02/08/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Datoβ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun atas segala sumbangan, kepimpinan serta jasa bakti sepanjang menerajui Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar.
Segala usaha, komitmen dan sokongan yang telah dicurahkan kepada pembangunan negeri, khususnya dalam memperkasa bidang sukan dan pembangunan belia, amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang.
Semoga Datoβ Seri Utama sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta terus diberikan kekuatan dalam menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negeri.
02/08/2026
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SELAMAT BERTUGAS! π΄π‘β«
Seluruh warga Majlis Sukan Negeri Sembilan (MSNS) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Datoβ Haji Ismail Bin Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Semoga di bawah kepimpinan YAB Dato', Negeri Sembilan Darul Khusus terus maju jaya, makmur, dan arena sukan negeri sentiasa diperkasa ke peringkat yang lebih tinggi.
Selamat menjalankan amanah dan berkhidmat demi rakyat serta Negeri Sembilan tercinta!
30/07/2026
Taklimat dan perkongsian ilmu berkenaan produk Aurison Ai Handheld Ultrasound dan AED dari syarikat Medishield First Supplies Sdn Bhd.
07/07/2026
πππππππππ πππππππ π
ππππππ ππππ πππππ πππππ ππππππ ππππππππ ππππ
Majlis Sukan Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan Program Fitness Test Atlet SUKMA Negeri Sembilan pada 27 Jun 2026 serta 4 hingga 5 Julai 2026 bertempat di Kompleks Sukan Seremban 2.
Program ini bertujuan untuk menilai tahap kecergasan fizikal atlet sebagai persediaan menghadapi πππ¦ππ¬π²π πππππ ππππ, di samping membantu jurulatih dan pegawai sukan mengenal pasti kekuatan serta aspek yang perlu dipertingkatkan bagi setiap atlet.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, pegawai serta urus setia yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang pelaksanaan program ini. Semoga usaha berterusan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang dan membawa kejayaan buat kontinjen Negeri Sembilan di pentas SUKMA 2026.
21/06/2026
67 NEMZETKOZI ATLETIKAI BALATON BAJNOKSAG, Vesprem, HUN
Event : Menβs Discus Throw
Round : Final
Result :
π₯Muhammad Irfan Shamshuddin (MAS) - 62.87m (National Record, Personal Best)
π₯Zalan Strigenzc (HUN) - 53.84m
π₯Zsombor Takacs (HUN) - 51.31m
(OLD NATIONAL RECORD : 62.55m - May 2017
21/06/2026
π SELAMAT HARI BAPA π
Seorang ayah bukan sekadar tunjang keluarga, tetapi hero pertama dalam kehidupan setiap anak.
Terima kasih kepada semua insan bergelar ayah atas segala pengorbanan, kasih sayang, doa dan jerih perih yang dicurahkan demi kebahagiaan keluarga.
Jasa seorang ayah tidak mampu dibalas dengan kata-kata. Semoga semua ayah sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta rahmat dalam setiap langkah kehidupan.
Selamat Hari Bapa kepada seluruh warga sukan dan semua bapa di luar sana.
Ikhlas daripada,
Warga Kerja Majlis Sukan Negeri Sembilan
18/06/2026
Tahniah warga sukan Negeri Sembilan!
Alhamdulillah, kedudukan bersama tempat ketiga MSSM Fasa 1 Tahun 2026 merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Terima kasih kepada atlet, jurulatih, guru, pengurus pasukan dan ibu bapa yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.
Perjalanan masih belum selesai. Teruskan berusaha, kekalkan momentum dan bawa semangat juang Negeri Sembilan ke fasa seterusnya.
Kami Hargai Anda semua. Tahniah dan syabas! πππβ€οΈ
Khalidah bt Hj Omar
Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan
14/06/2026
Tahniah & Syabas diucapkan kepada Kontinjen MSSM Negeri Sembilan atas kejayaan di Kejohanan MSSM Fasa 1