UJIAN KENAIKAN BENGKUNG
AHAD / 2 OGOS 2026
Alhamdulillah dengan jayanya telah berlangsung ujian kenaikan bengkung bagi Gelanggang Perahu Bugis pada sesi tahun 2026 pada kali ini. Doa dan kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT atas izin impah berkah Nya berlangsung majlis ini.
Sekalung ucapan terima kasih buat penguji Guru Syed Azlan yang sudi menyumbang tenaga mendidik dan menilai pesilat yang mengambil bahagian pada ujian kali ini.
Terima kasih buat Guru Azhan dan Cikgu Arash yang tak jemu mendidik sehingga tahap ini. Tahniah juga buat ibu bapa dan pasangan pesilat yang memberi sokongan penuh dari awal hingga hari ujian.
Tahniah kepada semua pesilat diharapkan supaya kekal fokus dan istiqomah dalam menghadapi pelajaran baru akan datang nanti.
GA ALIF YA WAU NGA
⚪ 🟢 🔴 🟡 ⚫
Psspgm Puncak Jalil - Gelanggang Perahu Bugis
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong cawangan Puncak Jalil, Selangor D.E
PPM-006-02-28031978-000097
➡️ wassap.my/0126182596/naksilatpuj9
25/04/2026
PENGAMBILAN BARU
Di gelanggang ini beralas bumi
Perahu Bugis menjadi saksi
Langkah disusun menapak diri
Silat Seni Gayong mengunci hati.
Bulan menyaksi gerak beradat
Nafas diatur penuh hikmat
Bukan sekadar gerak dan silat
Ada rahsia tersirat padat.
Dalam diam terukir janji
Pada Yang Esa tempat kembali
Gerak halus penuh bererti
Antara zahir dan yang tersembunyi.
⚪ 🟢 🔴 🟡 ⚫
GA ALIF YA WAU NGA
15/04/2026
Gelanggang Perahu Bugis berbesar hati ingin menjemput tuan puan untuk menghadiri program kebudayaan yang dianjurkan hasil usaha sama Psspgm Puncak Jalil - Gelanggang Perahu Bugis, Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu - Pernilam, AURA ASSHIFA, dan juga Gelanggang psspgm MPKlang yang akan dilansungkan pada hari Ahad 19 April 2026 bertempat di Mini Auditorium MBDK Selangor.
Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang program dijalankan seperti persembahan gamelan, persembahan silat, pertunjukan mengikat samping dan bermacam lagi.
Kami nantikan kedatangan anda untuk memeriahkan majlis.
⚪ 🟢 🔴 🟡 ⚫
GA ALIF YA WAU NGA
18/02/2026
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H
Semoga amalan kita diterima oleh Allah & diberkati di bulan penuh mulia ini
21/12/2025
BENGKEL SEMUTAR
(FALSAFAH / KAEDAH/ PENGGUNAAN)
Ahad / 21 Disember 2025
Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Pada hari ini dengan sukacitanya berlangsung bengkel ikatan kain semutar yang dianjurkan Gelanggang Perahu Bugis.
Buat julung kalinya program ini dikendalikan oleh Gelanggang Perahu Bugis mendapat sambutan dengan kehadiran peserta seramai 12 orang.
Tenaga pengajar juga yang tidak asing lagi dalam dunia persilatan dan seni alam melayu iaitu Guru Azhan dan Guru Arash yang tiada berkira dalam menyampaikan ilmu berkaitan semutar.
Ucapan terima kasih ditujukan juga kepada Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu - Pernilam dan AURA ASSHIFA di atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan bengkel ini. Insha Allah ada beberapa kelas dan bengkel yang sedang diatur pada masa akan datang.
TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA
SELAGI BERPEGANG TEGUH DENGAN ISLAM
⚪ 🟢 🔴 🟡 ⚫
GA ALIF YA WAU NGA
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Jalan PUJ 3/3, Taman Puncak Jalil
Seri Kembangan
43300
Opening Hours
| 21:00 - 23:00 |