Penginapan selesa dan moden sesuai untuk semua. Dekat dengan UPM, MAEPS, UNITEN, PUTRAJAYA. Univ360 Condo di Serdang, Seri Kembangan.
Nofa Homestay menawarkan penginapan urban di lokasi yang strategik. Misi kami adalah untuk menyediakan penginapan yang selesa, berdekatan dengan hotspot dan yang paling penting dengan harga yang sangat berpatutan. Kelengkapan asas perkakas dan perabot disediakan di Nofa Homestay untuk memudahkan penginapan tetamu yang berkunjung sama ada untuk tujuan bisnes, percutian atau lain-lain urusan. Kedudu
kan kediaman kami yang berada di tingkat 22 memberikan pemandangan kota yang indah. Dekorasi moden studio sesuai bagi mereka yang mementingkan kunjungan singkat dan stylish. Berbeza dengan studio yang lain, Nofa Homestay mengaplikasikan sepenuhnya ruang yang ada untuk memaksimumkan kemudahan dan keselesaan anda. Ruang berasingan turut disediakan untuk anda yang mementingkan privacy. Anda juga boleh menikmati pelbagai kemudahan yang menarik di UNIV 360 secara percuma seperti kolam renang, gym, sauna, taman permainan kanak-kanak, serta sky garden. Kemudahan ini melengkapkan percutian/kunjungan anda yang menginginkan aktiviti indoor. Selain itu, lokasi strategik Nofa Homestay memudahkan perjalanan ke destinasi tujuan anda. Nofa Homestay terletak berhampiran lebuhraya utama seperti Sungai Besi Highway, Lebuhraya Utara Selatan, SILK Highway, MEX Highway, Lebuhraya Persekutuan, KESAS Highway dan banyak jaringan jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar utama. Jangkaan jarak perjalanan adalah seperti: Putrajaya ( minit), KLIA & KLIA 2 ( minit), Kuala Lumpur ( minit ), Damansara ( minit ), . Bagi anda yang memilih pengangkutan awam untuk bergerak, pilihan pengangkutan daripada KTM komuter, bas mahupun teksi adalah berdekatan. Nofa Homestay juga dikelilingi pelbagai tempat menarik di sekitarnya. Ia berada berdekatan dengan beberapa pusat pengajian tinggi seperti UPM, UNITEN, KLIUC, UKM, GMI, MFI, LIMKOKWING dan MMU; pusat membeli-belah seperti iOi City Mall, The Mines Shopping Centre, Alamanda, Bangi Gateaway; restoran, klinik, stesen minyak, bank dan balai polis terdapat disekitar lokasi
Justeru, Nofa Homestay adalah pilihan terbaik untuk anda yang menginginkan style, keselesaan, kemudahan, dan ketenangan pada harga yang berpatutan. Jadikan kami sebahagian dari kunjungan/percutian (city getaway) anda!
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Seri Kembangan?