31/08/2021
Repost:
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 64 dari YBhg Cg. Mohamed Faid bin Hj Musa buat semua warga Keluarga Malaysia khususnya buat anak-anak Gayong di seluruh dunia.
Moga kita sentiasa menanamkan tanggungjawab dalam diri kita agar menjaga dan mengisi kemerdekaan negara Malaysia yg kita cintai ini dengan mengekalkan keharmonian, keamanan dan ketenteraman.
Ya Allah, jadikanlah negeri kami Aman Sentosa hendaknya. Angkatlah wabak covid 19 ni Ya Allah.
Peliharalah Negara dan seluruh umat daripada wabak dan bencana.
30/08/2021
Repost:
MAJLIS SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KE 64 PSSGM KEBANGSAAN
30 OGOS 2021 ISNIN
Platform: GOOGLEMEET
Assalamualaikum.
Dijemput semua ahli PSSGM Kebangsaan untuk hadir bersama2 bagi menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 64. (e-Sijil disediakan)
2. Aturcara program adalah seperti berikut:
a. Aluan Pengerusi Majlis
b. Ucapan Aluan Presiden PSSGMK
c. Bacaan Yasin, Tahlil (arwah pejuang tanah air & pemimpin
terdahulu) dan doa kesyukuran - Pimpinan Ustaz Kholid
d. Taklimat ringkas untuk mendaftar & mendownload sijil
e. Bersurai
27/08/2021
Kursus Penataraan Jurus Tunggal Teknikal Wasit Juri Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan tahun 2021 oleh Cikgu Habizan Bin Othman
Tarikh 5 Julai - 25 Ogos 2021
Platform: Google Meet
Alhamdullilah seramai 5 orang wasit juri PSSGMK Segamat telah menyertai dengan jayanya kursus ini, semoga kursus ini dapat memberikan manfaat ketika bertugas sebagai wasit juri kelak..
27/08/2021
TB
Perkara : Taklimat Penyelarasan Pentadbiran PSSGMK Cawangan Negeri
Tarikh: 20 Ogos 2021
Masa: 9 Malam
Platform: Google Meet
Alhamdullilah PSSGMK Cawangan Segamat sebagai Penaja telah dapat mengatur sesi taklimat Penyelarasan Pentadbiran PSSGMK Cawangan Negeri Johor yang telah disampaikan oleh YDP PSSGM Kebangsaan Y. bhg. Tn Hj Mohamed Faid Bin Hj Musa..
Semoga PSSGMK Cawangan Negeri Johor selepas ini akan lebih cemerlang dan berjaya
15/08/2021
Hari ini admin ingin mengajak warga muka buku PSSGM Kebangsaan Segamat tekan butang follow pada Istagram PSSGMKSegamat_Official, segala maklumat dan perkembangan akan admin kongsikan di muka buku serta Istagramm.. Terima kasih kerana tekan Butang Follow yee guys