STFC FAN CLUB

STFC FAN CLUB

Share

ditubuhkan 1997..memenangi bayak gelaran dah..huhuhu..

senarai nama2 yg pernah menubuhkan STFC..rosmadi , nasa, abe ya, zamani, zarawi, tn asmawi, faizol, syukur, rizal syfaat, rizal eric cantona, nizam stone, syahidan tagasan dan ramai lg...

Photos from STFC FAN CLUB's post 23/06/2026

SELAMAT JALAN SAHABAT STFC

Bro Wazien

Sahabat bola STFC dari Kesihatan SEMPORNA
berasal dari Pantai Barat Sabah.. menjadi sahabat bola STFC setelah diperkenalkan oleh Bro Jr Nani yang lebih dahulu bersama STFC.

Kelincahan beliau tidak dapat dinafikan dan antara mesin gol STFC juga..namun perjalanan di Daerah Semporna terhenti seketika setelah mendapat tugasan tetap di Johor Bahru

Bagi pihak pengurusan, saya ucapkan terima kasih kerana sudi menabur bakti bersama kelab STFC dan semoga langkah lebih luas di daerah baru nanti..

Tiada gambar bersama Kapten kerana kesibukan dan juga arahan perpindahan segera.. jumpa di lain waktu dan ketika.

Photos from STFC FAN CLUB's post 07/05/2026

RABU
6 MEI 2026
PADANG MARIN

STFC ⚽ NEWSTAR
6. 2

Perlawanan ini diadakan sempena Perlawanan Perpisahan buat sahabat STFC yang akan bertugas ke daerah baharu.

Setelah 3 tahun 6 bulan berkelana ke KD Sri Semporna, tiba masanya untuk sahabat bola STFC didrafkan ke lokasi baru. Ini kebiasaan yang berlaku dalam perkhidmatan Navy yang mana mereka tidak akan berada lama di suatu Pengkalan Navy... Bro Haikal akan beralih arah ke Base Kota Kinabalu untuk meneruskan khidmat bakti pada negara.

Perlawanan agak seimbang antara kedua pasukan tetapi di masa ke 3 STFC lebih mendominasi perlawanan dengan kawasan bola yang lebih baik dan jaringan demi jaringan dapat dihasilkan untuk keputusan akhir 6 gol berbalas 2..
Sebagai kenangan, tendangan penalti diberikan kepada Haikal dan disudahkan dengan rembatan padu sebagai tanda akhir bersama team STFC.

Kami mengucapkan Selamat Maju Jaya dimana berada dan jumpa lagi di lain masa dan ketika.

Senarai penjaring.
1. Syawal IPD
2. Iqbal IPD 2 Gol
3. Syuk Nani Budak KL
4. Haikal [penalti]
5. Wazien

TERIMA KASIH RAKAN BOLA STFC YANG SEMPAT TURUN BERAKSI BERSAMA.

Photos from STFC FAN CLUB's post 20/04/2026

STFC ⚽ SING SING FC
6. 5

AHAD
19 APRIL 2026
KOMPLEKS S**AN SEMPORNA

Perlawanan pertama bersama jersi baharu 2026 setelah lebih 2 bulan berehat sempena RAMADAN dan Syawal.

Alhamdulillah ..kemenangan dicipta walaupun pemain nampaknya kelelahan dalam bab stamina untuk menyaingi pemain muda pasukan lawan.
InsyaAllah kita akan atur lagi perlawanan2 persahabatan selepas ini

Terima kasih atas kesudian turun beraksi game kali ini...

Penjaring:
1. Izani Navy
2. Mohd Azizul Hasbol IPD (2 Gol)
3. Raem (penalti)
4 Malik Chepa PGA
5. Cg Mik Kidal

27/03/2026

Alhamdulillah...untuk sekian kalinya Senduk J***t Kunak sudi meneruskan kerjasama dengan STFC Fan Club....kali ini belum sempat Kapten bergerak ke Kunak...Boss Besar Mohd Ellmy Yusri Ismail lebih awal bertandang ke Semporna setelah selesai Kembara Ramadhan Sabah 2026 beliau bersama isteri.

Tahun ini ada sedikit kelewatan dalam menyiapkan tempahan atas faktor masa yang tidak mengizinkan...namun tidak melemahkan sokongan rakan2 yang tetap setia menunggu buah tangan terbaru STFC ...

Sebanyak 195 helai tempahan berjaya dikumpul melalui 2 kali tempahan...
menandakan sokongan PADU rakan2 yang berada di Semporna khasnya dan lain2 Daerah dan negeri am nya.

Terima kasih dari Kapten dan pihak pengurusan atas kepercayaan ini...

STFC bukan sekadar permainan ....
Ianya sebuah kenangan bagi yang memahami...
AMICITIA - Persahabatan

26/02/2026

Alhamdulillah ..setiap tahun ada peminat nya yang tersendiri...
Konsep tempahan jersi sedikit unik kerana setiap design yang akan di keluarkan setiap tahun tidak didedahkan terlebih dahulu kerana idea sentiasa berubah demi untuk kepuasan semua pihak.
Tempahan tidak hanya dari peminat lelaki tetapi bagi 'family man' mereka turut membeli untuk isteri dan anak2 agar dapat OOTD dengan baju yang sama...
Terima kasih untuk tempahan 179 helai bagi tempahan pertama.
Saya buka tempahan kedua atas permintaan rakan2 yang terlepas pandang tempahan pertama...
Boleh klik link di bawah untuk tempahan
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://chat.whatsapp.com/G0BbrxUGdaUFAkYncdQXnR?mode=hqctcla

Photos from STFC FAN CLUB's post 31/12/2025

SELAMAT JALAN SAHABAT STFC 2025

Terima kasih atas khidmat bakti bersama kelab STFC selama masa bersama...kehadiran anda memeriahkan lagi suasana dalam team ini.

Paling lama Bro Jr Nani ...sentiasa menjadi yang terawal isi nama bila buka game..
kini memilih jalan baru kerjaya beliau berpindah ke Kuala Lumpur City.. lagi b*k peluang main bola di sini..Tq Bro.

3 Tahun berkelana ke Semporna Ahmad Siddiq memilih untuk kembali menabur bakti ke negeri kelahiran beliau iaitu Kelantan Darul Naim dan akan bertugas di SK Balar Gua Musang... Posisi Penjaga Gol yang semakin kurang prospek ditinggalkan dalam kesamaran.

Mohamad Ezman Ameer dari MRSM Semporna...2 tahun bersama STFC antara CB terbaik yang hadir dalam pasukan ...Geng MRSM memang rare jika timbul bersama STFC dan pastinya xkan lama...macam senang ja pindah...kembali ke negeri kelahiran Pulau Pinang.

Perlawanan kenangan terakhir telah berlangsung pada 27 November 2025. Sengaja Kapten keluarkan berita di hujung tahun sebagai penutup cerita 2025.

Jangan tanya bila Kapten mau pindah.. tgh cari password EG Tukar ni😜😜

Photos from STFC FAN CLUB's post 09/11/2025

Ehhh....wujud lagi ka STFC ni...

Ada bah kauuu...
tapi seiring waktu berlalu dengan pantas, terkadang sempat berhenti untuk melepaskan lelah, terkadang terpaksa membiarkan ia pergi mengikut arus...

8 NOVEMBER 25

STFC kembali beraksi di Stadium Tawau setelah sekian lama tidak merasa silauan lampu limpah stadium. Perlawanan kali ini membawakan STFC SUPERFRIENDS bertemu RANGGU FC dengan membawa kemenangan besar sebagai kenangan malam minggu. Keputusan akhir 6 berbalas 2 gol. Gol dijaringkan oleh
1. Loy PGA 2 gol
2. Wawan EDU
3. ROY IPD
4. Nani Kesihatan
5. Haikal Navy

STFC SUPERFRIENDS mengumpulkan pemain2 yang biasa beraksi bersama STFC pada perlawanan mingguan dan sebahagiannya dibawa untuk melengkapi senarai 18 pemain untuk malam minggu. Untuk perlawanan seterusnya kita akan buka ruang kepada pemain lain p**a untuk merasai perlawanan malam minggu...

Menang itu BONUS
Kalah itu Tolak Gaji ..
Ndak Bahh...main saja kita...yang penting ada cerita untuk disembang di kedai kopi...

TERIMA KASIH SEMUA PEMAIN YANG SUDI BERAKSI BERSAMA STFC .

10/07/2025

INNALILLAHIWAINNAILIHIROJIUN
AL FATIHAH UNTUK MU.

WALAUPUN TIDAK BERAKSI SEBAGAI PEMAIN, NAMUN ARWAH ANTARA SUPPORTER TERBAIK KELAB INI. TIDAK MISS TEMPAHAN JERSI UNTUK FAMILY.

SEORANG YANG S**A MENJAMU SAHABAT DENGAN PELBAGAI JENIS MASAKAN DAN MURAH DENGAN SENYUMAN...AKHIRNYA MENINGGALKAN KITA.

DAMAI LA DI NEGERI ABADI SAHABAT KU...

01/03/2025

Salam Ramadhan Kareem
Semoga beroleh kesempurnaan dalam beribadah pada Nya..

17/02/2025

Video kiriman sahabat STFC
Cg Azli X SMK Bum2

Tidak pernah ketinggalan setiap tahun bersama anak teruna

Terima kasih masih bersama kami

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Semporna?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Semporna