Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd

Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd

Share

Welcome to the official DEFM SDN BHD page. https://defm.com.my/ DEFM also as the owner of SUKSES sports attire and sports equipment brand since 2005.

Darul Ehsan Facilities Management is a wholly-owned subsidiary of Menteri Besar Incorporated (MBI) and operated in Level 1, Kuadran AB, Stadium Shah Alam, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. DEFM is responsible for managing assets such as Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Carlton Holiday Hotel & Suites, Darul Ehsan Aquatic Centre, Kompleks Sukan Shah Alam Seksyen 13, also office space.

24/08/2026

Salam Maulidur Rasul🌙

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan penuh rasa syukur dan kecintaan kepada Baginda.

Semoga Maulidur Rasul kali ini menjadi ruang untuk kita menghayati akhlak, perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW serta menjadikannya sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.



Photos from Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd's post 24/08/2026

🥊 SYABAS ATLET TINJU SELANGOR🥊

Tahniah diucapkan kepada kesemua atlet tinju Selangor di atas kejayaan yang membanggakan di SUKMA XXII Selangor 2026 dengan meraih 3 pingat emas dan 4 pingat gangsa keseluruhan!🥇🥉

DEFM Selaku Bapa Angkat Tinju SUKMA XXII Selangor 2026 amat berbangga dengan kejayaan yang telah diperoleh.

Turut hadir, YBrs. Encik Rusman Md Lizah, Ketua Pegawai Eksekutif ke kejohanan tinju SUKMA untuk memberi semangat kepada para atlet tinju.

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan kesungguhan para atlet dalam mengharumkan nama Selangor di pentas SUKMA.

Teruskan melakar kejayaan dan mengangkat nama Selangor!




20/08/2026

Syabas diucapkan kepada Skuad Renang SUKMA XXII Selangor 2026!🔥




Photos from Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd's post 19/08/2026

Menjunjung kasih atas perkenan dan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke Akuatik Selangor bagi menyampaikan pingat kepada para atlet sukan akuatik bersempena SUKMA XXII Selangor 2026.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para atlet di atas pencapaian, dedikasi, serta semangat juang yang tinggi ditampilkan sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan di pentas sukan.




19/08/2026

Kemaskini Pingat SUKMA XXII Selangor 2026

Berikut merupakan kedudukan pungutan pingat setakat jam 11.00 pagi, 19 Ogos 2026

🥇Selangor
🥈Johor
🥉Terengganu

Terus memberikan sokongan dan semangat buat semua atlet yang sedang berjuang mengharumkan nama negeri masing-masing di SUKMA XXII Selangor 2026! 💪🔥



Photos from Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd's post 11/08/2026

DEFM berkesempatan mengadakan sesi perjumpaan bersama barisan Atlet Tinju Selangor yang bakal membawa cabaran di SUKMA XXII Selangor 2026.

YBrs. Encik Rusman Md Lizah, Ketua Pegawai Eksekutif DEFM turut hadir pada malam ini untuk memberikan kata-kata semangat, motivasi dan sokongan kepada para atlet sebelum menghadapi kejohanan.

Selaku Bapa Angkat Tinju SUKMA XXII Selangor 2026, DEFM komited dalam memberikan sokongan dan dorongan kepada para atlet bagi memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.

Ayuh sama-sama kita doakan kejayaan buat skuad Tinju Selangor! 🥊🔥




Photos from Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd's post 10/08/2026

DEFM telah menyertai dan membuka booth bersama MBI Selangor di Karnival JobCare Selangor 2026 yang berlangsung pada 8 dan 9 Ogos 2026, bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Penyertaan ini merupakan salah satu usaha yang ditawarkan kepada para pengunjung untuk mendapatkan maklumat berkaitan peluang pekerjaan serta kerjaya bersama DEFM.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah meluangkan masa untuk berkunjung ke booth DEFM. Semoga penyertaan ini dapat membuka lebih banyak peluang dan jaringan kerjaya pada masa akan datang.



10/08/2026

Semuanya bermula dari sebuah ruang yang memerlukan penambahbaikan. Sedikit demi sedikit, melalui perancangan, kerja keras dan komitmen pelbagai pihak, Pusat Akuatik Darul Ehsan kini digelar Akuatik Selangor.

Melalui transformasi menyeluruh tampil dengan wajah baharu yang lebih moden, berkualiti dan bersedia untuk menjadi fasiliti sukan akuatik berprestij di Selangor, setiap fasa penambahbaikan menjadi sebahagian daripada perjalanan dalam merealisasikan sebuah pusat akuatik yang lebih baik.

Setelah melalui proses pembangunan dan naik taraf yang menyeluruh, Akuatik Selangor kini berada pada tahap kesediaan untuk beroperasi sebagai salah satu lokasi bagi SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026.

Akuatik Selangor akan dibuka kepada orang awam sejurus tamat SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026, sebagai kemudahan sukan akuatik dan rekreasi yang inklusif, sekali gus menyediakan ruang bagi komuniti, atlet serta generasi akan datang untuk terus mengembangkan minat, bakat dan penglibatan dalam bidang sukan serta aktiviti akuatik.




Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 08:30 - 05:30
Thursday 08:30 - 05:30
Friday 08:30 - 05:30