Semenyih Fighter

Semenyih Fighter

Share

Professional Silat Academy

09/07/2026

Kita Bina Rentak Juang Sendiri.

Selamat Maju Jaya buat anak2 SF dan rakan seangkatan yang lain.

Bersekutu, bertambah mutu..πŸ‘Œ
Siap berjuang lagi !!! πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

29/06/2026

TAHNIAH SEMENYIH FIGHTER !!!

DI KEJOHANAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH HULU LANGAT 2026

15-18 JUN 2026 | Sekolah Rendah
22-25 JUN 2026 | Sekolah Menengah

Dewan Pusat Sukan, Universiti Nottingham Malaysia

EMAS πŸ₯‡ : 24
PERAK πŸ₯ˆ : 12
GANGSA πŸ₯‰ : 20









02/06/2026

SELAMAT BERJUANG SEMENYIH FIGHTER !!!

DI KEJOHANAN SILAT KEBANGSAAN TERBUKA TANGKAK & JEMPUTAN ANTARABANGSA EDISI KE – 3 TAHUN 2026

2-6 JUN 2026

DEWAN AL-KHINDI, TVET MARA LEDANG,
SEROM 4 & 5, JALAN SEROM – BUKIT GAMBIR,
84410 SUNGAI MATI, TANGKAK, JOHOR DARUL TAKZIM









22/05/2026

16 Mei 2026

Seramai lebih dari 170 jurulatih terlibat dalam Bengkel Pemurnian Pertandingan Pencak Silat 2026.

Ada 23 perubahan signifikan kategori tanding dan 10 dalam silat seni yang kini dikenali sebagai kategori jurus. Kesimpulan utama, tarik-tarik hampir tiada lagi.

Terima kasih buat semua yang hadir.

04/05/2026

πŸ”₯ MISI MEMPERKASA KEJURULATIHAN TEAM SEMENYIH FIGHTER DI KURSUS SPKK TAHAP 1 πŸ”₯

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 14 orang peserta daripada team Semenyih Fighter yang telah berjaya menjalani Kursus SPKK (Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan) bagi Sukan Silat!

Langkah ini merupakan komitmen berterusan kami untuk memastikan setiap tenaga pengajar dilengkapi dengan ilmu sains sukan dan kemahiran kejurulatihan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Kursus: Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik (Silat) SPKK Tahap 1 Kebangsaan
Tarikh: 30 April 2026 sehingga 3 Mei 2026
Tempat: Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara

Semoga ilmu yang ditimba sepanjang 4 hari ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk melahirkan lebih ramai atlet muda yang berkualiti dan berdisiplin di bawah naungan Semenyih Fighter.

Terus melangkah jauh, terus berbakti demi seni silat warisan bangsa!

Photos from Semenyih Fighter's post 04/05/2026

BENGKEL PEMURNIAN PERATURAN PERTANDINGAN SILAT

Jom fahami peraturan terkini (Versi 7 Revision 2026) bersama panel pakar:

πŸŽ™οΈ PANEL: Azrul Affandi Sobry
(Panel Peraturan PESAKA Malaysia)

πŸ—“ 16 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 Malam
πŸ“ Studio Semenyih Fighter
πŸ’° RM 5.00 (Sijil disediakan)
⚠️ TERHAD 150 ORANG SAHAJA!

Daftar sekarang:
πŸ”— https://forms.gle/g95FGnJ3E2VwnVUv9

Photos from Semenyih Fighter's post 03/05/2026

Kursus Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan Spesifik Sukan Silat 1.
30-3 Mei 2026
Kompleks Jabatan Belia dan Sukan, Bukit Kiara.

Tahniah dan syabas kepada 14 jurulatih Semenyih Fighter telahpun berjaya dan lulus mengikuti kursus dengan cemerlang.

Terima kasih kepada pihak penganjur dan tenaga-tenaga mengajar pakar yang memberi ilmu dan input2 baru dalam dunia sukan silat.

Mudahan dengan kejayaan cikgu2 akan membantu kumpulan Semenyih Fighter ini lebih maju ke hadapan dengan lebih konsisten dan berdaya saing tinggi.

Semenyih Fighter.
Kami siap berjuang lagi.

Tegap Menapak,
Teguh Menjulang.

02/05/2026

Alhamdulillah, Approved.

Nantikan details hebahan pendaftaran sehari dua lagi.

Terima Kasih PESAKA.

Open for All
Rakan2 yang berhampiran mai join πŸ‘Œ

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


No. 13-1 Jalan TPS 2/1, Tmn Pelangi Semenyih 2
Semenyih
43500