23/02/2026
Kemaskini Terkini Projek KSSA
Kerja perobohan struktur diteruskan di kawasan Extreme Park Seksyen 13 sebagai sebahagian daripada proses pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam.
Status kemajuan projek kini mencapai 7.33%.
Kerja-kerja di tapak dijalankan secara berperingkat dan terkawal.
Pihak kami menghargai kesabaran serta kerjasama komuniti setempat sepanjang tempoh pelaksanaan ini. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi kami.
16/01/2026
KEMASKINI TERKINI PROJEK KSSA
Projek Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) kini berada pada tahap 6.61% dan berjalan mengikut perancangan.
Ketika ini, tumpuan adalah kepada kerja-kerja tanah dan persediaan tapak, iaitu fasa awal sebelum pembinaan seterusnya dimulakan. Semua kerja dilaksanakan secara berperingkat dengan pemantauan rapi bagi mengurangkan kesan kepada komuniti sekitar.
Sasaran siap projek ini adalah pertengahan 2029. Terima kasih kepada penduduk setempat dan orang ramai atas kesabaran serta sokongan berterusan. Kami akan terus berkongsi perkembangan dari semasa ke semasa.
19/12/2025
KSSA bukan sekadar kompleks sukan.
Ia dirancang sebagai pembangunan bersepadu yang menyokong kehidupan seharian komuniti sekitar.
Perancangan ini merangkumi kegunaan awam, sokongan kepada aktiviti komersial dan perniagaan tempatan, kemudahan sosial serta akses mobiliti dengan matlamat memberi manfaat jangka panjang kepada orang awam dan penduduk setempat.
KSSA dibangunkan untuk hari ini dan generasi akan datang.
06/11/2025
Dari peminat setia hingga ke bekas pemain, selami kisah disebalik Stadium Shah Alam. Ia bukan sekadar stadium.
Saksikan dokumentari KSSA: Rumah Baharu Kita di laman rasmi Media Selangor atau klik pada pautan ini:
https://youtu.be/Er1-qhD1jOk?si=5TacyMzoUJznX4GO
31/10/2025
Ini bukan sekadar stadium, ini Rumah Baharu Kita.
Sebuah dokumentari berkisahkan tentang Stadium Shah Alam yang kini sedang dibina semula sebagai Kompleks Sukan Shah Alam.
Rumah Baharu Kita
Ini bukan sekadar stadium.Ia rumah kepada ribuan kenangan, dan kini menjadi tapak kepada harapan baharu.Sebuah dokumentari bersama mereka yang pernah membina...
11/09/2025
Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) bakal dibangunkan dengan mengadaptasi konsep Sponge City 🌿💧
Melalui pendekatan ini, KSSA akan:
✔️ Mengurangkan risiko banjir dengan sistem serapan air hujan yang lebih efisien
✔️ Menyediakan kawasan hijau yang menyumbang kepada persekitaran lebih sejuk dan sihat
✔️ Mewujudkan ruang yang mesra komuniti serta mampan untuk generasi akan datang
Inisiatif ini menandakan langkah ke hadapan dalam menjadikan KSSA bukan sahaja sebuah mercu tanda sukan, tetapi juga simbol pembangunan lestari di Shah Alam. ✨
19/08/2025
Kerja-kerja perobohan Stadium Malawati, Shah Alam bermula 1 Ogos 2025 dan dijangka siap awal 2026. Ia adalah sebahagian daripada pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) bagi menyediakan fasiliti moden, mesra komuniti dan bertaraf antarabangsa untuk rakyat Selangor serta seluruh negara.
14/08/2025
Perobohan Stadium Malawati bermula 1 Ogos dan dijangka siap awal tahun depan.
Kerja dijalankan dengan penuh kawalan serta mengutamakan keselamatan, demi membina semula Kompleks Sukan Shah Alam untuk kemudahan moden dan pengalaman terbaik.