Geng Mur Mur

Geng Mur Mur

Share

Family Sport - Cycling, Hiking, Running and Adventure Happy Family Happy Life

Photos from Geng Mur Mur's post 12/08/2026

Jenderam Trail 2026

Dah lama tak post dalam page. Ada bebeapa ride tertangguh ja nak post. Nanti ada masa post yang sebelumnya. Seperti biasa kami bertiga berkayuh bersama pakcik2 otai dari Gebes Cycliste di Jenderam Trail nampak macam pende 22km jaa tapi bukit bukau nya menyelam kalbu dan mental

Sebelum 1st bukit pacak semua berjalan lancar start bukit panjang jaa Adam dan Firas dah mula start slow sampai tak cukup nafas.. Bagi la depa amik nafas dulu sampai terbaring la gamaknya .. Takpe la alang dah naik bukit kasi terus henjut.

Pakcik2 otai sabar menunggu Adam N Firas ni nak pelan kayuh ke setiap puncak bukit.... Memang betul2 bagi exercise jantung... akan tetapi setiap downhill p**ak memang layan tak la menurun sangat tapi trail yang panjang tu memang best. Apapun kayuhan tetap diteruskan jua sampai habis...





Kredit Photo: Gebes Cycliste

Photos from Geng Mur Mur's post 25/05/2026

Kayuhan Broga Bukit Nas

Seperti biasa kami bertiga berkayuh di sekitar semenyih - ulu branang sekitar 36km.. kali ni banyak trail yang dibawa oleh cip hanafiah.. boleh kami jalan2 lagi sekali nanti banyak trail didalam kawasan broga-ulu branang ni.

Paling challenge memang laluan ke bukit nas waduh2 berbukit bukau sejauh mata memandang sayup2 jaaa.. Boleh la lalu trail ni bagi kuatkan kaki memang tak daya nak mendaki lebih2 firas dan adam... depa cakap sayupppppp!!!!..

Apapun semangat untuk meneruskan setiap kayuhan yang penting kekal sihat dan fokus.





Kredit Video : Dizay Rahman

Photos from Geng Mur Mur's post 06/05/2026

Tampin Jamboree 2026 Edisi Gemas

Seperti biasa kami berempat join event kalini Papa, Khairi, Firas & Adam. Hasratnya kami ingin menghabiskan kayuhan kali ini sebab memang target nak habiskan kayuhan 42km nie. Firas & Adam berkobar2 dia masa menunggu di garisan permulaan.

Khairi ja yang berjaya menamatkan kayuhan. Papa, Firas & Adam terpaksa chicken. Pada awal kayuhan nampak steady semua kayuh ok akan tetapi kayuhan bermula tidak konsisten bila start kayuhan KOM1 dimana semua dah start slow.. Awalnya firas semangat kayuh bukit tapi apakan daya kaki dia cramp plak bila nak sampai puncak KOM1 tu .. kami ingat nak try juga ke KOM2 tapi Kaki Firas tidak membantu beliau berkayuh lagi jadinya terpaksa la lupakan KOM2. Adam semangat berkobar2 nak kayuh lagi tapi apakan daya COT dah tamat kono la ke KOM2 takpe takde rezeki nak full time

Kayuhan kami yang terbelakang ni membuka mata Firas & Adam akan bahaya jika berkayuh jika tidak berhati2. Bilamana mereka ternampak ramai rider tercedera disebabkan pelbagai kemalangan berlaku. Memang banyak la mereka tanya bagaimana boleh berlaku. Terpaksala juga terangkan sebab2 bagaimana boleh berlaku supaya mereka faham. Jadi eden cuba nasihat mereka jangan terlalu s**a dan ghairah nak berkayuh sampai lupa aspek keselamatan masing2. Kita datang berkayuh dalam keadaan sihat dan balik juga kalau boleh dalam keadaan sihat. Jadi berhati berkayuh dan cuba elakkan kemalangan yang kita tidak sangka boleh berlaku jika cuai dan tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Jadinya kami terpaksa ke laluan chicken hingga ke garisan penamat. Terima kasih kepada crew membawa kami selamat ke destinasi. Apapun kami akan tetap meneruskan kayuhan dan berlatih lagi untuk mendapatkan kerjasama dari jantung dan kaki supaya kayuhan lebih konsisten dapat diterapkan dimasa hadapan.



Photos from Geng Mur Mur's post 29/04/2026

Funride Batangsi

Kayuhan kali ni Papa, Khairi, Firas dan Adam. Kami berempat seperti biasa berkayuh bersama packik2 otai. Kayuhan kali ni memang ramai kene scam katanya.. laluan bukit landai tapi macam gunung memang nak bagi kayuhan kali ni seperti Jamboree maklumla Tampin Jamboree lagi seminggu.

Layan suasana trail batangsi ni memang sesuai untuk aktiviti jantung dan kaki. Alhamdullah Adam dah berani menuruni semua downhill tanpa takut.. dia dah ada keyakinan untuk turun bukit sampai non stop. Bukan senang nak tengok dia turun downhill dengan smooth sebab ambil masa juga untuk dia dapatkan kekuatan dan semangat semula lepas tergolek masa downhill kali pertama dia join Batangsi Trail tahun lepas. Seronok nya mereka bertiga ni mandi sungai batangsi yang sejuk melecun berendam sebab cuaca memang panas bahang sampai abis semua air botol habis dan dapat makan aiskrim 3 kali sebab setiap stop rehat pakcik2 ni belanja depa.

Kami semua seperti biasa berkayuh untuk dapatkan momentum kayuhan supaya latihan kaki dan jantung ini dapat berfungsi dengan baik untuk jamboree nanti. Target kami untuk finishing medal. Lambat sampai takpe janji finish.





Kredit: Gebes Cycliste

Photos from Geng Mur Mur's post 16/04/2026

Kayuhan Ladang UKM

Seperti biasa Papa, Firas & Adam join kayuhan funride tapi ala2 jamboree style. Kali ni memang sedap kayuhan nya banyak bukit bukau kene daki memang layan sampai semua botol air habis diminum

Ada lagi 10km nak abis semua bekalan dah habis sebab memang panas terik sungguh peluh sakan bagaikan hujan mencurah2. Apapun memang best kayuhan ladang ukm ni untuk buat latihan kaki . Kita boleh sekali sekala turun ke ladang UKM nie





Kredit : Gebes Cycliste

Photos from Geng Mur Mur's post 26/03/2026

Kayuhan Ladang UKM

Kayuhan terakhir kami di bulan ramadhan bersama papa, firas dan adam. Kayuhan kali ini disekitar bangi lama dan ladang UKM. Nampak macam santai tapi bukit dia banyak turun naik turun naik memang sesuai untuk latihan kaki dan jantung.

Ada rezeki kita kayuh disini untuk latyihan kayuh bukit bukau yang banyak memang nafas tercungap2 juga dibuatnya. Apapun memang best layan trail ni. Ada lagi kita kayuh lagi



Photos from Geng Mur Mur's post 10/03/2026

Night Ride Sg Buaya (Ramadhan Night)

Kali ni kami bertiga sahaja melayan trail sg buaya. Jauh juga perjalanan dari semenyih ke sg buaya dalam 2jam juga nak sampai sana walaupon malam sebab kene lalu KL juga..

Kali ni memang layan trail sg buaya ni laluan bukit bukau dan suasana kampung disepanjang trail yang menawan kalbu sepanjang 15km yang sepatutnya 35km tadi tapi ada perkara yang tak diundang berlaku p**a. Seperti biasa Papa, Firas & Adam mencuba nasih berkayuh dimalam ramadhan ni. start kira2 11.30mlm sampai 4am ...

Tengah asyik2 kayuh ada p**ak incident tak terduga berlaku depan mata. Xcident antara motor dengan motor di depan simpang 3 di kg sg buaya.. Harap semua yang terlibat lekas sembuh seperti sediakala. Kami juga saksi utama pada kejadian tersebut sebab berlaku masa kami sampai di simpang tiga tersebut. Kami meneruskan juga kayuhan disebabkan masa dah agak singkat kami semua decide ambil shortcut untuk balik tempat pertemuan untuk sahur.

Seperti biasa biarlah gambar yang berbicara. Kita layann.. zassss



Photos from Geng Mur Mur's post 10/03/2026

Kayuhan Malam Putrajaya.

Kali ni kayuhan sekitar 15km sahaja sekitar tasik putrajaya. Sambil cuci mata melihat keindahan putraja kita jalan keliling tasik sambil membuat latihan pernafasan.

Bulan Ramadhan ni kita kayuh malam jek la sampai pagi.. terus sahur kat kedai mamak settle semua 5 pagi .. kita balik rehatkan badan sebelum subuh.



Photos from Geng Mur Mur's post 10/03/2026

Kayuhan Tasik Biru Semenyih

Kali ni Papa ngan Khairi ja. Lagi 2 orang cuti sakit. So kita kayuh kali ni agak mencabar skit memang layan sampai sakit pinggang dibuatnya. Nasih baik ada coach urut bantu urut pinggang skit lega la juga walaupon denyut2 dia datang sesekali. Apakah daya dah nak sakit p**a tengah2 kayuh tuh.. Apapun trek kali ni memang layan

Pemandangan yang indah disekitar kawasan semenyih ini masih ada lagi hidden gem yang boleh dilawati dan seperti biasa kayuhan kita memang santai ikut pace biasa ja. Janji sampai ke kemuncak.

Boleh kita join lagi next trip. Sambil jalan jalan sambil hirup udara segar dan latihan badan kita yang lesu ini menjadi cergas.



🥰🥰🥰

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Semenyih
43700