30/08/2026
π²πΎ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 π²πΎ
Dengan penuh rasa syukur dan bangga, Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tanggal 31 Ogos menjadi simbol penting perjuangan, pengorbanan dan semangat kebersamaan yang telah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Sebagai pewaris warisan bangsa, marilah kita terus memelihara nilai perpaduan, keberanian, disiplin, adab dan kecintaan kepada tanah air. Semangat merdeka bukan sekadar dikenang setiap tahun, tetapi harus diterjemahkan melalui usaha membina masyarakat yang bersatu, berintegriti dan bertanggungjawab.
Semoga Malaysia terus dilimpahi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan, serta kekal teguh sebagai sebuah negara yang berdaulat dan disegani.
Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi merdeka jiwa, merdeka minda dan merdeka dalam mempertahankan maruah bangsa.
π²πΎ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! π²πΎ
Malaysia Tanah Airku.
Warisan Dipelihara, Perpaduan Diperkasa.
24/08/2026
πβ¨ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M β¨π
βDan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.β (Surah Al-Anbiyaβ: 107)
Maulidur Rasul adalah kesempatan untuk kita memperingati kelahiran insan agung, junjungan besar Nabi Muhammad SAW, yang diutuskan sebagai pembawa rahmat dan cahaya petunjuk untuk seluruh umat manusia.
Di sebalik kemeriahan sambutan, marilah kita menghayati sirah Baginda, meneladani akhlaknya, dan memperkukuh kecintaan terhadap sunnahnya.
Semoga peringatan Maulidur Rasul tahun ini menjadi titik tolak untuk kita menanamkan nilai kasih sayang, ukhuwah, serta keinsafan dalam membentuk masyarakat berakhlak dan berilmu. Sesungguhnya kejayaan umat Islam bergantung kepada sejauh mana kita mencontohi Baginda Rasulullah SAW sebagai suri teladan sepanjang zaman.
Ikhlas dari:
Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan
14/08/2026
ππ πππππ πππππππππ ππππππππ πππππ πππππ πππππ
Pada 13 Ogos 2026 telah berlangsungnya Majlis Tahlil Perdana Almarhum YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dan Almarhum Zainul Abidin bin Haji Hanafi (Putera Sulung YM Ustaz Hanafi) secara serentak oleh Silat Cekak Pusaka Hanafi seluruh Malaysia.
Sekitar majlis tahlil dari Pejabat Korporat Silat Cekak Pusaka Hanafi Negeri Sembilan, Paroi, Seremban.
02/08/2026
πππππππ ππππππππππ πππππππππ πππππ ππ ππππ ππππ
| 3 OGOS 1961
| BT 3ΒΎ, JALAN GUNUNG, ALOR SETAR, KEDAH
Ψ¨ΩΨ§Ψ±ΩΩΩ Ψ§ΩΩΩΩΩΩ ΩΩΩ ΨΉΩΩ
ΩΨ±ΩΩ
Silat Cekak Pusaka Hanafi Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada YM Kolonel Kehormat (PA) Dr Haji Md Radzi bin Haji Hanafi (Pewaris Mutlak Silat Cekak merangkap Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia).
Didoakan semoga YM Guru dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diperluaskan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan, dijauhkan dari segala perkara tidak baik dan semoga sentiasa dibawah perlindungan-nya. Aamiin Yaa Mujiib.
02/08/2026
πππππππ πππππ ππππππ ππππππππ
Sekalung Tahniah diucapkan kepada YAB Datoβ Haji Ismail Bin Haji Lasim yang telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru dan diisytiharkan oleh KDYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan).
Silat Cekak Pusaka Hanafi Negeri Sembilan merakamkan ucapan tahniah dan selamat memulakan tugas sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru. Semoga dengan perlantikan ini dapat mengekalkan prestasi kemajuan Negeri Sembilan kearah yang lebih mantap khususnya dalam sektor pembangunan Persilatan di Negeri Sembilan ini.
Salam Tahniah buat YAB Dato.
02/08/2026
ππππππ πππππ πππ πππ!
Silat Cekak Pusaka Hanafi Negeri Sembilan menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Datoβ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun di atas jasa dan bakti sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan bermula dari 12 Mei 2018 sehingga 1 Ogos 2026.
Segala jasa dan bakti kepada pembangunan di Negeri Sembilan ini amat kami hargai dan syukuri. Semoga YB Datoβ Seri sentiasa didalam kesejahteraan dan rahmat dari-Nya.
Terima Kasih.
17/07/2026
Ψ₯ΩΩΩΩΨ§ ΩΩΩΩΩΩΩ°ΩΩ ΩΩΨ₯ΩΩΩΩΨ§ Ψ₯ΩΩΩΩΩΩΩ Ψ±ΩΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩΩΩ
Warga Silat Cekak Pusaka Hanafi Negeri Sembilan merakamkan Salam Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Masarjuna Bin Abdoll Mulop (Tenaga Pengajar Lama SCPH Negeri Sembilan) yang telah meninggal dunia pada pagi 17 Julai 2026 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Semoga Rohnya Mendapat Rahmat & Anugerah Keampunan daripada Allah Serta Dikurniakan tempat bersama golongan yang beriman dan beramal soleh serta dimasukkan ke dalam Syurga Allah SWT.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.
12/07/2026
Ψ₯ΩΩΩΩΨ§ ΩΩΩΩΩΩ°ΩΩ ΩΩΨ₯ΩΩΩΩΨ§ Ψ₯ΩΩΩΩΩΩΩ Ψ±ΩΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩΩΩ
Dengan penuh rasa dukacita, Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Abang Yang @ Zainul Abidin bin Haji Hanafi, yang telah kembali ke rahmatullah pada Ahad, 12 Julai 2026 bersamaan 26 Muharam 1448H, jam 6.22 pagi.
Allahyarham merupakan anak sulung kepada Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad, pengasas Silat Cekak. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat dirasai, khususnya oleh keluarga besar Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia. Sebagai anak sulung kepada Almarhum Ustaz Hanafi, Allahyarham merupakan sebahagian daripada kesinambungan legasi keluarga yang sentiasa dekat dengan perjuangan memartabatkan warisan Silat Cekak.
Seluruh warga Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan yang telah dilakukan, mengangkat darjatnya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta menempatkan roh Allahyarham bersama para solihin.
Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah buat Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam syurga Allah SWT.
Al-Fatihah.