Universiti Selangor

Universiti Selangor

Share

Education Provider In a span of 11 years UNISEL has undergone through several stages of development in its effort to produce graduates to meet national needs.

Various initiatives have been outlined to make UNISEL a reputable university, not only with respect to the graduates it produces, but also through the involvement of its academic staff in research and innovation. UNISEL is a Private Institution of Higher Learning registered in August 24, 1999. UNISEL offers more than just quality education. With over 85 diploma, undergraduate, post-graduate degree

Photos from Universiti Selangor's post 10/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐†๐„๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐„๐‹๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 38 orang ketua penyelidik Universiti Selangor (UNISEL) yang telah berjaya terpilih menerima tawaran Geran Penyelidikan dan Inovasi Negeri Selangor (SELidik 2026).

Majlis Simbolik penyerahan tawaran geran telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor serta disaksikan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Emeritus Ir. Dato' Dr. Hassan Bin Basri bersama barisan pengurusan tertinggi universiti bertempat di Foyer Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Geran Penyelidikan dan Inovasi Pembangunan Negeri Selangor (SELidik 2026), yang dilaksanakan di bawah Program Geran Khas Universiti Selangor (UNISEL), merupakan inisiatif khusus bagi menyokong pegawai akademik dan penyelidik UNISEL dalam melaksanakan penyelidikan yang berkualiti, berimpak tinggi serta memberi manfaat kepada pembangunan Negeri Selangor.

Bagi tahun 2026, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan dana berjumlah RM840,000 kepada UNISEL bagi memperkukuhkan ekosistem penyelidikan, inovasi dan pemindahan ilmu di universiti.

Geran SELidik 2026 merangkumi empat kategori utama, iaitu Geran Penyelidikan Sains dan Teknologi (ST) dengan siling pembiayaan sehingga RM30,000, Geran Penyelidikan Sains Sosial (SS) sehingga RM20,000, Geran Pembangunan Komuniti (PK) sehingga RM15,000, serta Geran Sepadan dengan siling pembiayaan RM10,000.

Penetapan siling pembiayaan mengikut kategori ini merupakan satu pendekatan strategik bagi memperluaskan peluang penyertaan penyelidik sebagai Penyelidik Utama (Principal Investigator, PI), di samping membolehkan lebih banyak projek penyelidikan dilaksanakan.

Langkah ini dijangka meningkatkan penghasilan penerbitan, inovasi, pemindahan ilmu, jaringan strategik serta impak penyelidikan yang dapat dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri, industri dan masyarakat.

Geran SELidik 2026 turut menjadi salah satu inisiatif penting Kerajaan Negeri Selangor dalam menggalakkan penghasilan penyelidikan yang berkualiti tinggi, inovatif dan berorientasikan penyelesaian isu-isu semasa negeri. Keutamaan pembiayaan diberikan kepada projek-projek yang menyokong enam teras utama Rancangan Selangor Kedua (RS-2), sejajar dengan aspirasi pembangunan mampan dan agenda kemajuan Negeri Selangor.

Bagi tahun ini, sebanyak 38 projek penyelidikan telah diluluskan pembiayaan, melibatkan 15 projek dalam kategori Sains dan Teknologi (ST), 11 projek Sains Sosial (SS), 11 projek Pembangunan Komuniti (PK) serta 1 projek Geran Sepadan (SPDN). Keseluruhan projek tersebut melibatkan penyelidik daripada enam fakulti di UNISEL yang merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan disiplin penyelidikan.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen serta keupayaan penyelidik UNISEL dalam menghasilkan penyelidikan yang berkualiti, relevan dan berimpak tinggi. Pada masa yang sama, ia memperkukuhkan peranan UNISEL sebagai rakan strategik Kerajaan Negeri Selangor dalam menjayakan pelaksanaan Rancangan Selangor Kedua (RS-2), sekali gus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi, kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negeri melalui penyelidikan, inovasi serta pemindahan ilmu.

UNISEL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor atas kepercayaan dan sokongan berterusan dalam memperkasakan agenda penyelidikan universiti. Diharapkan pembiayaan melalui Geran SELidik 2026 akan terus menjadi pemangkin kepada penghasilan penyelidikan yang berkualiti, inovatif dan berimpak tinggi demi manfaat negeri, negara dan masyarakat keseluruhannya.

JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
10 Ogos 2026

Photos from Universiti Selangor's post 06/08/2026

๐Š๐”๐‹๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐‡๐”๐‡๐€: ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐’๐„๐“๐„๐†๐”๐‡ ๐€๐’๐ˆ๐€๐‡

6 Ogos 2026 (Khamis) : Kuliah Dhuha bertajuk Menjadi Wanita Seteguh Asiah telah berjaya dianjurkan oleh Biro Muslimat Masjid Unisel dengan penyertaan seramai lebih 200 orang peserta.

Kuliah Dhuha ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustazah Raudhah Rozli. Program ini menghimpunkan staf Universiti Selangor (UNISEL), muslimat dari Kampung Bestari Jaya, Kampung Bukit Badong, Jaya Setia dan muslimat sekitar Bestari Jaya serta masyarakat setempat.

Majlis turut dihadiri oleh Puan Nor Akmariah binti Abdullah, Timbalan Nazir Masjid UNISEL, Puan Hafiza Ab Hamid selaku Pengarah Program merangkap Ketua Biro Muslimat Unisel, barisan Ahli Jawatankuasa Biro Muslimat Masjid UNISEL.

Penganjuran kuliah ini bertujuan menyemai penghayatan terhadap sifat-sifat mulia Saidatina Asiah sebagai contoh wanita beriman yang teguh mempertahankan akidah, sabar menghadapi ujian serta sentiasa meletakkan ketaatan kepada Allah SWT sebagai keutamaan.

Perkongsian ilmu yang disampaikan memberi inspirasi kepada para peserta untuk memperkukuh keimanan, membina ketabahan diri dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Program ini diharapkan dapat menjadi medium penyebaran ilmu yang bermanfaat serta mengeratkan hubungan ukhuwah dalam kalangan warga UNISEL dan komuniti setempat, sekali gus menyemarakkan budaya menuntut ilmu dan penghayatan Islam dalam masyarakat.

JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
6 Ogos 2026

06/08/2026

All the best buat Pasukan Staf UNISEL!

Selamat berjuang kepada atlet-atlet staf UNISEL yang akan menyertai MASISWA Networking Games di UNIKL MSI, Kulim Kedah bermula 6-9 Ogos 2026.

Semoga beroleh kejayaan dan sekaligus mengharumkan nama UNISEL.

Lawan sampai menang!




06/08/2026

Inisiatif ini merupakan satu langkah penting ke arah merealisasikan aspirasi Pendidikan Tertiari Percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor pada masa hadapan.

Ini merupakan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperluaskan akses kepada pendidikan tinggi yang berkualiti, inklusif dan mampu dinikmati oleh semua demi melahirkan generasi berilmu serta berdaya saing.


#๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ

Photos from Universiti Selangor's post 06/08/2026

๐‚๐ˆ๐๐“๐€ ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐”๐๐ˆ๐’๐„๐‹: ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐€๐’๐€๐’

Universiti Selangor (UNISEL) terus komited melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing menerusi sesi Pengambilan Ogos 2026, yang bermula pada hari ini dengan tumpuan khusus kepada Program Asas (Asasi) bagi lepasan SPM dan setaraf.

โ€‹Suasana pendaftaran pelajar baharu di Kampus Bestari Jaya berlangsung meriah seawal jam 8.30 pagi. Para pelajar dan ibu bapa hadir membawa impian baharu untuk memulakan langkah pertama ke alam pengajian tinggi menerusi persediaan di peringkat pengajian Program Asas.
โ€‹
โ€‹Program Asas di UNISEL dirangka khas sebagai jambatan akademik yang kukuh sebelum pelajar melangkah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pelbagai kursus ditawarkan seperti Program Asas Sains, Program Asas Pengurusan, Program Asas Teknologi Maklumat, Program Asas Sastera, Program Asas Tesl dan Program Asas Pengajian Islam.

Program Asas ini juga merupakan laluan pantas & laluan terus (Direct Pathway) ke program Ijazah Sarjana Muda pilihan di UNISEL.

Dalam pada itu, UNISEL turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri Selangor dengan menawarkan Yuran Pengajian Percuma /Dermasiswa melalui Biasiswa Asas UNISEL (bagi calon yang layak) bagi mengurangkan beban kewangan keluarga.

โ€‹Turut hadir menyambut kehadiran pelajar baharu ialah Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Dato' Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL. Beliau menegaskan bahawa Program Asas di UNISEL bukan sekadar persediaan akademik, malah medan pembentukan sahsiah dan kepimpinan pelajar.

โ€‹Daftar Sekarang Untuk Sesi Kemasukan Ogos 2026. โ€‹Bagi lepasan SPM yang masih mencari hala tuju atau mahu memulakan pengajian asas dengan kadar segera, tempoh pendaftaran kini dibuka dan dipanjangkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar.

โ€‹๐Ÿ“ž Hubungi Kami:
โ€ข โ€‹Kampus Bestari Jaya: 03-3280 5062
โ€ข โ€‹Kampus Shah Alam: 03-5522 3400
โ€‹๐ŸŒ Laman Web Rasmi:www.unisel.edu.my
๐Ÿ–ฑ Permohonan Dalam Talian:apply.unisel.edu.my
๐Ÿ“ฒ WhatsApp Talian Mesra:
โ€ข โ€‹+6011-2308 8002 (Cik Bunga)
โ€ข โ€‹+6018-328 0167 (Cik Mira)

HASRIL ABU HASSAN
PENGARAH KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
6 Ogos 2026

06/08/2026

๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ...

98 Inisiatif
25 Keutamaan
6 Misi
1 Matlamat

๐Œ๐ž๐ง๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ‘๐ŸŽ




06/08/2026

Siaran Langsung Kuliah Dhuha "Menjadi Wanita Seteguh Asiah" Bersama Penceramah Jemputan iaitu Ustazah Raudhah Rozli.

Anjuran Biro Muslimat, Masjid Universiti Selangor

Photos from Universiti Selangor's post 03/08/2026

Seluruh warga UNISEL mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas. Semoga segala urusan dipermudahkan serta berjaya mencapai kecemerlangan dalam amanah yang dipikul.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jalan Zirkon A7/A
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30