15/06/2026
Semoga berjaya kontinjen olahraga SKeJIANS πͺπ»π₯π«
JBA 7017 | Alamat: KM 22, Jalan Muar, 85200 Jementah, Johor Darul Takzim
15/06/2026
Semoga berjaya kontinjen olahraga SKeJIANS πͺπ»π₯π«
LAWATAN KERJA TUAN PPD SEGAMAT KE SK JEMENTAH π€
Alhamdulillah, selesai sudah Lawatan Kerja Tuan PPD Segamat, Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Kechik ke SK Jementah.
Warga SK Jementah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian tuan meluangkan masa menyantuni warga sekolah, meninjau pelaksanaan program serta berkongsi pandangan dan aspirasi demi kecemerlangan pendidikan. πβ¨
π‘ Segala teguran, bimbingan dan nasihat yang diberikan akan dijadikan panduan dalam usaha memperkasakan kualiti pendidikan serta melahirkan murid yang seimbang, berdaya saing dan berakhlak mulia. ππ±
πͺ
π
π«
Assalamualaikum.
Berikut merupakan makluman Pakaian Murid SK Jementah π€
Bagi pakaian pada hari Jumaat:
π¦ Murid lelaki: Baju Melayu sekolah & bersamping
π§ Murid perempuan: Baju Kurung sekolah
Murid juga diwajibkan memakai kasut dan stokin hitam sekolah.
β¨ Selamat kembali ke sekolah! Semoga sesi persekolahan berjalan lancar, ceria dan penuh semangat untuk menimba ilmu.
π’ MAKLUMAN CUTI SEKOLAH π’
Selamat bercuti kepada semua murid. Gunakan masa cuti dengan sebaiknya dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga serta sentiasa menjaga keselamatan diri walau di mana berada.
Semoga cuti ini memberi ruang untuk berehat, menceriakan minda dan kembali ke sekolah dengan lebih bersemangat. β¨
Terima kasih. π
22/05/2026
β¨ PROGRAM BACAAN YASIN DAN HADIS 40 β¨
Alhamdulillah Majlis Bacaan Yassin dan Hadis 40 telah diadakan pada hari ini. Tajuk hadis hari ini ialah Panduan Pengukuhan Iman bagi Anak Muda (Hadis 19) yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Arif Aiman bin Rohaizam.
πβ¨ SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2026 β¨π
Tema: World Culture
Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan meriah pada hari ini dengan pelbagai aktiviti menarik dan penuh warna-warni mengikut tema World Culture.
π Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.
βGuru Bitara, Nadi Negaraβ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua AJK serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini. Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan mendapat ganjaran yang terbaik.
π Ucapan terima kasih juga kepada YDP PIBG, Tn. Hj. Malek bin Othman & NYDP PIBG, En. Mohd Hamdan bin Abdullah kerana sudi hadir bersama-sama memeriahkan majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini.
π Ribuan terima kasih juga kepada pihak yang telah memberikan sumbangan kek Hari Guru iaitu:
β’ YB Yuneswaran
β’ YB Ng Kor Sin
β’ PIBG
β’ Kelab Guru Sekolah (KGS)
β’ Pihak Ar-RAhnu
π Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada anak-anak murid serta ibu bapa atas ingatan dan hadiah yang diberikan kepada guru-guru. Segala penghargaan dan kasih sayang yang ditunjukkan amat bermakna buat kami semua.
π€² Doakan kami, para guru, terus diberikan kekuatan, kesabaran dan keikhlasan dalam menjalankan amanah mendidik anak bangsa demi masa depan yang cemerlang.
Alhamdulillah π€β¨
Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Johor atas Bantuan Bilik Guru Negeri Johor 2026 πͺπ«
Bantuan ini memang memberi semangat dan keceriaan baru buat kami warga guru π Suasana bilik guru yang lebih selesa pastinya membantu kami terus berkhidmat dan mendidik anak-anak dengan penuh semangat β€οΈπ
Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan kepada warga pendidikan Johor π Semoga segala usaha baik ini terus diberkati dan dipermudahkan π€²β¨
16/05/2026
GURU BITARA NADI NEGARA π§βπ«
Selamat Hari Guru kepada semua guru atas segala usaha, dedikasi dan komitmen yang dicurahkan dalam mendidik serta membimbing anak-anak menjadi insan yang berjaya β¨
Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang merupakan guru pertama buat anak-anak di rumah π‘β€οΈ Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang sentiasa diberikan kepada pihak sekolah π€
SELAMAT HARI GURU β€οΈπΉ
πΈ MAJLIS PERPISAHAN πΈ
Pada 8 Mei 2026 telah diadakan Majlis Perpisahan buat Puan Rosniza binti Mohamed (Mak Rose), Pembantu Pengurusan Murid PPKI SKJ sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan sepanjang 13 tahun 7 bulan berkhidmat di SK Jementah. β€οΈ
Warga sekolah amat menghargai segala bakti dan kasih sayang yang dicurahkan khususnya buat murid-murid PPKI. Semoga segala pengalaman indah di SKJ menjadi kenangan yang terpahat selamanya. π₯°
Selamat maju jaya di tempat baharu iaitu di SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1 Pagoh. Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan.
βJasamu dikenang, budimu sentiasa di hati.β πΉ
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN JEMENTAH KALI KE-39 TAHUN 2026 πββοΈπ
Alhamdulillah, Kejohanan Olahraga Tahunan SK Jementah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini, 30 April 2026 π dengan bertemakan βAnimasiβ π¬β¨
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Ferhad bin Azuar, Ketua Sekretariat Yayasan Pelajaran Mara Segamat kerana sudi hadir merasmikan kejohanan kali ini ππ
Terima kasih juga kepada YDP PIBG Tn. Hj. A. Malek bin Othman, NYDP PIBG Encik Hamdan bin Abdullah, para pegawai, hakim, ahli jawatankuasa PIBG, para ibu bapa serta semua yang turut hadir memeriahkan kejohanan pada hari ini β€οΈ
Penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada Tuan Guru Besar, barisan pentadbir, setiausaha sukan, guru-guru π©βπ«, pembantu pengurusan murid dan pekerja-pekerja atas kerjasama padu sepanjang tempoh sebulan pelaksanaan sukan β bermula daripada sukantara, acara saringan, acara akhir sehinggalah ke hari kejohanan πͺπ₯
Sesungguhnya, kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa komitmen dan dedikasi anda semua π
Tahniah diucapkan kepada rumah sukan yang telah muncul sebagai juara ππ Tahniah juga kepada semua olahragawan dan olahragawati dalam kejohanan kali ini π₯
Syabas dan tahniah kepada semua atlet dan murid SKeJIANS atas semangat kesukanan yang tinggi π€π―
Terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada semua π
InsyaAllah, kita jumpa lagi pada tahun hadapan! π
πΈ Gambar-gambar semasa kejohanan boleh diakses melalui pautan di bawah:
Kejohanan Olahraga Tahunan SKJ ππ»
https://drive.google.com/drive/folders/1vvI-UIYqnNpoZ1fXmz8rlPtZ4TgeyEPa
Penyampaian Pingat ππ»
https://drive.google.com/drive/folders/1vxlJR_W-FLjDmVPhkUBkZbR0XPbh2t6D