Empayar KAB Gold Selangor

Empayar KAB Gold Selangor

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Empayar KAB Gold Selangor, Coach, Semenyih.

Menyediakan platform jual beli EMAS dan PERAK yang lengkap dan interaktif serta bimbingan ILMU berkaitan LOGAM MULIA agar manfaat yang bakal diperolehi oleh para pelanggan meliputi segenap aspek kehidupan pada masa kini dan hadapan, insya-Allah.

30/08/2026

[ UNCANG EMAS & PERAK - Daily Price Update ]

Jika ingin membeli EMAS dan PERAK tanpa rasa terbeban dan tertekan, gunakan kaedah menabung melalui Uncang EMAS atau Uncang PERAK KAB Goldynamics Sdn. Bhd.

Boleh menabung sedikit demi sedikit mengikut BUDGET SERENDAH RM50 pada bila-bila masa.

▪️Maklumat Mengenai Uncang Emas;
https://teratakemas.com/2021/02/26/uncang-emas-apakah-itu/

▪️Pendaftaran Percuma;
https://app.kabgold.my/register?ref=KAB00004188

➖️
Muhammad Yuhailmy
DUTA | KABGoldSelangor.com

Empayar KAB Gold Selangor (EKGS)
READ | LIKE | COMMENT | SHARE | TAG | FOLLOW

29/08/2026

Ya, HARGA EMAS melebihi RM600/g. JANGAN risau, pembelian SERENDAH RM50 hanya di Uncang Emas KAB Gold ‼️

29/08/2026

[ Antara Penyebab Yang Membolehkan kita TerLINGKUP Dalam Pelaburan EMAS ]

Sedikit perkongsian ringkas antara penyebab seseorang boleh kecundang dalam sesuatu pelaburan Emas antaranya;

▪️Mengikuti Skim Cepat Kaya yang bertopengkan Emas.
▪️Skim belian menggunakan kaedah ArRahnu.
▪️Membeli Emas palsu secara tidak sengaja tanpa Ilmu.

Oleh itu, apakah langkah-langkah penyelesaiannya?

1. Pastikan beli Emas dapat Emas. Cuba elakkan jika dijanjikan pulangan secara bulanan atau tahunan

2. Selepas wang bertukar tangan, pastikan Emas Fizikal diterima dan bukannya 'Surat Pajak Gadai'. Sebagai contoh, jika modal yang dilaburkan sebanyak RM 30K tetapi penjual menyatakan dengan wang sebanyak itu boleh memiliki Emas bernilai RM 100K, sebaik-baiknya nya anda undurkan diri.

3. Buat sedikit Research sebelum wang bertukar tangan dan banyakkan bertanya kepada yang arif.

Harus diingat, apabila Emas Fizikal berada digenggaman, pastinya kekuasaan di tangan kita yang mana kita tidak mudah kecundang dengan drastik nya.

Namun begitu,
Biarpun harta tinggi menggunung sekalipun, jika tiadanya Ilmu agak sukar bagi kita menggandakannnya ... 😊

Wallahu a'lam.


Muhammad Yuhailmy
KABGoldSelangor.com

29/08/2026

[ 4 Jenis Ilmu Emas ]

Asas Ilmu mengenai EMAS ini mempunyai 4 peringkat yang mana setiap bakal Penyimpan Emas perlu menghayatinya sebaik mungkin serta faham akan setiap maksud darinya.

Sangat digalakkan agar anda mencari informasi berkaitan dari pelbagai sumber terutamanya memilih Mentor terbaik untuk merealisasikan impian sebelum wang bertukar tangan.

Jangan sesekali melangkaui setiap peringkat kerana ianya berpotensi membuatkan anda mengalami kerugian yang besar.

Kuasailah Ilmu ini dan anda akan pasti merasai keuntungan dari hasil menyimpan Logam Mulia ciptaan Ilahi;

▪️Ilmu kepentingan menyimpan Emas.
▪️Ilmu ciri-ciri Emas terbaik.
▪️Ilmu sikap dan sifat penyimpan Emas.
▪️Ilmu menjana keuntungan dengan Emas.

Sangat menyedihkan kerana adanya golongan yang terlalu exited yang mana terus melompat ke Ilmu ke-4 yang akhirnya terjebak di dalam Skim Cepat Kaya/Pelaburan Scam.

Ingin sekali saya kongsikan 2 sebab utama kenapa ramai Insan yang menghadapi masalah kewangan sewaktu membuat pelaburan iaitu:

▪️Sifat TAMAK yang inginkan keuntungan 100% atau lebih daripada apa yang ingin dilaburkan.

▪️KEJAHILAN diri sendiri yang mempercayai sepenuhnya kata-kata orang yang menjanjikan keuntungan 100% atau lebih di atas apa yang dilaburkan oleh bakal Pelabur.

sekiranya ada yang menawarkan untuk menggandakan wang pelaburan kita. Jika benar dia mampu sekalipun, secara logiknya, lebih baik dia gandakan wang nya sendiri dari membuang masa menguruskan hal orang. Ingat, mencari wang pendapatan dengan berjujurai keringat bukannya mudah di dunia penuh cabaran kini.

Benar,
Harga EMAS telahpun melepasi RM600/gram.

Biar apa sekalipun harganya, tanamkan hasrat menyimpan Logam Mulia sebagai salah satu method terbaik menyelamatkan kekayaan kita....😊


Muhammad Yuhailmy
KABGoldSelangor.com

29/08/2026

Nilai duit kertas biasanya turun dan semakin turun dan ianya seolah-olah mustahil untuk dipulihkan.

Sebagai contoh, nilai Ringgit Malaysia dibandingkan dengan Dollar Singapura atau Riyal Arab Saudi. Suatu ketika dahulu, nilai Ringgit Malaysia jauh lebih tinggi mengatasi.

Tetapi pada hari ini nilai Ringgit Malaysia semakin hari semakin menyusut dan kehilangan 'taring' nya.

Dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia, ia menjadilan harga EMAS semakin naik saban tahun. Ini kerana harga emas disandarkan kepada harga dalam Dollar Amerika Syarikat.

Kita boleh mengikat nilai wang kertas tersebut dengan menggunakan EMAS. Apabila nilai diikat dengan berat emas, kita dapat menseimbangkan kembali kejatuhan nilai Ringgit Malaysia secara jangka panjang.

Bukankah itu lebih baik?


Muhammad Yuhailmy
KABGoldSelangor.com

29/08/2026

[ Ubah Persepsi Demi Pulangan Terbaik di Masa Mendatang ]

Logam Berharga (Precious Metal) adalah logam yang jarang dijumpai dan mempunyai nilai yang sangat tinggi kerana kesukaran untuk diperolehi juga permintaan tinggi atas sebab industri, perhiasan diri juga sebagai komoditi di dalam pelaburan.

Keadaan inflasi yang semakin tinggi juga prestasi matawang yang merundum membuatkan rakyat gusar memikirkan jalan terbaik kerana kuasa Wang Fiat semakin hilang taringnya.

Telah dinyatakan berkali-kali bahawa menyimpan Emas adalah langkah penyelesaian terbaik kerana ianya bernilai sepanjang zaman, bertindak sebagai insuran kekayaan juga penyimpan nilai yang terbaik.

Persepsi harus diubah yang mana kita tidak membeli. Hanya mengubah wang simpanan kepada Emas. Yakinlah, kekayaan anda tidak akan hilang.

Jika keraguan menebal dalam hati, beli sahaja Emas Fizikal sebanyak 1gram pada hari ini dan mohon catatkan tarikh belian juga berapa harganya.

Simpan data ini sehingga menjejak 5 tahun lamanya. Insya-Allah jika masih dipanjangkan umur oleh yang Maha Esa, tolong bagitau saya berapakah peratusan keuntungan kalian dalam masa 5 tahun ini dan nyatakan juga adakah anda merasa rugi atau untung menyimpan Logam Mulia ini ... 😊

Kenapa keyakinan saya kuat di atas pelaburan Emas?

Di zaman baginda Rasulullah SAW, 1 Dinar mampu membeli seekor kambing dan harga 1 Dinar pada hari ini Insya-Allah anda juga dapat membeli seekor kambing.

Itu lah jawapan paling kukuh memotivasikan saya untuk melindungi kekayaan sehingga kini‼️


Muhammad Yuhailmy
KABGoldSelangor.com

29/08/2026

Kata orang bijak pandai;
“.....Save GOLD today, it will save you tomorrow‼️”

EMAS adalah perisai di kala kesusahan terutamanya tatkala kita mengalami kesusahan yang di luar jangkaan.

Ia juga adalah harta di waktu kita senang.

Siapa yang ada duit, tidak semestinya mereka memiliki emas dan bagi mereka yang menyimpan emas, pastinya mereka berduit.... 😊

Dapat sesuatu?


Muhammad Yuhailmy
KABGoldSelangor.com

29/08/2026

Tiada siapa yang boleh buat keputusan terhadap pengurusan kewangan kita melainkan diri kita sendiri bukan?

Jika tersalah langkah atas sebab mengikut hawa nafsu, kita sendiri yang menanggung sakitnya nanti.

Sebaliknya jika kita paksa diri untuk simpan sebahagian daripada pendapatan kita setiap bulan, insya-Allah akan kita rasai manisnya di suatu masa kelak.

1 gram 1 bulan adalah amalan bijak yang sangat baik malah terlalu ramai Penyimpan Emas sedia ada menggunakan konsep simpanan ini sejak dahulu.

Hakikatnya, terlalu banyak perbezaan dari segi keuntungan antara keduanya. Hanya mereka yang simpan emas sahaja tahu betapa hebatnya Sang Emas....😊

Remember,
A journey of Kilo's, coming from a single gram‼️


Muhammad Yuhailmy
KABGoldSelangor.com

29/08/2026

Ada EMAS, pasti ada duit.
Bila terdesak, boleh pajak/gadai/jual emas yang ada.
Kelebihannya, boleh elak daripada berhutang bukan?

29/08/2026

Usahakan untuk menyimpan Kekayaan
setiap bulan‼️

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Semenyih
43500