Seremban Learn To Swim

Seremban Learn To Swim

Share

Borneowave (NS0189810-V)

23/06/2026

📚 July Intake is Now Open!
Make the most of your weekends and level up your skills. Limited slots available.

👉 Register now through the link in our bio.

20/06/2026

Luis Harith Hans

Belajar learn to swim dari Mahkota Hills ke Kolam Paroi.

Start from zero, masa daftar dia cuma ada water confidence. Dia juga bukan pindah dari mana2 kelab. Belajar learn to swim bersama kami, dan sekarang masih bersama group bakat yang dikendalikan oleh Coach Akmal untuk pembangunan. Semua proses ni Luis ambil masa tak sampai setahun.

Belajar ni bukan tentang siapa cepat, siapa hebat. Belajar ni untuk kita memahami apa itu kesabaran, disiplin dan juga kepercayaan.

Untuk menggilap perlu kesabaran, yang digilap perlu disiplin, yang melihat perlu percaya pada kami 😘

Photos from Seremban Learn To Swim's post 19/06/2026

Adakah renang mengganggu fokus sukan yang lain?

Renang sangat membantu!! Ia membantu dari segi fleksibiliti ataupun daya kelenturan. Apabila melakukan aktiviti renang, seluruh anggota kita akan terlibat dan bergerak. Latihan ini akan membuatkan otot dan sendi lebih fleksibel dan kuat. Risiko kecederaan juga berkurang.

Otot yang kuat akan meningkatkan ketangkasan. Kelajuan serangan akan bertambah. Pergerakan badan juga semakin ringan pantas.

Jangan tak percaya renang juga menambah keyakinan dan keberanian. Hanya orang yang dah belajar dan boleh berenang sahaja yang akan faham bezanya keberanian bila dah pandai renang. Semangat dia lain macam.

Yang ni penting berenang juga meningkatkan stamina. Anda boleh bersukan dalam jangka masa yang lama. Bahasa pasarnya lambat penat.
Baguskan renang?

Selain itu, renang juga kita guna untuk aktiviti “recovery” selepas melakukan aktiviti sukan yang lain. Pemulihan aktif ni sangat berkesan melegakan ketegangan otot dengan cepat.

Ni antara anak murid yang aktif silat olahraga dan dalam masa yang sama juga aktif renang.

Diorang kata lah, “Nak jadi pendekar kena pandai berenang, sebab laut lagi luas dari daratan”

19/06/2026

Matlamat utama kami adalah memastikan sesiapa sahaja yang datang akan dapat belajar berenang.

Belajarlah berenang untuk diri sendiri
Belajarlah berenang untuk keluarga
Belajarlah berenang untuk orang tersayang
Belajarlah berenang untuk masyarakat

Ilmu ini boleh menjadi ikhtiar untuk mengelakkan kita daripada LEMAS

Semakin ramai yang pandai berenang maka semakin berkuranglah risiko kelemasan. Aktiviti yang dilakukan pun akan jadi lebih seronok sebab tak perlu risau lebih atau takut kedalaman air.

Renang ini adalah kemahiran hidup
Renang ini adalah sukan
Renang ini adalah senaman
Renang ini adalah penyelamat

Mungkin posting ini juga menjadi punca untuk anda belajar berenang 🤲🏻

Photos from Seremban Learn To Swim's post 17/06/2026

Sedikit perkongsian pengalaman dari seorang mak yang buat air mata coach bergenang 🥹

Terima kasih atas perkongsian yang ikhlas. Selamat membaca dan menjiwai 😘

Alhamdulillah, Harith bawa balik 2nd Runner Up NSISC kali ni.
Rasa mcm semlm je hantar budak yg langsung tak pandai berenang ke kolam. Masa tu mmg zero. Tak tahu float, tak tau stroke, yg tau main air je.
Kalau sebut nama Coach Adihan, terus teringat zaman awal² belajar. Harith, Kamal & Eshal beratur kat tepi kolam buat bend, kick, close entah berapa ratus kali. Sampai hari ni masih terngiang² suara coach jerit,

"Bend! Kick! Close!" 🤣🤣🤣

Masa tu tak nampak pun semua latihan tu akan bawa sampai ke tahap ni. Tapi rupanya dari benda² kecil itulah semuanya bermula.
Lepas tu perjalanan Harith diteruskan dgn Coach Akmal, yg b*k membentuk progress & perkembangan dia sampai boleh berdiri atas podium hari ni. Terima kasih coach sebab sentiasa percaya pada kemampuan Harith walaupun mood training dia kadang² boleh berubah ikut cuaca.

Saya rasa semua parents swimmer mesti pernah dgr anak² balik rumah mengadu coach "dera" mereka. Harith pun sama.

Ada hari balik training muka kelat. Duduk dlm kereta senyap. Bila tanya kenapa, jawab "Coach bagi set gila hari ni..."
Pernah juga dia cakap "Knpalah dulu pilih swimming. Kalau tau, main golf je." Hahahaha...
Sbb setiap kali nak pergi training kami lalu golf course. Dia nampak org main golf relax², jln jauh pun naik buggy. Dia pulak kena layan set sampai nak tercabut kaki tangan.

Tapi yg lawaknya, esok tetap pergi training jgk.
Sebenarnya, di sebalik semua complain tu, Harith mmg sayang swimming. Dan saya rasa salah satu sebab terbesar dia masih bertahan sampai hari ni ialah sebab BWSA bukan sekadar club.

Coaches kat sini bukan sekadar coach yg dtg bagi arahan tepi kolam. Lama² mereka jadi tempat anak² ni mengadu, bergurau, kena usik, kena tegur, kena marah bila perlu & disokong bila perlukan semangat. Ada yang dah rasa macam ayah, ada yg dah rasa macam abang sendiri.

Dan paling saya bersyukur, Harith jumpa satu group kawan yg membesar bersama dlm sport ni.
Dari kecil berenang sama², kena set sama², kena marah sama², menang sama², kalah sama², makan sama², bergelak ketawa sama².
Kadang² tgk mereka kat pool tu bukan macam teammates dah. Dah mcm sekumpulan adik-beradik yg asyik menyakat antara satu sama lain. 😂
Yang bestnya, bila seorang berjaya, yang lain akan celebrate mcm kejayaan sendiri. Bila seorang down, yg lain akan tarik naik semula. Benda mcm ni susah nak cari & sangat berharga.

Swimming ni bukan sekadar ajar anak berenang laju atau kumpul medal.
Swimming ajar disiplin. Ajar bangun. Ajar utk dtg training walaupun malas. Ajar untuk terus push walaupun badan dah penat. Dan paling penting, ajar tentang friendship, teamwork, respect dan macam mana nak jadi versi diri yang lebih baik setiap hari.

Jadi medal hari ni bukan milik Harith seorang. Medal ni ada sedikit suara Coach Adihan yg tak jemu jerit "Bend! Kick! Close!" 🤣 Ada sedikit set hardcore Coach Akmal yg buat dia balik rmh muka masam. Ada sedikit semangat daripada teammates yg sentiasa ada di sebelah dia. Dan ada sedikit kasih sayang daripada seluruh keluarga BWSA yg dah menjadi sebahagian daripada perjalanan membesar Harith.

Thank you BWSA, Coach Adihan, Coach Akmal, Coach Adib & semua coaches yg pernah membimbing Harith. Thank you sebab tak pernah putus asa dgn dia, walaupun ada hari dia sendiri hampir putus asa dgn diri dia.
Dan untuk semua teammates, thank you sebab jadi kawan, jadi sparring partner, jadi penyakat, jadi penyokong & jadi sebahagian daripada memori zaman kanak² Harith yg saya pasti dia akan ingat sampai besar nanti.

Hari ni mungkin cuma 2nd Runner Up.
Tapi bagi saya, melihat Harith membesar dlm environment yg penuh dgn orang² baik, coaches yg ikhlas & kawan² yg mcm keluarga... itu sebenarnya kemenangan yg jauh lebih besar.
Thank you, BWSA family. We are truly grateful for all of you. 🫶🏻 💙🏊‍♂️

Photos from Seremban Learn To Swim's post 14/06/2026

Alhamdulillah, berlabuh sudah tirai NSIC 2026

Tahniah buat ibu dan bapa yang bekerjasama, bersemangat dan sentiasa memberi dorongan dan sokongan buat anak2 hingga sampai ke tahap ini. Semua dah capai new PB kan? Tahniah tahniah sekali lagi.

Tahniah buat Harith Irfan yang berjaya mendapat tempat ke-3 untuk group age 13-14 50m Freestyle. Tak lupa juga pada yang lain semua capai new Personal Best.

Untuk pengetahuan semua, Harith merupakan pelajar learn to swim daripada kelab ini, kalau tak silap dia masuk belajar ketika darjah 4(tahun 2022). Sama anak2 yang lain, belajar dari zero.

Ketika sedang dalam group bakat dia juga ada menyertai selection utk waterpolo dan terpilih untuk mewakili pasukan N9, pernah ke singapore dan thailand untuk game dan akhirnya kembali semula ke sukan renang.

Ada satu hari coach pernah bercakap dengan mak dia, Harith ni ada potensi dalam renang, kami harap akak beri kami peluang bantu kami dengan menghantar dia datang latihan. Masa tu taktau la mak dia yakin ke tak dengan apa yang coach cakap. Mak dia sama mcm mak2 yang lain yang ada sekarang ni, gigih dan sentiasa bersemangat hantar anak datang kolam dengan harapan semoga anak berjaya.

Alhamdulillah hari ni dia berjaya hit podium. 4 tahun belajar dan berlatih berterusan baru sampai ke tahap ni. Memang lama, bukan sebulan dua.

Yang saya nak sampaikan sini setiap kejayaan perlukan kesabaran, masa, pengorbanan, kepercayaan dan keyakinan.

Anak2 kita semua bermula pada garis yang sama, semua ada peluang. Dalam sukan apapun, baik pelajaran. Peranan ibu bapa sangat besar untuk mempengaruhi kejayaan anak2.

Tanpa ibu dan bapa anak2 tidak akan sampai ke kolam untuk belajar dan berlatih. Terima kasih ibu bapa. Kami tidak dapat membalas jasa2 ini.

Apa yang kami boleh buat adalah memastikan siapapun yang sampai ke kolam akan mendapat latihan dan bimbingan sebaiknya bagi melahirkan bakat2 baru yang belum nampak kilauannya.

Coach harap semua ibu bapa lebih bersemangat dan sabar melalui proses “penggilapan”

In Shaa Allah masa anak2 anda akan tiba nanti.

27/05/2026

Success in the pool takes sacrifice and dedication—values we hold close every single day. Wishing our swimmers, coaches, and families a deeply blessed and reflective Hari Raya Aidiladha! 🌊🌙✨

16/05/2026

Happy Teachers’ Day!🌅Thank you to all educators and coaches for pouring your hard work and heart into building a better next generation. One step, one glide, and one lesson at a time. 💙✨

16/05/2026

Sunrise, warm smiles, and happy glides. Welcome to morning class at BWSA. 🌊☀️

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Pusat Akuatik Paroi
Seremban
70400