02/08/2026
SESI LATIHAN WALKING FOOTBALL
📅 Hari Ini
🕘 Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Lokasi: RKS Senawang, Negeri Sembilan
Sesi latihan hari ini memberi tumpuan kepada persiapan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Merdeka Walking Football yang akan berlangsung di Johor.
Fokus latihan merangkumi:
⚽ Kawalan bola & hantaran
⚽ Pergerakan berpasukan
⚽ Taktikal permainan
⚽ Komunikasi dan keserasian pasukan
Semoga semua pemain memberikan komitmen terbaik sepanjang latihan. Terus berusaha, kekalkan disiplin dan semangat berpasukan demi mencapai prestasi terbaik di Johor.
18/07/2026
SESI MINUM PETANG & LIBAT URUS PAWE BERSAMA NSWFA
Alhamdulillah, program Sesi Minum Petang & Libat Urus PAWE Bersama Negeri Sembilan Walking Football Association (NSWFA) telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Julai 2026 (Jumaat) di Angsana Hall, Hotel Sutera, Seremban.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat:
Pn. Maimunah – Ketua Unit Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan (JKMNS)
Tn. Azharizal bin Santib – Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua wakil Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), para tetamu jemputan serta semua ahli jawatankuasa NSWFA yang telah hadir dan memberikan sokongan sepanjang program ini.
Program ini menjadi platform yang amat bermakna untuk berkongsi maklumat, mengeratkan hubungan silaturahim serta membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkasakan aktiviti Walking Football sebagai gaya hidup sihat, aktif dan inklusif dalam kalangan warga emas di Negeri Sembilan.
Semoga jalinan kerjasama antara NSWFA, JKM Negeri Sembilan, JBS Negeri Sembilan serta rangkaian PAWE akan terus diperkukuhkan demi melahirkan komuniti warga emas yang lebih aktif, sihat dan sejahtera.
Terima kasih atas sokongan dan komitmen semua pihak. Semoga kita berjumpa lagi dalam program-program NSWFA yang akan datang.
“Walking Together, Staying Active.” ⚽❤️
05/07/2026
Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada WAFOMA dan Dr. Dee Dee Mahmood, atas penganjuran dan perkongsian ilmu, di Kursus Pengadil Walking Football yang telah berlangsung pada 4.7.2026.
Kursus ini telah memberikan pendedahan, ilmu pengetahuan serta pengalaman yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran sebagai pengadil Walking Football. Semoga segala usaha dan komitmen pihak penganjur dalam memperkasakan sukan ini mendapat ganjaran yang sewajarnya.
Terima kasih sekali lagi kepada seluruh jawatankuasa dan tenaga pengajar atas dedikasi serta layanan yang cemerlang sepanjang kursus berlangsung. Diharapkan lebih banyak program seumpama ini dapat dianjurkan pada masa hadapan demi pembangunan Walking Football di Malaysia.
Tahniah kepada semua peserta!!
27/06/2026
SESI PENGENALAN WALKING FOOTBALL
Sesi Pengenalan Walking Football telah berjaya dianjurkan di X Park, Sunway South Quay bermula 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, pada 27.6.2026
Program ini merupakan hasil kolaborasi di antara Negeri Sembilan Walking Football Association (NSWFA) dan Karyawan Malaysia (Persatuan Artis) yang bertujuan memperkenalkan sukan Walking Football kepada masyarakat serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah yang selamat dan menyeronokkan.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah diberi pendedahan mengenai konsep asas Walking Football, peraturan permainan serta manfaatnya kepada kesihatan fizikal dan mental. Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti sukan dan komuniti seni.
Selaras dengan tema program, “Padang Bola Menjadi Pentas Persahabatan”, aktiviti ini berjaya menyatukan peserta daripada pelbagai latar belakang dalam suasana yang harmoni dan penuh semangat kesukanan.
Semoga kerjasama antara NSWFA dan Karyawan Malaysia akan terus diperkukuhkan melalui lebih banyak program pada masa hadapan demi memperluaskan lagi perkembangan Walking Football di Malaysia.
Mengeratkan Silaturahim, Menyatukan Komuniti Melalui Sukan dan Seni.
26/06/2026
See you tomorrow! ✌️👍
SESI PENGENALAN WALKING FOOTBALL 🎭⚽
Jom kekal aktif!!
Untuk makluman,
Negeri Sembilan Walking Football Association (NSWFA) akan mengadakan Sesi Pengenalan Walking Football bersama Karyawan Malaysia,
✨ “Padang Bola Menjadi Pentas Persahabatan”
📅 Tarikh: 27 Jun 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Lokasi: X Park, Sunway South Quay
Program ini menggabungkan elemen sukan dan seni dalam usaha:
✅ Mengeratkan silaturahim
✅ Menggalakkan gaya hidup aktif
✅ Membina komuniti yang lebih sihat dan harmoni
✅ Membuka peluang persahabatan baharu
Jom bersama-sama memeriahkan program ini!
22/06/2026
SESI PENGENALAN WALKING FOOTBALL 🎭⚽
Jom kekal aktif!!
Untuk makluman,
Negeri Sembilan Walking Football Association (NSWFA) akan mengadakan Sesi Pengenalan Walking Football bersama Karyawan Malaysia,
✨ “Padang Bola Menjadi Pentas Persahabatan”
📅 Tarikh: 27 Jun 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Lokasi: X Park, Sunway South Quay
Program ini menggabungkan elemen sukan dan seni dalam usaha:
✅ Mengeratkan silaturahim
✅ Menggalakkan gaya hidup aktif
✅ Membina komuniti yang lebih sihat dan harmoni
✅ Membuka peluang persahabatan baharu
Jom bersama-sama memeriahkan program ini!
07/06/2026
Alhamdulillah, sesi latihan pagi telah berlangsung dengan lancar di Kombes, Seremban. Sesi latihan ini, memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, disiplin serta,semangat kerjasama dalam suasana yang positif dan bertenaga.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang sesi berlangsung. Diharapkan latihan seperti ini dapat diteruskan secara konsisten bagi mencapai tahap prestasi yang lebih baik pada masa akan datang.
🔥 Teruskan berusaha.
🔥 Kekal berdisiplin.
🔥 Kekal cergas.
02/06/2026
SELESAI SUDAH PROGRAM PENGENALAN WALKING FOOTBALL REMBAU! 🔥
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir pagi tadi. Seronok melihat semangat dan keterujaan peserta mencuba sukan Walking Football yang semakin mendapat perhatian ramai.
⚽ Berjalan sambil bermain bola
🤝 Mengeratkan silaturahim
💪 Mengekalkan kesihatan dan kecergasan
Kami berharap lebih ramai warga emas dan komuniti setempat akan menyertai aktiviti Walking Football pada masa akan datang.
Walking Football – Sukan Untuk Semua, Umur Bukan Halangan!