang positif di peringkat kumpulan akhirnya berjaya melayakkan diri ke Pusingan 32 Liga Junior FAS 2026 bagi kateogri U8.
Dengan kadar win rate 100% diharapkan para pemain kekal fokus untuk peringkat kalah mati selepas ini. InshaAllah.
29/07/2026
Jadual Latihan Caliphs United FC Bulan Ogos 2026
26/07/2026
Keputusan perlawanan Minggu ke-4 Liga Junior FAS 2026 bagi kategori U8. Terus melangkah lebih jauh dan kekalkan semangat positif dalam berpasukan.
Bermain dengan semangat dan kekalkan adab yang baik diatas padangZ
25/07/2026
Tahniah Caliphs United FC U7 πππ
Meraih Johan di tournament Supergila Soccer di One Tiger Arena Kajang pada 25 Julai 2026. Menewaskan beberapa kelab elite di sekitar selangor dan menampilkan permainan yang meyakinkan telah membuahkan hasil.
Dibarisi pemain berumur 7 dan 6 tahun telah mencatat keputusan positif. Tahniah kepada semua pemain yang terlibat dan semoga meraih lebih banyak kejuaraan di masa akan datang.
Tahniah ππ»ππ»ππ»πππ
20/07/2026
Sekalung tahniah buat pelatih U6 Caliphs United FC iaitu Ahmad Alqarni yang mewakili PASTI Selangor dimana telah berjaya menjulang Kejuaraan di Kejohanan Bola Sepak PASTI Malaysia 2026.
Beliau turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik dan penjaring terbanyak kejohanan dengan 11 gol. Mula berlatih bersama Caliphs United FC pada umur 5 tahun pada Januari 2025. Kini telah bersinar di kejohanan peringkat kebangsaan.
Tahniah diucapkan dan semoga menjadi inspirasi kepada pelatih kelab untuk terus lakukan yang terbaik di dalam dan luar padang.