21/05/2026
👹🦈Tahniah 2 pair saka2 Jrong mewakili JRONG BC dan layak ke final Minsoon Star Badminton Tournament pada Ahad lepas. Secara tidak langsung, JRONG BC pemegang Juara dan Naib Juara Tournament ini. Teruskan maju, terima kasih pada pihak penganjur menjayakan tournament ini..
Majulah JRONG BC utk pembangunan Sokan N9🏸🦈
Jika anda perlukan khidmat pengurusan pertandingan badminton, boleh hubungi kami😊
18/05/2026
🦈Sessi Sparring JRONG BC diubah mengikut ketentuan berikut🦈
Summer Sport Centre, S2
Selasa 10pm - 12am
Ahad 9pm - 11pm
Mari joint kami, kita sosah bersamo🦈🏸
Majulah JRONG BC utk pembangunan Sokan N9
30/01/2026
🦈 Jrong BC
VS FRU N9 & Green BC
Semalam 29 Jan 2026 permulaan tahun Baru bagi JRONG BC dengan menerima jemputan pertarungan persahabatan di antara gabungan FRU N9 Dan GREEN BC.
Perlawanan yg menyatukan persahabatan sesama ummah Dan memperkuatkan ukhwah bersama. Terima kaaih mempelawa kami bertandang di medan tempur Sikamat Sport Centre. Alhamdulillah 8 pair bertarung dengan jayanya.
Majulah JRONG BC untuk pembangunan sokan N9
03/10/2025
JRONG 🦈 Vs 🐉 GADONG
Mlm tadi tanggal 3 Oct. 2025, Jrong BC sekali lagi bertandang ke Sendayan Sports Centre bg mengadakan perlawanan persahabatan bersama Gadong BC.
Terima kasih atas layanan superb dari tuan rumah yg menjayakan perlawanan persahabat 8 Men Open dan 2 Men Veteren.
Perlawanan yg sengit dengan bercucuran peluh keringat dilampiaskan. Puas, berbaloi, dengan susunan pair yg cukup menggegarkan itu yg dpt digambarkan. 🦈
Tq Gadong BC💪
26/05/2025
Ha, korang yang mana tu.. Tag rakan2 korang🤗
Yg tangan mcm ulor tu, cepat masuk melakee.. 🤣
18/05/2025
🔥Jrong BC🦈
Vs
🥷Hiap Hong BC🔥
Pada Jumaat, 16 may lepas, JRONG BC bertandang ke Pronet Sport Centre bagi menghadiri perlawanan persahabatan bersama HHBC. Seramai 11 pairs bertarung dan bermandi peluh bagi menjayakan persahabatan ini.. Terima kasih kepada HHBC kerana memberi layanan VIP kepada kami. Sedap dan puas, itu lah kata2 yg dapat kami ungkapkan.
25/02/2025
JRONG BC INVITATION CUP 2025 & PERTANDINGAN BADMINTON KRT SELURUH SEREMBAN
Pada 23 Feb yg lepas, JRONG Badminton Club telah mengadakan pertandingan jemputan berkumpulan 3 pair, dan disekalikan dgn pertandingan badminton KRT seluruh Seremban. Sebanyak 8 pasukan diwakili 12 kumpulan yg joint jemputan JRONG BC.
BLACK JRONG
RED JRONG
WHITE JRONG
SNY BC A
SNY BC B
FREEDOM BC A
FREEDOM BC B
OOMG
PKD JEMPOL
S2BC
GPPL
Tahniah semua...
Champ - RED JRONG
Runner Up - FREEDOM BC (B)
3rd Bersama - NABC & SNY BC (B)
BLACK JRONG kandas di peringkat 8 terbaik, manakala WHITE JRONG kandas di 12 terbaik.. Good luck guyzz..
Insyaallah kita bertemu kembali tahun hadapan.. Terima kasih juga kepada pihak teknikal terbaik Sokanden SportsHub yg banyak membantu menjayakan game ini.. Majulah sokan badminton utk Nogori 9
19/02/2025
🦈JRONG INVITATION CUP 2025
Pada 23 Feb 2025 Ahad nanti, akan bermulalah pertandingan badminton jemputan Jrong Bc. Sebanyak 12 pasukan diwakili 8 club seluruh n9 akan bertanding bagi dinobatkan Juara 2025. Format pertandingan adalah team event dengan diwakili 3 pair. Saksikan Ahad ini
Summer Sport Centre
23 / 2 / 2025
8 30am - selesai
Majulah sukan untuk negara..
Sukan merapatkan ukhwah...
Fighting spirit💪
Call now to connect with business.
29/01/2025
JRONG BC 🦈 Vs 🐯 FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) N9
Pada 28hb Jan 2025 bersamaan malam tahun baru cina, saka2 JRONG Badminton Club telah mengadakan friendly match bersama team FRU N9 dengan menurunkan 6 pair. Sebanyak 12 perlawanan dihasilkan. Dengan semangat juang yg tinggi, kesemua pasukan menunjukkan aksi yg bertenaga dan cemerlang.. Tq team dan FRU N9 kerana menjayakan friendly ini.. Majulah sukan badminton utk kecemerlangan sukan N9.. Lawan menjadi kawan💪👹
19/01/2025
JRONG 🦈 Vs 🐉SPRC
Pada 18 Jan 2025 yg lepas, Saka2 Jrong Bc menerima jemputan Sparring Session 8 pair bersama pasukan dari simpang pertang dengan 16 games dipertaruhkan. Kesemua pemain beraksi dengan cukup mantap dan bersemangat dan menghangatkan dewan Summer Sport Centre Badminton Academy.. Tahniah team dan SPRC yg sudi berkunjung di laman kami.. Semoga ukhwah dan ikatan persahabatan semakin erat.. Sedap, puas, berkicap, berbaloi.. Itu yg dpt kami ucapkan.. 😊