04/08/2026
PIALA SERUMPUN 2026
akan berdepan pasukan dari Singapura, Hougang United FC di Paroi.
Tiket perlawanan akan mula dijual esok di Wisma PBNS! ποΈπ¨
Istimewa untuk pemegang Kad Hobin, dapatkan tiket Teres Terbuka dengan kadar rata RM5 sahaja untuk dewasa dan remaja bagi pembelian dari 5 Ogos hingga 11 Ogos 2026!
Rancang hujung minggu anda dan kita penuhkan STAR Paroi! π‘β«οΈπ΄
04/08/2026
KALENDAR PERLAWANAN OGOS 2026! ποΈ
Tirai saingan Liga Super 26/27 akan bermula bulan ini di Paroi.
Namun sebelum itu, aksi antarabangsa Piala Serumpun 2026 akan berlangsung terlebih dahulu sebagai penutup siri pra-musim kelab.
Turut mencuri tumpuan, Skuad Wanita B-16 kita akan berentap di pusingan Separuh Akhir NS Women's Cup menentang Nilai City FC! ππΌ
Kemeriahan bulan ini diserikan lagi dengan acara Hari Bolasepak Negeri Sembilan, manakala skuad NSFC II p**a akan melangkah ke perlawanan pembukaan saingan Liga A1 Semi-Pro di tempat lawan.
Ayuh hidupkan semula aura Paroi dan berikan sokongan padu anda untuk semua pasukan kita! ππ€β€οΈ
04/08/2026
SOKONGAN LUAR BIASA! TERIMA KASIH, SEKALIAN YANG SETIA ππ€β€οΈ
Setakat ini kita telah merekodkan 1,000 Keahlian Hobin dan 250 pemegang Pas Bermusim bagi kempen musim 2026/2027. Kesetiaan dan semangat waghih sekalian nadi kekuatan kelab ini!
Bagi yang belum mendaftar, ayuh buktikan sokongan anda dan sertai keluarga besar NSFC hari ini.
KAD KEAHLIAN HOBIN 26/27
Keahlian Baharu: RM 20
Pembaharuan: RM 10
PAS BERMUSIM ULTIMATE XI
- VIP Grandstand: Pakej A (RM 1,500) | Pakej B (RM 1,200)
- Grandstand: Dewasa (RM 309) | Remaja (RM 129)
- Teres Terbuka: Dewasa (RM 179) | Remaja (RM 89)
PEMBAYARAN LEBIH FLEKSIBEL π³
Dapatkan pas anda sekarang tanpa membebankan poket. Gunakan kemudahan Atome di halaman pembayaran untuk menikmati pelan ansuran mudah tanpa faedah untuk 3 bulan.
Layari portal rasmi kami untuk mendaftar dan membuat pembelian sekarang:
π store.nsfc1923.com
03/08/2026
Aksi dengan Jersi Home Pra-Musim! π₯
Waghih dah dapatkan jersi pra-musim ni ke belum tu?
Bagi yang belum ada, jangan lepaskan peluang! Dapatkan jersi anda sekarang di Warrix Concept Store Rahang.
Jersi Rasmi Perlawanan Musim 2026/2027 akan dilancarkan tidak lama lagi. Stay tuned! πβ³
02/08/2026
SEKALUNG TAHNIAH ππ€β€οΈ
Seluruh keluarga besar Negeri Sembilan FC ingin merakamkan sekalung ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Datuk Haji Ismail Bin Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, berkuat kuasa 2 Ogos 2026.
Semoga di bawah kepimpinan, Negeri Sembilan dan pembangunan arena bola sepak negeri akan terus maju dan melakar kejayaan yang lebih gemilang.
Ikhlas daripada barisan pengurusan, kejurulatihan, dan para pemain Negeri Sembilan FC.
02/08/2026
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ππ€β€οΈ
Seluruh keluarga besar Negeri Sembilan Football Club (NSFC) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun atas segala jasa bakti, sumbangan, dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ke-11.
Ikhlas daripada barisan pengurusan, kejurulatihan, dan para pemain Negeri Sembilan FC.
01/08/2026
poie mengundi ππΌπ³οΈ
01/08/2026
Selamat mengundi buat semua waghih! π³οΈ
Tunaikan tanggungjawab anda hari ini. Suara kita, masa depan kita.