Mudahnya Kurus TTDI Jaya

Mudahnya Kurus TTDI Jaya

Share

Online Coach Diet Sihat

Photos from Mudahnya Kurus TTDI Jaya's post 24/08/2026

Kerja. Meeting. Deadline. Family.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk jaga semua orang, sampai terlupa nak jaga diri sendiri.

CA pun bekerja.
Saya tahu macam mana rasanya balik kerja dengan badan penat dan kepala masih fikir macam-macam.

Tapi saya belajar satu perkara…

Nak hidup lebih sihat, kita tak perlu tunggu hidup jadi lapang.

Kita cuma perlu mula ubah sedikit demi sedikit.

Lebihkan bergerak.
Jaga apa yang kita makan.
Cari masa untuk workout.
Tidur dan rehat dengan lebih baik.
Dan yang paling penting — jadikan ia habit, bukan sekadar semangat sementara.

Saya tak sempurna.
Saya pun ada hari yang sibuk, ada hari yang penat dan ada masa tersasar.

Tapi saya cuba kembali.

Sebab bagi saya, healthy lifestyle bukan tentang nak nampak sempurna.

Ia tentang kita masih mahu menjaga diri sendiri walaupun hidup kita penuh dengan tanggungjawab.

Dan kalau hari ini awak rasa,
“Entahlah… nak mula pun tak tahu macam mana.”

Tak apa.

Tak perlu ubah semuanya sekaligus.
Mula dengan satu perkara kecil hari ini.

Kalau awak wanita bekerja yang nak turunkan berat dan body fat, tapi tak mahu diet ekstrem atau cara yang susah nak ikut dengan kehidupan seharian, saya boleh bantu awak cari cara yang lebih sesuai dengan lifestyle awak.

👇 Komen “PINK”

Saya akan share detail consultation & program Weightloss + Fatloss di LST Gym, TTDI Jaya, Shah Alam.

Jaga diri bukan selfish.
Kita juga layak rasa sihat, kuat dan yakin dengan diri sendiri. 🤍

Photos from Mudahnya Kurus TTDI Jaya's post 22/08/2026

“Kalau nak kurus, kena tinggalkan nasi.”

Itu antara perkara yang saya sendiri pernah percaya dulu.

Sampai pernah fikir, kalau makan nasi cuma 2–3 sudu, mesti lebih cepat turun berat.

Tapi selepas saya belajar tentang pemakanan dan melalui sendiri perjalanan turun 14kg, saya mula faham satu perkara:

👉 Masalahnya bukan nasi.

Yang lebih penting ialah bagaimana kita susun pemakanan secara keseluruhan.

Saya masih makan nasi.
Saya makan dengan keluarga.
Saya makan bila makan di luar.
Dan saya tak nak hidup dengan rasa bersalah setiap kali makan nasi.

Apa yang saya buat?

🍚 Kawal portion nasi
🥩 Pastikan protein cukup
🥦 Tambahkan sayur
📋 Rancang pemakanan
🏋🏻‍♀️ Kekalkan strength training
🚶🏻‍♀️ Aktif bergerak
❤️ Dan paling penting — konsisten

Sebab bagi saya, diet yang bagus bukan yang paling ketat.

Tapi cara makan yang kita boleh teruskan walaupun dah turun berat.

Kalau KA sedang cuba turunkan berat tetapi masih nak makan nasi, jangan terus salahkan nasi.

Belajar dulu cara susun pemakanan yang betul. 🤍

Kalau nak saya bantu anda fokus turun 2–4kg secara sihat, komen “PINK” di bawah.

Saya akan bantu tunjukkan cara yang lebih praktikal dan sesuai dengan kehidupan sebenar.

Save post ni kalau anda pun masih sayang nasi. 😄

22/08/2026

Today hiking dengan Geng LST gym. .. alhamdulillah settle 3 jam buat hal

Nikmat smpi dipuncak memang lain.. kita capai kemenangan berjaya capai puncak

Dalam journey utk change healthy lifestyle, awal2 kita memang struggle.. dengan bimbingan dari coach.. environment team sama2 bagi sokongan.. slow2 kayuh.. akhirnya kita bina HABIT baru. inilah kejayaan besar bagi kita utk dpt kemenangan

Dont give up gais!!! masih blum capai target lagi, jom sama2 Azila.. kita bina semangat baru.. bina cita2 baru.. change habit baru

komen "pink" utk detail sistem weightloss

Photos from Mudahnya Kurus TTDI Jaya's post 09/08/2026

💦 BANYAK PELUH = BANYAK LEMAK TERBAKAR?

Ramai yang masih fikir macam ni.

Sampai ada yang rasa workout mereka “tak menjadi” hanya sebab hari tu tak berpeluh banyak.

Tapi sebenarnya, peluh bukan ukuran berapa banyak lemak yang kita bakar.

Peluh ialah cara badan menyejukkan suhu badan. Sebab tu bila workout dalam tempat panas, kita mungkin berpeluh lebih banyak berbanding workout dalam gym yang sejuk.

Jadi kalau matlamat kita nak turunkan lemak dan ubah bentuk badan, jangan kejar peluh semata-mata.

Fokus pada 4 perkara:

🏋🏻 Strength training — bina & kekalkan otot
🚶🏻 Aktif setiap hari — lebih banyak bergerak
🥗 Jaga pemakanan — bina rutin yang sesuai dengan matlamat
🔁 Konsisten — bukan ekstrem 3 hari, kemudian berhenti

Tak perlu workout sampai lencun setiap hari untuk nampak perubahan.

Yang penting ialah apa yang kita boleh buat secara konsisten selama berbulan-bulan.

Kalau anda rasa selama ni asyik workout tapi tak tahu sama ada cara yang dibuat betul atau tidak, mungkin dah tiba masa untuk workout dengan coach yang boleh guide, betulkan teknik dan susun workout untuk anda.

📍 Kelas Gym Wanita — TTDI Jaya, U2 Shah Alam

JOM MULA!
💬 DM “PINK” untuk CA share info kelas & slot yang available.

Tak perlu tunggu badan “fit” baru nak mula.
Datang dengan keadaan anda sekarang. Kita mula dari tahap yang sesuai. ❤️

26/07/2026

Program Kurus Online Bersama Azila ni memang santai, sesuai untuk korang yang nak turun berat badan tanpa stress.

Dalam program ni, korang akan dapat:

1. Meal Plan Sihat – Menu seimbang dan mudah ikut, nutrition untuk boost result.

2. Workout Simple – Rutin senaman yang senang, boleh buat kat rumah je.

3. Coaching 1-on-1 – Coach akan guide rapat2, monitor progress, dan bagi tips untuk stay on track.

4. Support Group – Korang takkan rasa sorang-sorang sebab ada geng dalam group yang sama-sama nak capai goal.

5. Apps workout khas utk step by step follow up sistem sangat mudah utk beginner

Bestnya, program ni fleksibel, so boleh follow ikut masa dan keselesaan sendiri. Kalau ada apa-apa cabaran , Azila sentiasa ada untuk bagi sokongan. Nak join, terus DM - PINK

Let’s make this happen! 💪
programkurusmalaysia

Link wasap
https://wa.me/message/KBR6CSZKUBKGO1

Photos from Mudahnya Kurus TTDI Jaya's post 26/07/2026

“Saya memang tak ada disiplin…”

Itulah ayat yang paling kerap saya dengar daripada wanita yang nak kurus.

Tapi selepas bertahun-tahun membantu ramai wanita turun berat badan, saya sedar satu perkara…

Kebanyakan mereka sebenarnya bukan malas.

Mereka cuma cuba ikut cara yang terlalu susah.

❌ Diet terlalu ketat.
❌ Skip makan.
❌ Berlapar sepanjang hari.
❌ Berharap motivasi sentiasa ada.

Hakikatnya…

Motivasi akan turun naik.

Sebab itu orang yang berjaya bukan bergantung pada semangat.

Mereka bergantung pada SISTEM.

✔️ Ada pelan makan yang mudah.
✔️ Ada pemantauan.
✔️ Ada seseorang yang sentiasa mengingatkan bila hampir putus asa.

Bila ada sistem yang betul, konsisten jadi lebih mudah.

Kalau anda selalu bermula setiap hari Isnin tetapi berhenti sebelum hujung minggu…

Mungkin bukan sebab anda tak cukup disiplin.

Mungkin anda cuma perlukan SISTEM yang lebih sesuai dengan kehidupan anda.

💚 Kalau anda nak Azila bantu bina sistem yang mudah dan realistik, komen “ELEGANT” atau DM saya. Kita tengok sama ada program ini sesuai untuk anda





Photos from Mudahnya Kurus TTDI Jaya's post 23/07/2026

Cuba kurus dengan cara berlapar sebab nak cepat turun?

Hati-hati, itu "jalan singkat" yang sebenarnya menyiksa badan sendiri.

Bila anda berlapar:
* Metabolisma badan terus merudum, buatkan berat jadi yo-yo.
* Badan bukan bakar lemak, tapi "makan" otot sendiri sampai jadi tidak bermaya.
* Hormon jadi keliru dan usaha nak turunkan berat jadi jauh lebih susah.

Kurus bukan bermakna anda kena seksa diri. Jom belajar cara sihat tanpa perlu berlapar!

Komen "PINK" di bawah atau klik link di bio saya untuk saya ajar step by step dalam Program TPFM.

19/07/2026

Alhamdulillah dah settle 2 days Training WDT Workshop 7.0

Amazing kali ni sebab ada new tips direct dari Nutrionist Herbalife utk dapat key point utk setiap Nutrition yg kami kenalkan kpd client. Masyaallah best sgt

Next WDT workshop lagi 3 bulan.. so jomm konsisten buat 90days new result 💪🏻💪🏻💪🏻

.0

Photos from Mudahnya Kurus TTDI Jaya's post 18/07/2026
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Shah Alam
40160