SKBJ Wolfpack Archery Club

SKBJ Wolfpack Archery Club

Share

SK Bukit Jelutong, High Performance School Archery Club was established in year 2014. Won many Medal

13/07/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Ibu Bapa/Penjaga serta Pemanah sekalian 🏹

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan TERIMA KASIH kepada semua yang menjayakan SKBJWP-SAAC Development Tournament.

🏹Buat Ibu Bapa serta Jurulatih: Terima kasih atas sokongan padu, komitmen, dan sorakan semangat yang tidak putus-putus sepanjang kejohanan. Sokongan anda adalah tulang belakang kejayaan anak-anak.

🏹Buat Pemanah: Syabas dan tahniah! Setiap anak panah yang dilepaskan adalah proses pembelajaran yang matang. Menang atau kalah, teruskan usaha dan momentum latihan!

Semoga kejohanan ini menjadi batu loncatan untuk para pemanah kita melangkah lebih jauh.
Harap dimaafkan juga jika ada sebarang kekurangan sepanjang program berlangsung. Segala yang baik datang daripada Allah Swt juga.

Jumpa lagi di kejohanan akan datang! 🎯✨

Ikhlas,
BJWP-SAAC




03/07/2026

🎯 7 HARI SAJA LAGI! 🎯
Debaran kian terasa. Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum berlangsungnya SKBJWP-SAAC Development Tournament 2026!

Sediakan busur, mantapkan fokus, dan jom tunjukkan aksi terbaik anda.

"The target is near, let's aim for greatness!" 🏹

Focus. Aim. Achieve. Jumpa di sana!




Photos from SKBJ Wolfpack Archery Club's post 02/07/2026

⏳ TINGGAL 8 HARI SAHAJA LAGI! ⏳

Debaran semakin terasa! Adakah wira dan wirawati memanah anda sudah bersedia untuk beraksi? 🏹🎯
SKBJWP-SAAC Development Tournament 2026 bakal bermula tidak lama lagi!

📅 Tarikh Kejohanan: 10 hingga 12 Julai 2026
📍 Tempat: SK Bukit Jelutong

Inilah masanya untuk anak-anak kita menyerlahkan potensi, menguji ketepatan fokus, dan yang paling penting... merebut peluang markah sasaran PAJSK Peringkat Kebangsaan! 🇲🇾✨
Kepada peserta yang sudah mendaftar, teruskan latihan dan pastikan kelengkapan anda dalam keadaan terbaik.

Ayuh, sasar hari ini, juara esok! Kita jumpa di sana! 👋




Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


No 6 Jln Serambi U8/21
Shah Alam
40150